Aku Mencintai Mu
"kenapa berhenti di sini?" tanya ku cemas bila saja pemandu teksi ani memberhentikan kereta nya di satu tempat, sepertinya ani flat yang sudah lama inda di huni, aku mula merasa seram sejuk, bukan takut dengan benda halus tapi aku takut dengan pemandu teksi yang aneh ani, "maaf, ku lihat kau terlalu menggoda ku, aku mahu mengenal mu lebih jauh lagi, sebab tu aku bawa kau kemari, jauh dari orang ramai," kata pemandu atu sambil tersenyum, "jangan kan berani-berani ah, aku sudah kahwin, kau inda takut kalau aku menjerit di sini?" ugut ku, tangan ku berketar-ketar menahan marah, "inda ada orang yang kan mendengar di sini ani," kata nya sambil tertawa, ia terus membuka pintu kereta nya dan menarik ku keluar dari keretanya, "jangan.. Lepas kan aku!" aku menjerit-jerit, aku berharap semoga tuhan mengirim seseorang untuk membantu ku. Pemandu teksi atu terus saja menarik tangan ku, dan ia menampar pipi ku kerana aku berusaha untuk melepaskan pegangan nya, "kau inda kan dapat lepas dari ku," kata nya dengan bangga, aku inda berdaya melawan nya kerana badan nya yang terlalu besar bagi ku.Aku di bawa masuk ke satu bilik, ia menolak ku hingga aku terjatuh ke lantai, aku hanya mampu menangis semahu ku, tuhan saja yang tahu akan perasaan ku masa ni, "rashid!" jerit ku, walaupun aku tahu rashid inda mungkin datang kemari, "tolong, jangan buat macam ani, ingat.. Ani bulan ramadhan bulan baik, tolong lepaskan aku," rayu ku, pemandu atu tertawa, "aku peduli apa dengan bulan ramadhan?? kau terlihat cantik bila ketakutan macam ni, kau menggoda ku, cantik.." kata pemandu atu, ia mahu memegang ku tapi aku menepis tangan nya, aku cuba menjauh bila ia mahu mendekati ku, "jangan.." kata ku, pemandu atu terus saja menampar pipi ku lagi, ia memeluk ku, dengan sekuat hati aku menolak nya dan menendang nya, aku berusaha untuk lari, tapi ia merangkul tubuh ku dari belakang, "kau inda kan dapat kemana-mana, sayang" kata nya, aku merasa jijik bila bibir nya menyentuh leher ku, "ya Allah bantu aku," bisik hati ku.
Tiba-tiba saja ada seseorang menarik pemandu tadi, aku terlepas dari pelukan nya, fahmi?? Macam mana fahmi boleh sampai kemari?? Tapi aku sangat bersyukur akhirnya aku terlepas jua dari lelaki bangsat atu, fahmi memukul pemandu tadi bertubi-tubi, "kurang ajar," kata fahmi, ia masih memukul pemandu atu, tapi pemandu teksi atu berhasil melarikan diri, fahmi mahu mengejanya, tapi aku menghalang fahmi, aku inda mahu menunggu di sini seorang diri.
Aku merasa telah terselamatkan dari perbuatan keji pemandu atu, aku benar-benar bersyukur, fahmi melihat ku yang masih menangis, mungkin ia merasa kesian arah ku, ia terus memeluk ku untuk menenangkan aku, "sudah tah, yang penting nia sudah inda apa-apa," kata fahmi, ia mengusap-usap kepala ku, tapi aku masih jua menangis, aku inda menyangka kejadian ani akan menimpa diri ku, fahmi hantar nia balik," kata fahmi, ia masih memeluk ku, "jangan tah takut lagi fahmi ada di sini, fahmi inda akan biarkan siapa pun menyakiti nia," sambung nya lagi.
"dania!" jerit seseorang yang amat aku kenali suaranya, fahmi terus melepaskan pelukan nya, "rashid.." kata fahmi, "kurang ajar kau fahmi," kata rashid ia terus saja melemparkan tumbukan nya ke muka fahmi, rashid sudah seperti orang kerasukan, ia terus-terusan memukul fahmi, "sudah.. Cukup.." jerit ku, rashid berhenti dari memukul fahmi, aku terpaksa menghentikan perkelahian ani, fahmi sudah lemah, kesian fahmi jadi korban kerana cemburu buta rashid, "kenapa nia?? Kau sakit kalau aku memukul fahmi?? kau inda rela?? Hah!" bentak rashid, aku sudah inda dapat menahan marah ku, aku sakit hati dengan sikap rashid, menuduh saja tahu nya.. "aku ngaleh sudah melayan sikap mu ani rashid!" kata ku, aku membahasakan diri ku sebagai 'aku' kerana rashid sudah mulai membahasakan nya dulu.
"ohh, jadi kau sudah ngaleh sama aku, kau beralih arah fahmi?? Apa semua ni?? Aku sayang kau nia, aku cinta kau, tapi apa kau buat belakang ku?? Kau jumpa fahmi di tempat macam ani.. Kau fikir aku ani apa??" bentak rashid, ia terus menampar pipi ku, aku sungguh terkejut dengan tindakan rashid, aku inda menyangka rashid akan menampar ku begini, aku benci kau rashid, benci! "rashid! Kenapa kau tampar dania?? Ingat, ia tu bini mu, istighfar rashid," kata fahmi, "hah! Aku peduli apa?? Kamu yang buat aku jadi macam ani, fahmi.. Kenapa kau serahkan nia arah ku kalau macam ani akhirnya?? Aku menyesal.. Menyesal kerana mengahwini dania," hati ku bagaikan terhiris-hiris bila mendengar kata-kata rashid. "arghh!" jerit rashid, ia terus meninggalkan aku dan fahmi.
"mama mahu kemana?" tanya iqbal sebaik saja melihat aku membawa beg besar keluar dari bilik, aku inda mampu menatap iqbal, aku meneruskan langkah ku tanpa menjawab pertanyaan nya, "mama.." jerit iqbal lagi, tapi aku meneruskan langkah ku, aku terus masuk ke dalam kereta fahmi. Fahmi sebenarnya inda mahu menghantar ku balik ke rumah ku, ia mahu aku membincangkan ani bersama rashid dengan baik, tapi semuanya sudah terlambat, aku sudah terlanjur sakit hati dengan kata-kata rashid tadi, aku memaksa fahmi untuk menghantar aku balik ke rumah mama, biarlah aku tinggal bersama keluarga ku. Walau apa pun yang terjadi aku inda akan dapat memaafkan rashid. Biarlah semuanya jadi kenangan saja. Aku melihat iqbal berdiri di muka pintu, kesian pula melihatnya macam atu, tapi aku sudah inda tahan dengan sikap rashid, aku terpaksa meninggalkan iqbal dan jua rashid. "maafkan mama sayang," bisik hati ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan