Khamis, 12 Januari 2012

Novel Cinta Brunei

Sucinya Cinta 2 (Part 1) 

Bunyi kokokkan ayam di luar menandakan bahawa hari sudah pagi. Tidurnya agak sedikit lena semalam berbanding dengan hari hari sebelumnya. Habis saja mengerjakan solat subuh tadi Alia terus menyambung tidurnya. Sejak kebelakangan ini kerja di pejabatnya semakin bertambah. Lebih lebih lagi apabila setiausahanya, Rohaya yang sedang bercuti selepas melahirkan. Ayahnya telah memberikan syarikat keduanya kepadanya dengan kakak sulungnya, Kamalia. Tujuannya sebenarnya hendak melihat kemampuan kedua puterinya bekerjasama di dalam syarikat dan demi masa depan mereka. Mula mula Alia tidak berminat untuk terjun dibidang perusahaan namun selepas dia tamat menuntut di Universiti Brunei Darussalam (UBD) dia dipaksa Kamalia menjalankan bisnes orang tua mereka walaupun impiannya untuk menjadi guru vokal tidak tercapai.
Tepat pukul 9 pagi, Alia bersiap hendak turun kerja. Dia cuma mengenakan gincu berwarna coklat di bibir dan secalit mekap di pipinya. Dia menggayakan baju feminin yang berwarna krim lembut di 'tuck in' ke dalam skirt hitamnya. Dia tersenyum puas setelah membelek dirinya di depan cermin begitu cantik sekali jika dibezakan 2 tahun yang lepas yang mana dia cuma seorang gadis yang polos, tiada keyakinan dan sederhana. Alia menggelengkan kepalanya. Dia tidak ingin mengingati kisah lampau yang menyakitkan itu. Dia benci mengingatkan lelaki yang telah melukai hatinya beberapa kali. Sehingga hari ini dia membencinya.

Kamalia memeluk tubuhnya sambil tersenyum melihat Alia yang sibuk menyemak dokumen dokumen di atas mejanya. Dia sedar prestasi kerja Alia begitu baik dan sempurna daripada dirinya. Adiknya itu begitu dedikasi dan profesinal mengendalikan perusahaan milik ayah mereka. Kadang kadang dia kasihan dengan Alia yang sering mementingkan dirinya daripada dirinya sendiri. Dialah punca Alia menanggung derita seorang diri sedangkan dia tidak tahu apa yang patut dilakukannya ketika adiknya itu terpaksa mengikuti kehendak ayah mereka yang tegas itu.
Sejak dari kecil lagi ayahnya Dato' Haji Idris lebih memanjakannya dari Alia. Apa saja yang dimahukan Kamalia, mesti dia tunaikan. Alia pula sering diketepikan. Kamalia begitu jahat sekali dengan Alia namun selepas peristiwa itu, Kamalia jadi serba salah. Kamalia mengeluh kecil lalu masuk ke dalam bilik kerjanya semula.


February 16, 2009.

Kamalia menarik tangan Alia ke tangga tingkat nombor 3 dengan tergesa gesa. Alia tergopoh gapah mengikut langkah kaki kakaknya itu akibat diseret. Waktu itu mereka berada di pangsapuri tempat Alia tinggal. Wajah Kamalia kusut sekali waktu itu. 'Kenapakan ka?' Alia segera menepis tangan Kamalia yang seenaknya mengheretnya. Kalau ya pun dia nak berbincang takkan dia tak nak masuk ke dalam pangsapuri. Mungkin ada sesuatu yang hendak diberitahunya sehingga dia tidak mahu Zurin dan Hana mengetahuinya. Lagipun dia cuma menumpang di pangsapuri milik Hana. Lengan Alia dilepaskan ketika mereka sampai di tingkat ketiga. Wajah Kamalia masih kusut. Dia kemudian mundar mandir sambil menggigit kukunya.
'Aku inda tau tampat siapaku kan mengadu, Lia. Aku takut time ni.' Kamalia menarik narik jari jemarinya. Dia masih mundar mandir. Seperti orang yang sedang menanggung masalah berat. Pening Alia dibuatnya. Selama ini kakaknya itu jarang berperangai sebegini.
'Pasal apakan ka? Gtau saja. I'll keep it as a secret between us. Come on..' ujar Alia sambil memegang kedua lengan Kamalia agar dia berhenti mundar mandir ke kiri dan ke kanan. Dia menatap mata Kamalia dalam dalam. Manik manik kaca mula menitis dipipinya. Alia jadi semakin ingin tahu apa yang berlaku disebalik tangisan Kamalia.
'Badri, Lia.. Dia dah....' belum pun Kamalia meneruskan kata katanya hingga habis, dia menangis teresak esak. Alia tidak faham. Apa kerana Badri telah meninggalkannya? Ya, sudah pasti mungkin. Siapa tidak tahu perangai Badri yang playboy itu.
'Dah apakan ka? Ia tinggalkan kaka kah?' soal Alia tidak puas hati. Airmata Kamalia di gilapnya. Kasihan Kamalia. Jarang dia berperangai sebegini rupa. Selalunya dia dan Badri tidak pernah lepas seperti suami isteri. 'Kami dah buat pekara yang tekutuk, Lia. Kaka takut. It's been a month sudah but still nada menunjukkan tanda kaka kan uzur..' Betapa terkejutnya Alia mendengar pengakuan Kamalia. Dia tidak menyangka mereka sanggup membuat perkara yang tidak senonoh itu.
Kamalia mencari sesuatu di dalam beg sandangnya. Kelihatan sebuah alat yang berwarna putih berukuran kira kira 15cm itu lalu diberikan kepadanya. Rupanya alat uji kehamilan. 'Kaka dah cuba pakai ani tapi negative. Nda tau gi if 2 months later. Kaka takut, Lia! Kaka takut kalau ayah tau pasal ani ia mesti buang kaka dari daftar waris syarikatnya. Kau tau kan sikap ayah? Kaka nda mau hampakan ia, Lia. Tulung kaka..' kedua tangan Alia digoyang goyangnya sambil menangis teresak esak. Dia betul betul buntu berfikir hendak menolong kakaknya itu. 'Tenang ja ka. Jan dulu pikir yang nda tantu. Alum jua tantu kali kaka betian. Barangkali pasal kaka stress ka. Tapi if positive. Prepare tah sedia. Lia nda mau masuk campur.' ujar Alia cuba menenangkan Kamalia. Memang setiap kali kakaknya itu bermasalah, Alia yang terpaksa menanggung bebanannya juga. Dari kecil sampailah mereka meningkat remaja apa saja perbuatan Kamalia yang salah, Alia terpaksa mengaku kesalahan itu di hadapan ayah mereka Dato Hati Idris. Kemudian Alia akan didenda dengan rotan dan tidak diberi duit belanja sekolah sedangkan Kamalia pula bersenang senang di atas kesakitan yang sepatutnya ditanggung olehnya.
'Please, Lia. Tolong kaka skali ani saja. Simpankan alat uji kehamilan ani arahmu kajap nanti kaka ambil. Mun ayah kedapatan ni mesti ia marah ni. Kaka nda mau Lia. Please?'
Alat uji kehamilan itu sudah berada di tangan Alia. Melihat tangisan Kamalia dia jadi serba salah. Dia akhirnya terpaksa mengiyakan juga. Jika Dato' Idris tahu kelak entah apa akan terjadi kepada mereka.
'Bah bah. Tapi jangan lupa ambil ni nanti.' Alia menjelingnya. Kamalia kemudian buat pertama kalinya memeluk Alia. Alia tidak terkejut justeru dia merasakan kakaknya itu akan kembali menyusahkannya lagi. Dia pasti. Kamalia bukan jenis orang yang tidak pernah jera. Itulah akibat dia suka bergaul dengan budak budak yang tidak senonoh. Suka merayap keluar setiap malam minggu ke gambus dan baliknya pula menyubuh. Kadang kadang tidak balik balik langsung. Akhirnya, Alia menjadi tempat kemarahan ayahnya. Alia yang tidak tahan tinggal dirumah ayahnya telah membuat keputusan keluar dari rumah mewah itu untuk berdikari sendiri. Dia tidak kisah jika ayahnya mencoret namanya dari daftar warisannya. Tidak ada gunanya jika dia sering saja disakiti dan dituding jari jika Kamalia yang melakukan kesalahan. Alia menggeleng gelengkan kepalanya ketika Kamalia sudah pergi. Dia merenung alat uji kehamilan itu ditangannya. Dimana tempat dia harus menyembunyikannya?

Kedengaran seseorang sedang bertepuk tangan. Alia terkejut habis. Dia tidak tentu arah melihat kelibat seorang lelaki dikesamaran malam itu sedang menyandar di dinding. Alia tergamam. Bau harum lelaki itu dia sudah kenal. Fizree! Apa lelaki itu memasang telinga mendengar perbualan mereka tadi? Apa dia sudah mendengar semuanya? Fizree kemudian menuruni tangga satu persatu sambil kedua tangannya menyeluk sakunya. Alia ingin pergi namun tangannya di genggam oleh Fizree. Siapa tidak kenal Fizree, anak orang kaya yang membangunkan pangsapuri 7 tingkat itu. Dia juga mempunyai sebuah band yang berpengaruh.
'Aku dah dangar semua tu tadi. I'm interested with it. Pregnancy test, ayah.. Wow!' Alia terkedu. Fizree dah dengar semuanya! Dia tidak dapat membayangkan jika berita itu sampai ke telinga ayahnya. Dia menjadi serba tak kena.
'Tolong.. Fizree! Jangan gtau siapa siapa pun hal ani terutama sekali my dad.' pinta Alia memegang tangan Fizree yang tersenyum mengejeknya. Dia bukan tidak tahu perangai Fizree yang sering merendah rendahkan kemampuannya sejak dari sekolah lagi. Apa saja kehendaknya pasti semua turuti walaupun terpaksa kerana dia orang yang berpengaruh.
Fizree memeluk tubuhnya. Dadanya membusung. Dia telah dapat kesempatan yang tidak pernah datang dalam hidupnya itu. Perangai Alia yang sombong dan sukar didekati itu membuatnya ingin membalas dendam.
'Bulih pulang tapi indakan aku sanang sanangkan lapaskan kau cematu sajakan? Apakata kita buat perjanjian?' balasnya sambil tersenyum. Inilah masanya untuk dia menjadi raja. Seronok baginya mempermainkan orang. Sekarang masanya juga Alia akan tunduk akan segala perintah dan kemahuannya.
'Apa? Aku ikut apasaja syaratmu asal kau inda gtau sesiapa pun hal ani.' Ujar Alia tanpa berfikir akan risiko yang akan dihadapinya nanti. Dia memang takut dengan Fizree. Alia sering saja jadi bahan bulinya sejak mereka sekolah rendah lagi. Alia kesal mengapa dia tidak pernah dipindahkan kelas daripada satu kelas dengan Fizree. Sifat Alia yang pendiam menjadi kesalahan Fizree. Entah dimana salahnya dia pun tidak tahu.
Fizree tersenyum sambil menghadap Alia. Kacamatanya yang terturun sedikit dinaikkan.
'Syarat yang pertama kau mesti ikut band aku jadi penyanyi kami.' Alia ternganga. Dia menyesal tapi apa boleh buat. Ini semua gara gara Kamalia!
'Okay okay. Yang kedua apa?' Alia cuba berlagak tenang. Dia berdebar debar. Takut jika syarat kedua yang akan diajukan oleh Fizree nanti akan memakan dirinya. Fizree membelakanginya. Dia yakin Alia pasti membantah syaratnya yang terakhir ini. Tujuannya mengajukan syarat pertama itu ialah kerana dia tahu sejak sekolah, Alia sering terpilih untuk menjadi wakil sekolah dalam bidang seni terutama sekali dalam bidang nyanyian. Suaranya yang merdu dan lantang itulah yang menyebabkan sekolah mereka sering mendapat kedudukan yang teratas. Dia tahu Alia berkemampuan sebegitu walaupun dia lembab ketika belajar.
'Kau jadi hamba aku sampai aku dah bosan. Ingat, kau nda bulih bantah semua suruhanku. Remember, rahsia mu sama your sister kan?' Fizree tersenyum lagi. Dia puas.
'Eh, mana bulih.. Kalau bab hamba hamba ni aku nda terima. Syarat lain, ada?' Alia merengus geram. Enak saja Fizree membuatnya seperti hamba. Mana boleh! Jerit hati Alia.
'Nada syarat lain gy. Atu saja, k? Datang setiap hari isnin sampai sabtu ke rumahku pukul 7 malam. Bersihkan apa yang patut.' Belum sempat Alia menyangkalnya, Fizree terus berlalu pergi meninggalkannya sendirian. Alia menggerutu sendiri sambil tunduk lemah menuruni tangga. Fizree memang sengaja mengugutnya. Tiada siapa lagi membantunya. Dia mengeluh lagi.
Sejak malam itu bermulalah penderitaan demi penderitaan akan yang dihadapinya kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan