Khamis, 19 Januari 2012

Saat Kewafatan Rasulullah |Sollu 3ala Nabiy|

Assalamualaikum
Note ini saya tulis pada tengah-tengah malam, kerana saya rasa macam benda ini penting, dan sangat menarik perhatian. Malah, saya menulis nya kerana bimbang keesokan harinya, akan hilang rasa semangat ini. Jadi, terus sahaja saya mengklik 'Write A Note' di Facebook ini. Nak tau mengenai apa?
Teruskan membaca~

Anda pernah mendengar software Stellarium? Untuk pengetahuan anda, software ini dicipta khas untuk para peminat bintang, bulan, planet, langit dan segala jenis di angkasa. Menggunakan software ini, anda mampu untuk melihat keadaan langit yang sedang kelihatan, tidak kira di mana sahaja anda mahu, malah, dari sudut pandangan beribu-ribu bandar di dunia ini. Jika anda rasa anda mahu melihat langit dari bandar Paris pada tepat jam 12.00 tengah malam, BOLEH! Semuanya boleh.

Malah, lebih menarik, bukan setakat untuk saat terkini, anda juga boleh melihat keadaan langit di waktu dahulu, dan juga masa hadapan! Begitu indah software ini, dan sangat-sangat berguna. Pertama kali saya menggunakan software ini, saya menggunakannya untuk melihat bintang-bintang dan bulan pada malam ini. Saja, suka-suka. Kemudian saya keluarkan jadual bintang yang saya beli daripada Falak Syarie. Sangat-sangat berguna jadual itu, hanya RM15 sahaja.

Kemudian, saya mula meng'explore' benda-benda yang ada dalam software ini. Dari sini, saya perasan kita boleh set kan tarikh, masa dan tempat bagi keadaan langit. Jadi, saya pun mula lah bermain-main. Pada mulanya, hanya pergi 1 jam sebelumnya. Nampaklah jelas, bulan purnama, dan keadaannya ke orbit asalnya, 1 jam sebelum itu. Kemudian saya terfikir untuk melihat keadaan langit ketika saat saya lahir. Jadi saya pun setkan tarikh dan waktunya ke saat saya lahir. Namun saya lahir pagi, jadi saya setkan ke waktu malamnya. Sekadar suka-suka.

Wah! Cantik! Bulan ketika saya lahir, hampir purnama.. Tengah-tengah antara separa dan purnama. Mungkin dalam 3-4 hari lagi baru masuk ke peringkat purnama ^_^ Malam itu juga, bintang paling cerah di langit malam, iaitu bintang Sirius (bintang kedua terdekat dengan bumi selepas Matahari) kelihatan di dada langit :) Kemudian, saya nampaklah yang malam tarikh kelahiran saya juga, ada beberapa planet yang sedang mengorbit matahari, yang sedang selari dengan bumi. Maksudnya, kalau tengok langit ketika itu, menggunakan teleskop, dapat lihat beberapa planet ini sedang bergerak mengorbit. Planet tersebut ialah Mars, Venus, Mercury, Jupiter dan Saturn. Seronoknya saya. Seolah-olah planet ini menyambut kelahiran saya pula :) Namun susah sekali untuk melihat mereka semua ini, kerana semuanya bergerak pantas, dan susah untuk ditentukan mana satu ialah mereka, kerana jarak yang sangat jauh, dan boleh disalahtafsir sebagai bintang.

Mengejutkan juga, kerana di saat kelahiran saya juga, terdapatnya Nebula walawei~ Namanya, The Great Nebula of Orion (kerana terletaknya ia di sisi buruj pemburu Orion itu) Nebula ini ialah kepulan gas berdensity tinggi. Asap-asap dan gas ini akan bercantum suatu hari nanti untuk membentuk bintang, yang mengambil masa yang sangat lama. Tak sangka pula Nebula akan kelihatan pada saat hari kelahiran saya, bukan? ^_^

Kemudian, saya mengajak kawan-kawan sebilik saya untuk melihat keadaan ketika tarikh kelahiran mereka. Namun untuk dipendekkan cerita, tiba-tiba saya terfikir. Jika software ini merekod pergerakan bintang, sudah tentu sejak zaman nabi lagi bukan? Jadi, saya pun terfikir, apa kata tengok keadaan di saat Rasulullah kita wafat? Yalah sekadar menambah pengetahuan.. Jadi saya pun terus menukar tarikh kewafatan baginda ke tarikh Masihi. Dan anda tahu apa yang saya jumpa? Subhanallah.. Tak terkata!

Pelbagai planet saya temui sedang berlegar-legar di saat baginda wafat. Saya melihat bermula daripada tengah-tengah malam sebelum kewafatan baginda sehingga ke saat berakhirnya tarikh tersebut itu. Sungguh mengharukan! Dan anda tahu, bulan pada malam hari kewafatan beliau, BULAN PURNAMA. Sangat mendebarkan, Ya Allah! Bagi saya, ini merupakan suatu rezeki buat saya, kerana dapat mengkaji mengenai baginda. Gambar bulan di bawah ialah gambar bulan sebenar pada malam tarikh yang mendukacita kan itu.

Planet yang berlegar-legar di angkasa juga, hampir kesemua planet yang berada di belakang bumi sperti Saturn, Venus, Mars dan sebagainya. Namun lebih mengejutkan lagi, anda tahu apa? (Saya yakin anda akan berzikrullah selepas saya beritahu benda ini)

Anda tahu Jupiter? Planet ini mempunyai banyak bulan yang bertabur, tidak seperti Bumi yang hanya mempunyai satu bulan. Bulan-bulan di Jupiter ada yang besar-besar dan kecil-kecil saiznya. Secara rasminya, planet ini mempunyai 63 bulan. Namun yang utama hanya 4, iaitu bulan yang berjaya di'explore' oleh Galileo Galilei, yang dinamakan Galilean Moons. 4 bulan ini ialah bulan terbesar yang wujud di Jupiter. 4 bulan ini biasanya kedudukan mereka berterabur dan tidak menentu, kerana masing-masing ada orbit mereka sendiri di sekeliling Jupiter. Anda nak tahu apa yang menakjubkan yang berlaku di saat tarikh kewafatan Rasulullah?

4 bulan tersebut sejajar dengan Jupiter! Subhanallah, ya Allah! Sungguh cantik, dan menakjubkan kuasa Allah ^_^ Saya hanya mampu melafazkan syukur tidak henti-henti kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri kuasa Allah ini.. Sungguh cantik, namun pada masa yang sama membuatkan saya sedih kembali, memandangkan betapa 'meriah' nya saat kewafatan Rasulullah T_T dan saya yakin, pelbagai lagi benda yang berlaku di atas sana di saat kewafatan Rasulullah, manusia teragung yang pernah hidup di bumi ini.

Nak lagi? Nah, ini gambar langit di saat hari kewafatan baginda. Lihatlah langit pada malam tersebut. Saya letakkan gambar penuh langit pada malam berkenaan

Sungguh penting kewafatan Rasulullah kesayangan kita ini. Semoga Allah merahmati ke atas baginda dan keluarga baginda insha allah..

Itu sahaja setakat ini yang saya jumpa. Nanti jika ada penemuan lagi, saya akan kongsi bersama anda lagi sekali. Mengenai angkasa, memang sangatlah saya minati ^__^

Ok, Assalamualaikum..
(Meremang bulu roma saya ketika terjumpa 'perkara' tersebut)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan