Novel Cinta Brunei
~Entah dimana silapnya..
Asmara jadi gerhana..
Diwajah terserlah kebencian.. Kau hanya kaku membisu..
Betapa aku keliru..
Pada cinta mainan mu..
Setelah kasih yang diberi..
Kau musnahkan sendiri..
Takkan ku biar hati terluka..
Mengemis cinta yang tiada..
Namun tiada dendam di hati..
Kerana begitulah..
Resam cinta tersia..~
*****
Semua orang tahu ulat bulu kan? Ulat bulu ani banarnya seekong binatang yang inda lawa. Bida. Tapi ada masanya nanti ulat bulu ani akan 'transform', bukan transformers eh, ehe. Jadi proses 'transform' atu boleh dikatakan payah banar. Ulat bulu atu akan melalui proses yang payah dan menyeksakan sebelum betukar menjadi rama-rama atau kupu-kupu yang lawa. Macamatu tah proses alam.
Kadang-kadang, manusia pun terpaksa melalui proses yang payah dan menyeksakan untuk jadi lawa. Selalunya kalau kitani memilih jalan sanang dan sentiasa mengharap segala-galanya disediakan untuk kitani, malas berusaha dan bersenang-lenang ganya, suatu hari, tanpa kitani sedari, semua atu akan jadi racun yang terkumpul dalam tubuh dan minda dan bakal memudaratkan kitani. Jadi kitani mesti berusaha walaupun prosesnya seksa dan menyakitkan.
Sains membuktikan, jika kitani membantu rama-rama keluar dari kepompongnya tanpa melalui proses yang payah dan menggunakan jalan sanang, hasilnya, rama-rama atu akan jadi cacat dan inda dapat terabang. Sementara kalau manusia selalu dibantu dengan jalan mudah tanpa perlu menempuh ujian dan cabaran, selalunya akan gagal kalau tiba-tiba ada cabaran basar datang.
Setiap kejayaan selalunya bermula dengan kepayahan, kesengsaraan, kegagalan dan cabaran yang hebat. Macamatu tah proses alam, semakin pahit dan seksa suatu pengalaman atu, semakin manis nikmat kejayaan. Pepatah pun ada mengatakan, berakit-rakit kehulu, beranang-ranang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Adakalanya kitani akan menangis dan mencari matahari masa hujan, tapi rupa-rupanya Allah membagi kitani pelangi. Sebab atu tah keindahan pelangi hanya dapat kitani liat lapas hujan bila matahari besinar ke setiap titisan aing hujan tadi atu.
*****
(09.30 pagi)
Bangun saja dari tidur, aku tarus mengambil tuala menuju kamar mandi. Hari ani tah masanya ku kan bejumpa buah hati intan payung ku si Jasmin. Aku kan jumpa ia di pantai pasal ada acara majlis hari jadi kawan. Baru jua 3 bulan ku couple sama ia ani. Inda ku tahu samada ia ani banar-banar kan aku atau sekadar kan main-main atau ada niat lain pasalnya ku liat sejak kebelakangan ani, nampak ia ani semakin berubah. Jarang kan jumpa, memsg atau menelipun pun inda.Bila ditanya, alasannya, "Sibuk saja ku masani."
Ani pun kalau bukan kawan becerita,nda ku tau ni ada acara di pantai ah tapi inda ku ingau semua atu pasal aku sayangkan ia bah. Anipun kira ku kan membagi 'surprise' kedia pasalnya mana ia tau ni aku kan kesana ani. Sudah jalan, singgah lah ku membali bunga ros Merah. Dalam perjalanan, ada kawanku si Chai mentext aku makai whatsapp.
'Bro, mana kau ni?'-Chai.
'Aku otw ke pantai. Napa geng? Kau dimana?'-Aku.
'Bah jangan tah kau ke pantai.'-Chai.
'Napa pulang geng? Napa kau nda menyuruh ku ke pantai?'-Aku.
'Jangan tah ke pantai bro.Anggap saja acara ani 'cancel'.-Chai.
'Aku kan jumpa si Jasmin. Ada kau teliat ia disana?'-Aku.
'Ada pulang, iatah pasalnya ku nda menyuruh kau kemari..'-Chai.
"Eh kenapa si Chai nda menyuruh ku kesana ani? Ada apa-apa kali ni di pantai ani."kataku becakap seorang diri. Alum batah atu,ku balas lagi text si Chai ani,
'Inda ku kira geng, kesana ku jua ni. Tunggu ku,k!'-Aku.
'Bah manasaja tah kau bro tapi jangan saja kau marah karang,k.'-Chai.
Sepanjang perjalananku ke pantai ani, macam-macam bermain di fikiranku. Kenapa 'bestfriend' ku si Chai ani melarang ku kesana? Kenapa kalau ku kesana,ku mesti sakit hati? Ah aku pun nda tau.
*****
(10.30pagi- Pantai.)
Sampai saja di pantai, alum ku turun ni.Sengaja ku memarking kan kerita ku jauh sedikit. Jadi masa didalam kerita atu, ku tinjau-tinjau lah durang di luar ani. Dari jauh teliat ku arah pondok ani, ada 'Banner' kain betulis, 'Happy Birthday Amir'.
Ku liat banyak lah orang jua disana.Ada yang menyalai, ada yang menyediakan makanan,ada yang cerita-cerita sambil ketawa beibun. Aku ani mencari si Chai tapi inda ku nampak. Kemudian dari jauh, teliat ku sepasang laki-laki, bini-bini, bejalan menuju kesana sambil bepigang tangan. Dari jauh atu inda ku luan perasan banar mukanya tapi macam ku kilala kan durang atu. Sudah hampir, bila ku liat, macam testak jantungku ani.. Macam teranti nafasku meliat. Bini-bini atu sebenarnya nda lain nda bukan, buah hati pengarang jantung ku si Jasmin ah.. Dan laki-laki atu sebenarnya si Amir, kawan sepejabat si Jasmin dan yang pasti aku pun biasa, kawanku jua. Kawan makan kawan.
Bekataran tarus tulangku. Ku liat durang nampak mesra berabis. Macam sepasang kekasih. Jadi aku ani serba salah. Salah-salah fikiranku. Samada ku turun atau tarus jalan dari sana. Kalau ku turun, gerenti sakit durang dua atu olehku. Gerenti ku cakapi berabis atau nasib-nasib, tangan ikut-ikutan. Si Jasmin inda pulang ku menganu tu, si Amir atu takutku nda beusul. Jadi ku tahan dulu marahku ani. Kemudian ku cuba mentext si Jasmin ani makai whatsapp,
'As'salam Jasmin.. Dmana u ni?'-Aku.
Lambat sikit ia kan membalas tapi ahernya dijawapnya jua,
'Wslm.. Ani aku bejalan.. Napa?'-Jasmin.
'Owh,jalan kemana & sama siapa? Dapat ku jumpa kau?'-Aku.
'Aku bejalan ke Mall sama kawan ku, Lain kali tah kitani bejumpa..'-Jasmin.
Ketawa tarus ku membaca text si Jasmin atu. Baru tah ku sadar rupanya si Jasmin ani pendusta. Mungkin selama ani ia selalu bedusta rah ku. Jadi ku balas lagi textnya,
'owh.. Ok tu tapi siapa yang ku liat di pantai berpigang tangan atu ah? Macam mukamu ada jua..'-Aku.
Kali ani lambat ia membalas text. Aku yang dalam kerita ani meliat si Jasmin ani tarus melapaskan pigangan tangan nya sama si Amir,bediri tarus dan meliat kesana sini. Mungkin meliat keritaku atau mencari aku. Awu adakan dicarinya, keritaku ani tepampan oleh kerita lain. Kemudian, mungkin inda ia dapat mencari aku,baru tah ia mentext aku balik,
'Salah orang kali kau eh.. Manada ku ke pantai..'-Jasmin.
Lapas atu nda lagi ku membalas. Ku stat enjin keritaku, masuk gear satu, tarus takan minyak menuju ke tempat dimana si Jasmin ani bediri sama si Amir dan kawan-kawan durang yang lain.
"Ku langgar banar ni.. Alang-alang bedusta, baik pulang mati.."
Tanpa dapat dikawal, kerita buruk ku ae86 ani pun tarus menuju ke tempat durang atu dan tanpa sampat durang semua menyelamatkan diri, abis ku langgar semua. Abis bepelantingan segala barang-barang dan jelama yang ada disana termasuk tah si Jasmin sama si Amir. Tedangar suara orang meneriak dan menangis. Puas hatiku. "Mati tah kamu sekali ani. Huahuahuhua"
Alum batah kedangaran tabuk kerita ku ani kana katuk, dan kemudian kana buka pintu ku ani. Kali ku toleh rupanya kawanku si Chai. Si Chai pun becakap,
"Napa kau bro ketawa sorang-sorang ah? Buang tabiat?"
Aku ani macam tebangang lakat. Ku liat muka si Chai dan lapas atu ku liat lagi kedapan. Rupanya kerita ku ani masih lagi tahan-tahan tempat ku parking awal tadi atu.
"Astaghfirullah al azim.." kataku beistghfar. Rupanya tadi atu aku angan-angan. Mungkin kebawaan marah sampai ku angan-angan melanggar si Jasmin sama si Amir.
Geleng-geleng ku tarus menganang hal tadi atu. Semua atu nda lain nda bukan, gerenti hasutan dari syaitan. Minta maaf jua, alum ku kan betindak teburu-buru. Aku punya stail, fikir dulu 2-3 kali atau bekali-kali sebalum betindak atau membuat keputusan. Biasanya aku ndakan sekali-kali membuat keputusan 'time' ku marah pasal aku takut menyasal kemudian dengan keputusan atau tindakan ku atu. Lagipun aku ani inda tesurung kan bejahat ani. Inda penyampai hati aku ani. Anitah nya kawanku 'kelemahan' ku. Sifat ani ku warisi dari mama. Walaupun kadang mulutku cakap inda betantu 'time' marah tapi hatiku inda.
Bebalik semula arah si Chai, si Chai pun becakap lagi,
"Iatah tadi pasalnya ku larang kau kemari atu.. Bukan apa, tu si Jasmin ah.. Sama si Amir tia pulang ah.."
Alum ku sampat becakap, si Chai macam tau apa yang bemain dalam fikiranku ani. Aku pun diam ganya. Ku liat si Chai sekajap dan lapas atu ku liat lagi ke dapan arah si Jasmin sama si Amir ani. Kemudian baru ku becakap,
"Nda apa lah geng.. Biartia.. Barangkali aku ani inda sesuai sama ia. Apa jua aku ani, orang susah.. Sudah tah susah, nda tia lagi hensem, manakan si Jasmin atu kan beguna aku. Lain lah si Amir atu, orang kaya dan hensem tia lagi.. K lah tu. Aku tumpang gembira saja. Ku doakan saja ia bahagia. Apa boleh buat. Macamani tah saja cara ku membuktikan cintaku arahnya dengan mendoakan ia bahagia. Cinta nda semestinya memilikki.. Barangkali aku inda layak kan becinta ani.."
"Jangan cakap macamatu bro eh.. Rawan pulang hatiku mendangar.. Bangang tah si Jasmin atu pasal mempermainkan kau ani bro.. Mun aku bini-bini, kau ku pilih ni bro.."
Ketawa ganya ku mendangar cakap si Chai ani.Lapas atu ku pun ngambil keputusan balik saja dari sana. Hancur memang hancur hatiku tapi ku tabahkan hatiku. Bila ku melintas dapan durang atu, ngam tia si Jasmin ani menoleh kediaku dan aku pun ngam meliat kedia. Nampak dari sinar matanya dan reaksi mukanya ia tekajut meliat aku tapi aku sekadar menghadiahkan ia senyum. Senyum ada makna.
Macam apa yang ku duga, alum batah kedangaran bunyi hp ku kana telipun. Bukan kana sms atau kana text pakai whatsapp pasal lagu yang keluar atu lagu kegemaran ku jua lah,
~....Tiara.. Menggamit kenangan zaman persekolahan... Tiara.. Ku mimpi kita bersanding atas kayangan... Seakan bisa ku sentuh peristiwa semalam.. Di malam pesta.. Engkau bisikkan kata azimat.. Di telinga...~
Mula-mula nda ku kan menjawap tapi kemudian ku jawap tia jua,
"Assalammualaikum Jasmin.."
"Walaikumsalam Zach.. Atu Zach minta maaf ku.. Please.."
"Ok tu Jasmin, dun wori, ku maafkan kau.. Dan ku doakan kau bahagia sama si Amir.."
"isk..isk.. Isk.. Sori Zach ah.. Sori.."
"Bah ok tu.. 'drive' ku lu.. K. Take k Jasmin."
Selasai saja betelipun, ku pun menyambung drive. Iatah masalahku tu, walaupun ku marah tapi kalau becakap sama si Jasmin atu, nda tia ku temarah. Aku lain, kalau udah ku sayangkan seseorang atu, sayang tah ku tu bah. Kalau boleh tah kan ku jaga banar-banar. Ani apa boleh buat, si Jasmin ani yang inda beguna kediaku, mun inda, ku jaga banar ia selagi ku masih bernafas. Kan ku cintai ia walau hancur badan dikandung tanah.. Tapi macamana tah tu mun ia nda beguna kediaku. Nah bila menganang ia sama si Amir atu, sakit tia pulang hati ku. Aku inda pulang ku kisah kalau ia kan sama orang lain tapi masalahnya ia sama kawanku atu lah yang ku marah tapi biasalah tu, cinta datang tanpa disangka tapi nda apa, biartia ku saksikan kehebatan cinta durang atu.
Akhirnya sampai lah ku balik ke rumah. Bedusta jua kalau ku cakap ku inda kecewa. Kecewa memang ku kecewa tapi iatah nyangku, nda nampak kecewaku atu. Dari luar macam biasa ganya ku eh, tapi dalam hati, Tuhan ganya tahu.
Jadi aku pun masuk ke dalam bilikku dan kemudian memasang lagu-lagu rock. Bagiku, dengan mendangar lagu-lagu rock ani, perasaan ku akan tanang tapi masa tu, inda masuk. Bukan pulang makin tanang, makin sasak pulang ku. Jadi bediri lah ku ni menuju ke almari yang beceramin ani. Ku liat sekajap muka ku dalam ceramin ani tapi tiba-tiba terbayang muka si Jasmin dan kemudian muka si Amir. Apalagi, tarus ku tumbuk ceramin ani.
Habis pacah ni ceramin ah. Masalahnya tanganku wah abis luka bedarah. Sakit memang sakit tapi aku perlukan kesakitan atu untuk mengurangkan kepedihan hatiku. Dengan cara atu, aku boleh bertahan.
Tiba-tiba aingmataku mengalir. Bukan bererti aku ani laki-laki lamah tapi aku pun sekadar manusia biasa.
Apa lagi salahku? Apa lagi sebenarnya silapku? Antah aku pun sendiri inda tahu. Setahu ku saja, sepanjang ku becinta sama ia atu, nda pernah sekalipun ku membuat sesuatu yang melukakan hatinya. Inda pernah.
5 minit lapas atu, aku pun betanang semula. Ambil bandage, ambil plaster, ku balut lah tanganku yang luka ani. Kemudian ambil penyapu,ambil penyiut, tarus ku bersihkan kaca-kaca yang bejurit atu.Masukkan dalam kotak dan aku pun membuang ke tong sampah diluar rumah.
Sudah sampai ke tempat membuang sampah atu, tekajut ku pasal kana hon oleh kerita melintas ani. Sampat ku toleh orang yang mehon ani. Teliat ku orang yang drive ani bini-bini dan bini-bini atu senyum rah ku.
"Eh macam ku kenal?"
Batah ku mengingat-ingati ni. Sudah ku bepatah balik masuk ke rumah baru tah ku tekanang,
"Si Lisa!!"
*****
(flashback-2 tahun lapas)
Hari atu, aku ke airport pasal kan menghantar si Lisa, bestfriend ku menyambung belajar ke luar negeri selama dua tahun.
Sebelum masuk ke balai berlepas, sampat ku meliat pandangan sayu si Lisa rah ku. Seolah-olah barat hatinya kan belayar atu.
Selama dua tahun,inda ku mendangar beritanya. Nada ia membagi no hpnya disana. Email pun inda. Apatah lagi facebook nya pun inda ku tahu. Jadi malam atu aku 'planning' kan ke rumahnya.
(8 malam)
"Assalammualaikum.."
Datang saja ke rumah si Lisa, aku pun mengatuk dan membagi salam. Sampai 3kali ku membagi salam barutah ada orang membuka pintu dan menjawap salam. Rupanya mama si Lisa, bu hajah Nita.
"Walaikumsalam.. Eh kau Zach.. Bah masuk tah dulu.. "
"Au Bu, bah biartia ku nunggu di luar saja bu. Ni berangin-angin. Ada si Lisa Bu? Bukan jua, apa khabar kita? Batah ku inda kemari."
"Awu batah inda kau bedudun kemari.. Kediaku khabar baik.. Bah tunggu sekajap Zach ah. Ku melagau kan si Lisa diatas."
Aku pun duduk di hayunan basi bulat yang kerusinya bedapanan yang ada di halaman rumah si Lisa ani. Alum lama, ada tia si Lisa ani keluar dan membagi salam. Nampak ceria mukanya meliat aku.
Lapas membagi salam, si Lisa pun duduk dapanku arah hayunan ani. Aku pun meliat si Lisa ani. Makin mengancam ku liat bah. Ehehe.
Jadi aku pun betanya kabarnya dan bila ia balik. Lama ter 'lost-contact' kataku. Si Lisa pun membagitau yang hpnya kana curi masanya baru sampai di sana. Iatah lupa ia numbur hp ku. Bukan aku saja tapi banyak lah numbur kawan-kawan ia lupa. Ia membagitau minggu lapas sudah ia balik tapi batah ia arah rumah nininya di kampung.
Cerita punya cerita,nda kerasaan setangah jam udah limpas. Sepanjang becerita atu, si Lisa inda melarikan pandangan matanya arahku. Aku pulang malu olehnya. Ehe. Alum lama lapas atu, ada tia sebuah kerita masuk ke halaman rumah si Lisa ani. Bila saja si Lisa meliat kerita yang datang atu, nampak ku liat muka si Lisa berubah sekajap tapi nda ketara. Si Lisa pun bediri dan kemudian ada tia laki-laki keluar dari kerita ani. Si Lisa tarus mengaga laki-laki ani.
"Eh siapa laki-laki ani ah? Apa si Lisa ah.." kataku dalam hati.
Kemudian tekajut ku bila si Lisa ani memigang tangan laki-laki ani walaupun laki-laki ani usulnya macam marah. Apakah yang durang cakapkan.Yang ku tedangar saja,laki-laki atu betanya siapa tu nya sambil meliat arahku. Aku rilek ganya ku eh sambil behayun-hayun. Alum batah si Lisa ani sama 'laki-laki' atu bejalan menuju tempatku duduk behayun ani. Sampai saja arahku si Lisa pun becakap,
"Zach kenalkan boifren ku si Haikal. Danganku belajar di U.K."
Tekajut pulang ku mendangar cakap si Lisa ani. "Boifren? Sejak bila.."kataku dalam hati.
Aku pun tarus bediri,senyum dan menghulurkan tangan kan besalam sama si Haikal ani.
Si Haikal ani menantang kediaku dan macam inda ikhlas saja menghulurkan tangan ani. Ambung usulnya. Membari kan menempiling sekali.haha. Macam cemburu jua usulnya.
Lapas besalam, nda semana-mana,ada tia keluar bu hajah nita ani,
"Eh kau wang haikal.. Bila kau sampai?"
Meliat ada mama si Lisa atu,tarus senyum mukanya si Haikal ah. Biasa tu kan mengambil 'point'.
Kemudian, malas ku lagi kan nunggu batah-batah, minta izin balik lah ku. Ku liat si Lisa ani macam orang serba salah jua pasal ku balik atu. Mungkin nda puas kali becerita sama aku. Jadi masa ku kan masuk kerita, ku liat boifren si Lisa,si Haikal atu masih rancak becerita sama mama si Lisa. Jadi sampat ku becakap arah si Lisa,
"Add saja facebook ku Lisa, 'Zach Wolfpac' k. Jumpa lagi. Assalammualaikum."
Ku liat pandangan sayu si Lisa. Terasa ku banarnya yang si Lisa ani sebenarnya menaruh hati rahku dan aku pun sama jua,dari dulu udah banarnya tapi ani apa boleh buat, ia sudah beboifren lagipun aku ani baru jua bakas kana kecewakan oleh si Jasmin. Bukan apa, dulu kalau bukan pasal si Lisa kan belajar ke luar negeri, memang ku 'tackle' kedia atu tapi aku inda mahu menganggu pelajarannya.Rupanya belurih tia pulang boifren disana.
Sudah sampai di rumah, ku pun me'update status' rah facebook ku,
~Aku masani kehilangan.. Kehilangan segala-galanya. Becinta tapi kana kecewakan... Menaruh hati tapi kelambatan.. Miana tah jua. Sabar saja. Banai tah tu..~
Malam atu, aku pun lepak dalam bilikku. Duduk siring tabuk,tutup lampung dan begitar sambil menyanyikan lagu-lagu sentimental. Ehe.
~Hatiku dihirisnya lagi.. Kali ini lebih dalam dan pedih.. Kerna aku sudah berjanji.. Dia cinta ku yang terakhir..
Sungguh tak pernah ku menduga.. Dia akan mengulanginya semula.. Sanggup untuk menodai cinta dan membiarkan aku sengsara...~
Malam atu ku habiskan masa dengan begitar dan menyanyi. Alum batah ada ku menerima text dari whatsapp,rupanya dari si Jasmin.
'Zach, kalau dapat aku kan jumpa kau isuk. Please. Ada kan ku gtau kau Zach. Kalau kau nda mau jumpa aku, bunuh diri ku ni.'-Jasmin.
*****
(Flashback- tadi pagi masa dipantai)
"Banar-banar kah kau kan aku ani Jasmin."
"Awu lah Mir,napa kan?"
"Inda wah, inda kau lagi sama si Zach kan. Aku yang lain rasa arah si Zach karang."
"Mana ku lagi sama ia, putus kami sudah.. Jangan tah kau ingau tu, pandai tah ku tu..k. Sanang tu si Zach atu pasal aku tahu kelemahannya.."
*****
(Back to Back)
"Eh napa lagi si jasmin kan jumpa aku ani. Asal inda ku mahu bejumpa kah,apakah, mengugut tia kan bunuh diri, bunuh diri, apakan,stail kanak-kanak, nda ku paham eh.."kataku becakap seorang diri.
Masalahnya macamana ku kan menjawap pertanyaan ku tadi atu kalau ku inda betanya kan arahnya kan, payah jua tu,ehehe. Jadi ku balas lah text si Jasmin ani,
'Napa lagi kau kan jumpa aku Jasmin. Nda payah tah kau kan jelaskan apa-apa. Aku ok eh.. Jangantah ingau.'-Aku.
'Yang penting aku kan jumpa kau. Aku mau kau dangar penjelasan ku dulu. Aku sama si Amir.'-Jasmin.
"Napa ia sama si Amir kan jumpa aku ani? Kan membagi aku jeles? Alum.." nyangku rah diriku sendiri. Kemudian bila ku fikirkan balik, ikut saja tia rentak durang atu. Lagipun ingin jua ku mau tahu alasan durang atu.Jangan-jangan ada apa-apa kali. Jadi ku balaslah textnya,
'Bah ok tu, text ja ku isuk k'-Aku.
*****
(Tips ku milih pasangan- tambahan.)
Aku ani kalau kan becinta sama bini-bini, aku inda jua kan memilih banar ani. Lawa kah inda kah, inda jadi masalah. Bukan apa, lawapun muka macam ratu cantik, kalau hati bida, inda jua guna tu. Kalau muka inda lawa pun tapi mun hatinya baik, atu baru ya. Apalagi kalau muka lawa sama hati baik, atu kira satu bonus. Lagipun kalau milih lawa ah, kiratah ia inda lagi lawa udah tua, macamana tah tu, tinggalkan? Nah sia-sia jua tu kan. Lawa pun nda jua kan betahan lama. Macam aku ah,aku tah kan milih lawa sedangkan aku ani lagi inda hensem. Padantah jua kali ah si Jasmin meninggalkan aku atu. Nda apa,nanti ku memake up muka ku membagi lawa, haha. Boh apakan ni melarat cerita ku ani, ehehe. Jangan marah hah.
Bebalik arah cerita ani,jadi kalau aku milih bini-bini, ku bawa dulu jumpa indungku. Ku liat macamana caranya arah indungku. Nampak kitani tu samada ia bepura-pura atau ikhlas. Mun kiranya ia nda hormat kan indungku, macamana nanti ia kan hormat aku. Apatah lagi kan hormat dirinya sendiri tu pasalnya kalau sampai kahwin-kahwinan, bukan untuk sehari dua bah, kalau dapat tah selagi hayat dikandung badan. Bah satu tip saja dulu ku bagitau, nanti tah lagi.
*****
(Isuknya-di luar Restoran Secret Recipe, 7malam.)
Walaupun setangah jam lagi waktu perjumpaan kami tapi aku punya stail, aku inda suka orang menunggu. Biartia ku menunggu orang,nda kenapa. Dengan atu, aku melatih diri ku Bukan saja melatih menepati waktu tapi jua melatih kesabaran. Lagi jua supaya ku dapat betanang dan inda kalam kabut.
Setengah jam lapas atu, datang tia si Jasmin sama si Amir ani pakai kerita si Amir.Aku ani parking kerita jauh sikit. Kemudian ada tia si Jasmin ani mentext yang durang datang udah dan ku balas ok saja. Lapas atu ku liat si Jasmin sama si Amir keluar dari kerita dan lapas atu bejalan bepigang tangan. Aisey romantik ani wah, membari kan menerajang dari belakang. Dua-dua kali tarus tejungkang eh. Ehehe.
Bila sudah durang masuk ke dalam restoran,baru tah ku keluar dari kerita menuju ke restoran.Biasanya pakaian ku ani simple ganya macam yang si Jasmin tahu. Pakai tshirt, seluar jean sama selipar crocs tapi malam atu ku ubah gaya ku. Pakai baju kemeja warna cream bekolar lebar ,pakai jaket baldu hitam panjang ke lutut, seluar leather fit hitam corak kulit buaya sama pakai kasut boot papat.
Masuk saja ke dalam restoran, banyak orang meliat kediaku. Nda ku tahu pulang apa yang durang fikirkan. Barangkali kana ucap artis sasat kali. Haha. Si Jasmin sendiri lagi bangang meliat aku.
Sudah ku duduk rah meja durang, ku liat si Amir ani tesipu-sipu. Jadi nda lagi membuang masa,ku tanyakan lah apa yang kan durang cakapkan ani.
Baru saja durang si Jasmin sama si Amir ani kan becakap, bebunyi tia hp ku ani, rupanya ada org msg. Masalahnya nda ku kilala numbur nya atu. Ku baca lah msg orang ani,
'ANI BOYFRIEND SI LISA, SI HAIKAL. KAN WARNING KAU SAJA! JANGAN LAGI BEJUMPA SAMA SI LISA, MUN KEDAPATAN PACAH KEPALA MU. INGAT KO TU AH..'
Meruap tarus rasaku masa membaca msg si Haikal atu. Ku telipun tarus ni tapi sampai teputus inda ia menjawab. Jadi ku balas balik lah,
'Assalammualaikum.. Hati-hati msg orang ani. Jangan sampai ku laporkan rah polis kira kau kan mengugut aku. Ingat, kitani ada undang-undang. Lagipun basar jua hawamu kan memacahkan kepala ku atu, kau ingat kepala ku ani kaca? sanang-sanang bunyinya kau kan macahkan atu. Kau fikir aku ani patung inda melawan? Lagi jua, apa hak mu melarang aku jumpa sama si Lisa ah? Mun kau atu sekadar boifren nya saja, minta maaf jua, alum kau ada ikatan wang.. Tatap ku jumpa si Lisa bila-bila masa ku mau. Mun kau nda puas hati, bejumpa kitani.. Dapan-dapan bisai becakap.'
Aku ani jarang jua kan bekasar sama orang ani tapi mun udah orang mendulukan,iatah mudah jua ku membalasi tu. Kitani ani biar kurang makan tapi jangan kurang kana ajar. Tekana marah atu ah sampai inda ku melayan durang si Jasmin sama si Amir ani pasal sasak ku kan msg si Haikal atu. Alum batah ada tia msg lagi,
'BAH BILA KAU MAHU BEJUMPA?'
Ku balas balik, 'bah aku 'anytime',mun kau kan behajat,bunyi-bunyi saja.'
Lapas atu nada lagi ia membalas msg ku.
Bebalik arah durang si Jasmin sama si Amir ani, si Jasmin yang dulu becakap,
"Macamani Zach, banarnya aku menganggap ku sebagai kawan saja dan inda ku dapat mencintai kau. Kan dua bulan ku mikirkan tapi inda dapat ku paksa jua supaya ada hati rahmu.Iatah banarnya lama udah ku menaruh hati arah si Amir ani.."Si Jasmin diam sekajap dan kemudian disambungnya balik, "cuba kau lihat si Amir ani, ani tah 'type' laki-laki yang ku suka ni banarnya ni.."
Aku sekadar diam dan tesenyum saja. "Owh ani rupanya kan dibagitahunya ani,ehe kir apa." kataku dalam hati.
Kemudian lapas atu, si Amir lagi becakap,
"Minggu dapan kami kan betunang.. Kalau kau belaku ke rumah saja, k.."pelahan saja suara si Amir ani.Atupun nda mau meliat mukaku masa becakap. Barangkali malu kali ia tapi tepaksa jua dibagitaunya kali.Gerenti nda lain, si Jasmin yang punya keraja ni,ia yang kan membawa betunang atu tu pasalnya aku pun kan dibawanya betunang dulu tapi alum ku sedia nyangku.Bukan pulang aku takutkan komitmen, inda eh.. Masalahnya masa si Jasmin besuara atu, baru sehari kenal udah tia kan membawa betunang, ani baik jua nda sampai betunang, kalau inda putus tunang eh, siapa tah yang malu tu? Keluarga kitani jua kan? Nda kan keluarga orang lain,ehe.
Banarnya marah pulang ku tu, udah tah pasal si msg si Haikal atu,ani si Jasmin sama si Amir ani lagi membagitau yang durang kan betunang tapi inda pulang durang tahu aku marah kali pasalnya aku ani jenis 'cool and steady'. Hehe.
Dalam apapun keadaan, aku sentiasa tanang. Semua ani ku pelajari dari pengalaman-pengalaman lama. Pengalaman atu tah guru sejati. Contoh saja kalau kitani pernah gugur tetuhap dan tehabab. Mula-mula memang kitani akan marah tapi kemudian samada kitani rela atau inda, kitani akan mengambil iktibar atas apa yang berlaku atu. Kalau kitani pernah gugur,artinya disanatah kitani akan belajar untuk bangun semula.Disanatah kitani mengambil pengalaman.
Kalau diambil dari sudut-sudut lain, selain dari pengalaman gugur,kitani sudah tahu macamana rasa sakit masa tehabab atu dan jua selain atu, pengalaman malu kalau masatu kitani terabah,tejungkang, tehabab,tetuhap tampat orang ramai, pengalaman-pengalaman ani tah yang membuat kan kitani matang. Sebab apa? Sebab kitani indakan mau lagi mengulangi pengalaman dan satu lagi, insyaALLAH, kitani akan ingat dan tekanang pengalaman atu sampai bila-bila dan sebab atu tah ada peribahasa kana buat, nya tampat jatuh lagi dikanangnya, kan? Macam si Jasmin menduakan aku ani ah, ku jadikan pengalaman jua ni agar kemudian dapat ku lebih berhati-hati dalam becinta ani. Bagiku cukup tah sekali saja pengalaman macamani ku dapat. Mudah-mudahan jua dimasa hadapan ku inda tekana lagi macamani tapi dapat ku janjikan, lapas pengalaman kana kecewakan sama si Jasmin ani, kan ku labih hargai cinta yang datang kemudian dihatiku setiap saat pasal aku takut kemudian cinta atu meninggalkan kediaku. Jadi aku inda mahu kan mempersiakan cinta yang datang. Memang banarnya aku selalu mengalah dan memaafkan si Jasmin ani walau sudah tarang lagi besuluh,ia inda beguna kan aku.Bodoh? Mungkin bagi kamu aku bodoh tapi bagiku atu bukan namanya satu kebodohan tapi kesetiaan,kesetiaan seorang laki-laki yang dipersendakan oleh kecurangan seorang bini-bini.Aku inda pulang,hati ani wah.. Eh apakan ku tulis ani,melarat ani wah,ehehe.
Ok..ok, lapas saja si Jasmin sama si Amir membagitau atu, aku pun minta izin balik. Sejak saat atu, ku yakinkan hatiku supaya melupakan si Jasmin. Bukan pulang beerti aku ani mudah melupakan,inda eh tapi atu tah jalan terbaik yang dapat ku buat untuk hatiku, untuk kediaku. Mungkin ada cinta lain untuk aku. Nda apa lah,apa jua boleh buat kan.Kan ku paksa pun,nda jua guna-guna. Memang ada cara lain yang boleh ku buat untuk memisahkan durang atu tapi macam yang ku bagitau, aku ani inda penyampai hati. Lagipun bukan sifatku kan meruntuhkan kebahagiaan orang lain meskipun kebahagiaan yang durang dapat atu hasil dari penderitaanku. Inda apa, aku rela bekorban asal orang lain bahagia.Bukan pulang beerti aku ani baik, bukan, tapi dengan cara atu aku tumpang gembira. Aku gembira kalau orang lain gembira.Aku ani apa jua, serba kekurangan. Rupa nada, inda tia lagi beharta,nda apalah kalau ku mengalah. Aku punya cara, aku dulukan perasaan orang lain. Mungkin kamu betanya kenapa ku inda membalas? Banarnya aku buleh membalas tapi apa gunanya? Biartia ku serahkan segalanya arah Tuhan. Lagipun untuk menyanangkan hatiku, aku selalu ingat cakap kawanku, katanya,
'Jangan tah ingau tu Bro, rilek saja pasal biasanya hero memang gagal atau kalah awal nya.'
Bila ku fikirkan banar jua. Pasal apanah? Pasal dalam cerita ani aku tah hero tu,heroin nya alum lagi ada, ehehe.
Selasai dari sana, aku pun menuju balik ke rumah tapi bila sampai arah simpang basar, ku liat ada sebuah kerita disiring. Kali hampir, ku liat kerita si Haikal dan di dalam kerita ada lagi dua orang. Rupanya ditahan nya ku si Haikal ani suruhnya ke siring. Jadi ku pun ke siring.Ku buka jaket ku sebelum keluar. Bila ku mengaga kerita si Haikal ani, yang dua orang dalam kerita atu pun ikut keluar. Ku liat ditangan durang ada paip basi panjang sekaki.
Inda lagi sampat ku becakap, si Haikal ani menghulur tangan nya kan mencangak leherku tapi ia silap, 'Pantang disantuh badan pendikar kalau kan beniat membinasa'. Jadi ku buang tangan nya ani ke bawah dan tarus ku bagi buah satu. Tekana tarus hidungnya dan ku liat beucir darah dan tarus tumbang si Haikal ani. Nda lagi membuang masa, kawannya dua orang atu pun menyerang kediaku.
Meliat saja dua orang kawan si Haikal ani menyerang kediaku, ku bawa betanang walaupun aku tau durang ada basi di tangan. Sampat dalam beberapa saat atu ku memerhatikan durang dua atu. Jadi nampak ku kelemahan durang. Yang pertama kali menyerang yang dari sebalah kiriku. Bila datang saja tangannya kan menghampas kepalaku,tarus ku melangkah selangkah pakai langkah kanan menghampiri badannya,elak pakai tangan kiri ke pegelangan tangannya yang memigang basi tarus ku sigung ulu hatinya dan kemudin ku sambung lagi dengan menghantak dagunya pakai tapak tangan kananku. Tarus ia teundur ke belakang, basinya telapas dan memigang dagunya sambil terais kesakitan.
Lapas atu yang di sebalah kananku ani sama jua, menghayunkan basinya kan mengampas kepalaku tapi ku sambit ke kiri, pukul pegelangan tangannya sampai basinya lapas, tandang pelipatan lutut kaki kanannya dari siring. Bila sudah telipat,barutah ku pukul arah rahang kanannya. Macam biasa, tarus ia tejungkang ke belakang. Beundur ku balik hampir keritaku. Semua atu berlaku dengan capat. Pantas tewas. Ku liat beampaian durang tiga ani arah rumput dan separuh simen tempat pejalan kaki. Si Haikal ku liat memigang hidungnya. Yang sebalah kanan memigang rahang dan yang sebalah kiri memigang dagu. Basi paip durang ada beampaian siring durang.
Bukan apa, aku kan mempertahankan diriku ganya bila udah nyawaku terancam macamatu. Baik jua ku ada kana ajar sikit-sikit, beguna jua banar eh waktu kecemasan. Banarnya apa yang kana ajar atu sekali-kali bukan untuk di gunakan menganu orang. Aku inda minat kan bekelahi ani, kalau boleh tah berunding bisai-bisai. Ani si Haikal sama kawan-kawannya ani inda lagi berunding, tarus menyarang. Aku tepaksa tah jua mempertahankan diri.
Bukan pulang beerti aku ani kuat, inda eh. Mun tadi atu sekaligus durang menyerang bebarang, befikir jua ku kali lah.
Bebalik arah si Haikal sama kawan-kawannya atu, alum batah atu kan serantak durang bediri. Beundur ku lagi sedikit ke belakang sampai kerasaan ku tesandar arah bonet kerita ku. Bukan pulang ku beundur ani aku takut tapi bila sudah dalam keadaan macamani,akal kitani mesti tajam. Gerak hati mesti kuat. Aku takut durang menyerang serantak. Jadi kalau dibelakang ku kosong,memang ku kana kapung. Peluang ku kana serang gerenti tinggi sebab takut salah seorang ada memukul curi dari belakang. Payah bah pasal inda bemata dibelakang.Jadi bila sudah dibelakang ku ada kerita, yang difikirkan saja serangan dari dapan sama siring. Ani tah strategi yang kan ku buat. Sekurang-kurangnya kalaupun ku kana, inda teruk banar.
Banar sangkaanku. Rupanya durang ani kan menyerang aku serantak. Betawakkal lah ku saja. Sampat ku bedoa dalam hati,
"Ya Allah, aku memohon pertolongan dan pelindungan dari MU.. Hanya Engkau tempat memohon pertolongan dan Hanya Engkau sebaik-baik pelindung.. Aminnn."
Selasai saja ku bedoa atu, durang atu pun kan ngaga aku tapi alum batah ada kerita datang dan parking sebarang jalan ani. Semua yang ada disana atu pun menoleh temasuk aku. Kali ku liat rupanya si Chai yang keluar ani. Kemudian si Joe, si Remy sama si Bahrin bejalan menuju ke tempat kami ani. Kedangaran ku si Chai besuara,
"Napa ia Bro, ada masalah?"
Baru ku kan menjawap pertanyaan si Chai ani kali ku liat belusir ni si Haikal sama kawan-kawannya atu masuk kedalam kerita, stat enjin dan tarus jalan dari sana.
Sampai saja durang si Chai ani tempatku barutah ku becerita. Marah durang semua tarus mendangar pasalnya durang tahu yang aku ani inda mengacau orang. Iatah sampai kan durang suruh uyung tapi aku melarang. Kataku biarkan tia. Iatah durang pun ok lah jua. Durang pasani ku nyuruh menelipun durang kalau si Haikal atu mengagut.
Lapas atu ku bawa lah durang ke rumah becerita-cerita. Rupanya durang atu bakas dari rumahku kan membawa ku bejalan main dart. Ada 15minit durang di umahku nya. Durang msg ku kata durang tapi ku inda membalas. Durang telipun tapi inda bejawab. Fikir durang aku ada di rumah, tidur. Sudah durang aga,kana bagitahu ku bejalan.Iatah durang tunggu dirumah. Sudah 15minit aku alum ada, iatah durang bejalan atu dan kejumpahan aku di simpang atu.
Tu nah, kan, makbul bah doaku ah. Pertolongan Allah atu datang tanpa disangka-sangka. Iatah kitani jangan sekali-kali lupa berdoa dalam apapun keadaan sebab doa ani tah senjata rahsia bagi orang Islam. Syukur Alhamdulillah aku selamat dan inda apa-apa.
*****
Balik saja durang si Chai dari rumahku, aku pun masuk ke bilik dan melimpang sambil melangui kasau. Tekanang jua ku pasal kejadian tadi atu. Aku 'target' gerenti si Haikal atu inda puas hati. Mesti ku di intainya lagi tu. Caranya atu wah udah nampak pengecut. Inda 'Gentleman'. Kesian pulang ku kan si Lisa. Nda semana-mana bebunyi hp ku ani, ku liat rah skrin ani numbur tipun yang ku inda kenal. Tarus ku keluar ke beranda dan menjawap hp. Dalam fikiranku mungkin si Haikal yang menelipun tapi kedangaran suara bini-bini membagi salam. Suara yang ku kenal. Suara si Lisa. "Eh napa si Lisa menipun aku ani."kataku dalam hati.
"Helo Lisa..napa ia?"
"Helo Zach, bukan jua. Aku ani kan betanya.. Napa kau menumbuk si Haikal? Ni tadi ia membagitau. Ku liat bedarah bah hidungnya. Ia gtau kau membawa kawan-kawan mu mengerajakan ia pasal kau jeles sebab aku sama ia atu, banar kah Zach?"kata si Lisa dalam telipun. Kedangaran suaranya atu macam marah.
Mendangar cakap si Lisa atu, tekajut ku mulanya tapi kemudian ketawaku tarus. Lain jua si Haikal atu ah,kataku dalam hati. Jadi ku jawap petanyaan si Lisa atu bukan dengan jawapan tapi dengan petanyaan jua.
"Atu Lisa, sebelum ku menjawap soalanmu atu,aku mahu kau jawap dulu soalan ku. Dapat Lisa?"
Sudahnya menjawap au, baru ku betanya lagi.
"Berapa lama kau kenal aku? "
"10tahun.."
"Kau kenal si Haikal atu berapa lama udah?"
"Baru tahun lapas.."
"Owh ok Lisa, selama kau kenal aku pernah kau dangar aku menganu orang?"
"Inda pulang ada Zach.. Tapi si Haikal atu boifren ku wah Zach.. Nda kan ku inda pecaya kan.."
"Atu banar pulang tu ia boifren mu,nda ku menyangkalkan tu tapi kau mesti menyiasat dulu hal ani Lisa. Terus tarang ku gtau, inda lurus tu cerita ah tapi kalau pasal hidungnya bedarah atu ku akui,aku yang menumbuk.."
"Nah banar tah tu cakap si Haikal atu. Bah adang tia Zach. Nda ku sangka kau macamani ah. Napa tia kau berubah ani.. Bukan macam si Zach yang ku kenal dulu. Kalau pasal kau jeles pasal aku becinta, atu salahmu lah tu.Dulu nada kau bagitau,ani sudah ku beboifren,baru tah kau menyasal.. Padan tah mukamu tu Zach. Untuk pengetahuan mu, si Haikal kan melapor polis tu pasal kau menumbuk ia ah. Beinsuran tia lagi.Ada kan kau bayarBah adang tia! ......"
Balum ku sampat kan becakap, tarus tia ditutupnya. Ku telipun balik inda ia menjawap. Tekajut jua ku si Lisa cakap macamatu atu. Mesti si Haikal yang menghasut kedia. Awu kan dilaporkannya polis, manasaja tah ia eh.
Makin kesian pulang ku kan si Lisa ani pasal sanang-sanang kana tipu oleh si Haikal. Sakit pulang hatiku kan si Haikal atu. Pandai ia mutar balit cerita. Mula-mula nda ku kan meduli banarnya pasal apa aku inda salah wah tapi inda sanang hatiku, ku msg lah saja pasal ditelipun pun inda jua ia mengangkat.
'Assalammualaikum Lisa, untuk maklumanmu, aku inda besalah. Ku harap kau selidiki dulu banar-banar k.'
*****
(Isuknya-9pagi)
"Tuk! Tuk! Zach oh Zach, bangun kau,napa ada polis diluar kan jumpa kau.. Bah bangun tah."
Malas-malasan ku kan bangun banarnya tapi tekana nya mama ada polis diluar atu,mau nda mahu,bangun tah ku jua. Sudah diluar ku tanyakan lah kenapa walaupun banarnya dapat ku teka udah tujuan durang atu.Nda lain, mesti pasal si Haikal. Menyusahkan banar,nda besanang orang kan tidur.
Sudah diluar ku tanyakan kenpa, barutah durang membagitau yang aku kana suruh ke balai polis bagi membantu siasatan pasal kes kelahi dimalam ah. Lapas atu aku pun kana bawa ke balai polis. Jadinya nada apa-apalah ni dalam fikiranku.Mungkin kana soal siasat ganya kali.
Sudah sampai dibalai polis, rupanya banar aku kana soal siasat pasal si Haikal membuat laporan pasal aku.
Pendek kan cerita, aku pun menjawab semua soalan yang kana soal atu dengan tanang.Fikirtah lapas soal siasat ani boleh udah ku balik rupanya inda, kana suruh tunggu lagi. Tunggu punya tunggu, rupanya aku ani kana tahan reman untuk siasatan lagi dalam sejam dua tapi yang heran nya aku ani kana suruh tunggu di tempat yang ku inda suka.Dimana lagi kalau bukan dalam jel. Adui.
Masa mula-mula ok ku masih. Biasalah 'cool and steady'.ehe tapi sudah kan 3jam menunggu, marah tia aku ani pasalnya bukan pulang ku inda sabar pasal menunggu atu tapi masalahnya lapar bah parut ku ah.Mana inda,alum 'breakfast' bah dari bangun tidur. Lapar kali ah,buleh?ehe.
Fikir punya fikir, ahernya ku ambil lah keputusan supaya ku dapat keluar dari sana.Masalahnya ganya kalau masa parut ku lapar, keputusan ku selalunya inda berapa tepat.Kira 'lagging' lah ku sikit. Jadi aku pun ambil keputusan untuk pura-pura pengsan.Masalahnya kan setangah jam ku eksen pengsan ani,nada jua kana layan. Apa tu,haha.
Kemudia ku tukar lagi rancangan lain.Kali ani eksen ku kan mengantuk kan kepala ku rah basi jel atu.Kira pelahan saja lah,namanya jua eksen kan.Mun kuat-kuat ada bincul kepala ku ah tapi iatah masalahnya tu.Kalau pelahan saja ku ngantuk kan kepala ku, gerenti orang tau aku eksen. Jadi ku ambil lah keputusan drastik. Ku pegang basi jel atu dengan kedua tanganku.Kemudian ku tarik nafas panjang dan ku lapaskan pelahan-lahan. Ku tutup mataku dan kemudian ku hantuk kan lah dahi ku ani kuat kuat tapi yang hairan nya inda sakit ani wah. Kali ku buka mataku rupanya yang ku pegang ani bantal paluk ku dan aku masatu melimpang masih dan masih di rumah. Duduk ku tarus. Tekidum ku sekajap, rupanya aku atu mimpi ganya. Baik jua bukan banar. Ehe. Cana boleh ku mimpi camatu atu. 'Spoil' eh. Membari ijap saja.
*****
(Tip Kedua-tambahan)
Samada laki-laki atau bini-bini,kitani ada hak untuk memilih pasangan kitani.
Jangan ambil mudah hal atau gagas kan membuat keputusan. Keputusan yang kitani kan buat atu mesti datang arah hati kitani. Cuba tutup mata, bayangkan muka pilihan kitani. Dalam minda kitani, kitani bayangkan betantang mata sama ia. Ok kemudian cuba kitani rasakan getaran di hati kitani.Kalau ada, atu tah namanya getaran cinta.
Kalau masih lagi jua kitani susah kan memilih pasangan kitani, dirikan sembahyang sunat istikiharah dua rakaat selama tiga hari beturut-turut untuk meminta petunjuk dari Allah. InsyaALLAH, apa yang kitani kana bagi petunjuk,iatah sudah tu pasangan kitani sebab pilihan Allah sangat tepat. Allah hu Akbar.
*****
(Back to Back-malamnya)
Malam atu aku inda bejalan kemana-mana. Dirumah ganyaku. Bukan pulang ku takut pasal si Haikal kan mengintai aku tapi nda ku tau wah kan kemana-mana malam atu. Kira rilek di rumah saja ku. Rilek-rilek lah ku main dart. Nda lama atu, tekajut ku pasal ada kerita polis datang ke rumah.Tadi pagi jua ku mimpi kana bawa polis, kana soal siasat sama kana masukkan ke jel,ani ada banar tia.
"Assalammualaikum,kan betanya, dimana rumah no 8 ah? Rah kita ani no 7 kan?"
Kata salah seorang polis ani rahku.
"Walaikumsalam Tuan, awu sini no 7, rumah no 8 tu nah di sebarang ah.."
Lapas mengucapkan terima kasih, durang pun ke rumah sebarang atu. Sanang hatiku tarus. Fikirtah pasal si Haikal me'report' aku. Suspen dah ku. Ehe.
*****
(tiga hari kemudian)
Dalam tiga hari lapas kejadian ku bekelahi sama si Haikal atu, inda ada apa-apa terjadi. Iatah masa ku ke supermarket membali hadiah untuk pertunangan si Jasmin sama si Amir, kejumpaan ku si Lisa. Walaupun durang 'khianati' aku tapi aku inda menaruh dendam rah durang. Masih ku anggap durang kawan-kawanku.
Bebalik arah si Lisa ani, teliat saja ia kan aku, kan mengelak ni si Lisa ah. Ku liat seorangnya ganya ia.
Nda ku teliat boifrennya si Haikal ah. Jadi ku aga lah ni si Lisa ani. Iatah kali masanya untuk ku menjelaskan hal antara aku sama si Haikal atu. Sudah ampir, ku bagi salam lah ni.
Macam nda ikhlas saja ia kan menjawap salam ku atu. Kemudian becakap ia tarus si Lisa ani,
"Apa lagi kan kau cakapkan ani Zach? Inda ku mau mendangar. Adang tia. Jangan tah ku dikacau lagi. Banci ku meliat kau ah.."
Alum sampat ku becakap, tarus tia bejalan si Lisa ani. Geleng-geleng ku tarus meliat perbuatan si Lisa atu.
Becakap ku tarus dalam hati,
"Lisa, lisa.. Napa tia kau berubah macamatu atu."
*****
(Seminggu kemudian)
Hari atu ku besiap-siap kan mengaga majlis pertunangan durang si Jasmin. Walaupun baru majlis betunang tapi durang mengadakan di hotel.Tema pakaian pun pakai baju 'casual'. Semua atu mungkin idea si Jasmin. Lagipun si Amir ani pun orang beduit jua. Biasalah aku datang kesana dengan pakaian rock ku atu. Kali ani ku pakai jaket kulit.
Datang kesana, ku liat ramai lah orang. Biasalah tu ah, kalau orang beduit,mesti tah kana aga tu.Cuba kalau orang susah,payah-payahan orang kan mengaga.
Banarnya hajatku kan membagi hadiah saja arah si Jasmin sama si Amir ani. Inda pulang seberapa hadiah ku atu tapi sebagai kenang-kenangan saja tapi durang tahan ku sana Macam sengaja ada jua, macam nda paham ada jua, mun paham bisai. Galak jua rasaku tu.Bakas girlfren ku betunang sama kawanku, macamtah aku ani nda tahu malu. Yang ku sasak lagi si Jasmin ani meliat aku tesenyum-senyum macam sengaja jua kan menyakiti hatiku atu. Mun ku membuat laporan palsu ada 'kebakaran' wah, nda jadi kali majlis durang ah,ehe.
Jadi ku ikutlah rentak durang ani. Sebelum majlis menyarungkan cincin, memotong kek dan jamuan diadakan, biasalah tu ah diatas pentas ada 'live band', macam-macamlah lagu 'unplugged' durang bawakan. Kemudian kawan ani menyuruh ku menyanyi. Ku bagitau lah yang aku ani inda pandai menyanyi tapi kawan-kawan yang lain ani memajal. Mau inda mau menyanyi lah ku ni. Ku tanyakan dulu samada durang tahu lagu kan ku nyanyikan ani. Sudah ok, dj nya pun memaklumkan yang aku kan menyampaikan sebuah lagu. Semua orang tapuk tangan ni. Lampung dewan kana bagi samar-samar sementara lampung pentas sama jua tapi 'sport light' kana buka dan kana fokus arahku. Macam menyanyi dalam p2f tia pulang,ehe.
Kana mainkan saja muzik, ku pun ambil 'feel' menyanyi. Dalam hatiku hantam tia saja eh. Jadi menyanyi lah ku,
~Sayup.. Hilang.. Rahsiaku selamanya.. Untuk Aku terus menyintai dirimu..
Aku.. Pernah.. Jadi khazanah semalam... Semoga engkau bahagia..
Setelah aku melihatmu berubah.. Tutur laku tiada menjaga hati.. Apa lagi guna rahsia ini kan ku persembahkan..
Ku cuba pertahankan perasaanku.. Namun kau terus menduga.. Kesabaran ini dipersenda..
Kiranya hujan turun membasahi dirimu.. Itulah airmata dari hatiku.. Menghitung hari-hari bersama.. Namun aku dikecewa..
Andainya ada bayu membelai wajahmu.. Ia membawa kata pesan dariku.. Aku kini dapat menerima.. Perpisahan ini.... ~ (Rahsia Kesabaranku- Data)
Sebenarnya tadi masa chorus, ada bini-bini naik dan membagi ku bunga. Sampat ia senyum arahku. Siapa bini-bini atu? Pandangan matanya atu macam menusuk ke jiwaku.
Lapas saja turun dari pentas, aku ani lalu arah meja si Jasmin duduk. Sampat ku liat si Jasmin ani macam melap aingmatanya. Barangkali ia perasan yang lagu atu ku tujukan untuk ia.
Bebalik arah bini-bini yang membagi bunga tadi masa ku menyanyi dipentas atu, aku pun mencari-cari. Ku liat ada ia duduk alat dua buah meja dari mejaku. Ku liat ia senyum rahku. Jadi ku tanyakan lah durang kawanku siapa bini-bini atu tapi durang menyuruh aku sendiri betanya. Biasalah aku kalau kana suruh macamatu, ku buat lah. 'Gentleman' kali ah,bulih? Ehe. Ku aga lah ni bini-bini tadi ah dan ku pun betanya namanya dan ia pun membagitau namanya si Maria. Tarus dibaginya no hp sama fb nya. Meliat si Maria atu,macam begetar hatiku ani. Cinta pandang pertama?
Selasai saja majlis, ku pun balik ke rumah.Sampat ku jumpa si Jasmin sama si Amir dan mengucapkan tahniah.
*****
(1ptg/di rumah)
Balik tadi ku dari majlis si Jasmin, ada si Haikal ani memsg kan jumpa aku di pantai. Mungkin ia kan membalas dendam kali. Sebelum kesana, besiap-siap ku mandi dulu apa. Mandi bukan sebarang mandi. Sebelum keluar rumah pun ku bediri di pintu dan menjalankan 'minda' ku kesana. Sudah nyaman rasanya, baru ku melangkah keluar. Bukan apa, kitani mesti selalu 'ingat'. Lagipun bapa angkat ku pernah bepasan, nya sebelum kitani melangkah keluar rumah, genggaman kitani mesti sudah cukup rapat sebab 7 langkah kitani keluar meninggalkan rumah, sudah ada musuh 'mengintai' kitani. Baik musuh yang nampak nya,mun musuh inda nampak,macamana? Sebab atu tah katanya kitani mesti bersedia. Keluar rumah jangan sekali-kali turun-turun ayam.
*****
(4.30ptg/ Pantai)
Aku ani pun ke pantai pasal kan menjumpai si Haikal ah. Kali ani ku bawa bestfren ku si Chai. Bukan pulang beerti aku ani inda gentle pasal inda berani seorang tapi sebab ku tahu udah si Haikal atu bukan jenis laki-laki gentle, iatah pasalnya ku bawa si Chai atu. Kalau apa-apa terjadi, sanang sikit,ada orang tahu. Lagipun harap hatiku jua kan si Chai ani. Kalaupun bekelahi, memang inda lari ni kedia ah.Pernah bah dulu kami dua kana hantam masa di luar negeri pasal salah orang, ia seorang ani ganya inda lari. Kawan-kawan lain abis lari. Iatah si Chai ganya ku bawa pasal targetku si Haikal ani membawa orang ni. Mungkin ramai kali.
Sampai saja dipantai, ku riki dulu meliat si Haikal ah.Masatu ku ikut kerita si Chai.Jadi gerentilah si Haikal inda tahu. Ku liat sebuah ganya ia dan yang ku liat si Lisa dangannya. Heran jua ku tu kenapa si Lisa ikut atu. Iatah kali masanya untuk menjelaskan hal sama si Haikal atu.
Jadi ku pun turun mengaga durang. Si Chai ku suruh tunggu dalam kerita.
Keluar saja ku dari kerita,ku pun mengaga durang. Meliat saja ku hampir, si Haikal pun keluar dari kerita sementara ku liat si Lisa masih dalam kerita dan ku liat lah ganya.Ku liat pandangan si Lisa ani seolah-olah sayu meliat kediaku. Si Haikal pun mengaga kediaku.Kemudian becakap si Haikal ani,
"Tujuanku kan jumpa kau ani pasal aku kan minta maaf. Ku harap kau dapat maafkan aku." si Haikal tarus mengunjuk tangan besalam.
Aku pun besalam sama si Haikal dan kemudian baru ku becakap.
"Ok tu, nada masalah tu.Ku maafkan kau asal saja inda lagi beintai hal ani. Aku ok saja, nda ku bedandam. Yang penting kau jelaskan lah hal ani arah si Lisa."
"Bah syukur tah tu kau maafkan aku, pasal si Lisa, ia kan becakap sama kau. Bh ok Zach ah."
Lapasnya besalam sama aku, si Haikal pun tarus masuk ke dalam kerita.Alum lama lapas atu, si Lisa pun keluar dari kerita mengaga aku.
Sambil sama-sama kami meliat ke pantai, si Lisa pun becakap sama aku,
"Sebenarnya malu ku kan jumpa sama kau ani Zach pasal rasa bersalahku salah anggap dan becakap macam-macam rah mu hari atu.."
Si Lisa pun diam lapas atu. Tekananya diam,aku pulang becakap,
"Apa pulang kan dimalukan, inda kenapa tu Lisa. Kitani ani manusia biasa,memang ada kesilapan.. Jangan tah ingau tu Lisa. Inda ku marah pasal aku sayangkan kau Lisa tapi bukan bererti aku kan merosakkan kebahagiaan mu sama si Haikal. Bagiku dengan melihat kau bahagia pun aku sudah gembira.."
Ku liat si Lisa megalirkan aingmata.Lapas dilapnya baru tah ia becakap,
"Terima kasih Zach pasal kau inda marah arahku. Anipun kalau bukan pasal ku tebaca msg si Haikal dalam hp nya,nda ku tau kan hal ani. Marah ku masih arahnya ni pasal hal ani. Sanggup ia menipu aku."
"Owh.. Bah syukur tah kau sudah tahu ah, jangan tah marah rahnya Lisa, mesti kamu berunding bisai-bisai kalau ada masalah. Sayang jua perhubungan kamu kan. Bah ok Lisa, ku doakan kamu bahagia.. Bah panggil kan si Haikal kajap,ada kan ku cakapkan sama ia,k.."
Si Lisa pun bejalan menuju ke kerita, masuk dan kemudian si Haikal pulang keluar mengaga kediaku. Sampai saja rah ku, ku pun becakap,
"Atu Haikal, ku harap kau dapat jaga hati si Lisa macam kau menjaga dirimu. Jangan sekali-kali lukakan hatinya. Kalau ada masalah,ku harap kamu berbincang bisai-bisai. Bah ok tu Haikal ah, ku harap kau dapat bejanji rahku."
Si Haikal sekadar mengangguk ganya. Lapas besalam, ku pun menuju ke kerita. Sampat ku liat si Lisa senyum meliat aku masa ku melintas kerita durang. Sampai ke kerita, aku pun tarus masuk sementara Si Chai menstat enjin dan tarus kami jalan dari sana.
Masa melintas dari pantai, teliat ku si Maria yang ku jumpa tadi pagi arah majlis petunangan si Jasmin sama si Amir. Ku liat ia bejalan sama laki-laki . Masa melintas atu, kelurusan ia menoleh rahku dan teliat kediaku. Macam tekajut ia meliat aku tapi aku senyum ganya ku. Aduh, fikir 'single' masih si Maria atu, rupanya beboifren udah kataku dalam hati. Inda apa lah, mungkin ada cinta lain untuk aku.
*****
(8malam- rumahku syurgaku)
Sebenarnya,balik saja dari pantai atu,inda nyaman rasa badanku ani. Ku bawa melimpang lah ni sambil memikirkan kejadian tadi dipantai atu. Mula-mula Fikirtah si Haikal ani kan membawa kelahi lagi,rupanya kan minta maaf. Sanang hatiku lah pasal selasai sudah masalah atu. Kesian jua ku meliat si Lisa atu. Mungkin kali bukan jodoh kami tah tu. Kemudian tekanang lagi ku kan si Maria. Tarus ku buka fb ku dan meng'add' akaun nya. Ku liat 'profile' nya masih lagi 'single'. Jadi sudahnya meng'accept' request ku, alum lama ada ia me'inbox' aku,
>Assalammualaikum.. Just to let u know that i really admire u. Hope that we can be friend coz i wanna know more about u.
Ku 'reply' balik,
>Walaikumsalam.. Terima kasih. Aku ani cuma manusia biasa. Inda ada apa-apa istimewa,nda ada rupa dan inda beharta, keraja pun cuma keraja biasa.. :)
Di replynya lagi >Nda apa tu, yang penting aku mahu tahu banar-banar kan kau. I admire ur voice. Hope we can meet nanti,k.
>InsyaALLAH, gtau saja nanti k.
Lapas saja bebalas inbox, ku pun kan bediri. Baru saja bediri, patang peliatanku ani dan tahu-tahu tumbang aku ani.Rupanya pengsan aku ani.
Sudah ku sadar , ku liat aku ani rupanya di hospital.
(Hospital- 9malam)
"Kenapa ku ada di hospital ani Ma?"
Ku tanyakan mama yang ada duduk di kerusi sambil membaca majalah. Mama pun menjawap,
"Tadi kau pengsan dirumah Zach, mendangar mama tadi bunyi melagur dibilikmu, kali mama subuk rupanya kau ani pengsan, iatah mama lagau kan ambulan."
"Apa tah nya doktor, Ma?"
"Menunggu keputusan darahmu lagi. Nasib-nasib isuk be X-ray kali.Ani kana tahan kau dulu ni disini. Takut kau pengsan lagi kalau balik."
"Owh, bah ok tu Ma, kalau inda agatah kita balik, jangan tah ku ditunggu. Berehat tah kita dirumah,Ma, K."
Mula-mula barat hatinya mama ani kan balik tapi tekana malar ku pajal,mahu tia jua. Kesian jua tu orang tua-tua. Aku rela seorang diri menghadapi semua ani dari ku menyusahkan indung ku.
Inda lama Mama balik,ada tia doktor ani masuk. Kemudian doktor ani pun duduk disiring katilku.Alum sampat ia becakap,aku dulu betanya,
"Inda wah doktor, kenapa ku pengsan atu ah? Apa pasalnya ah?"
"Camani Zach, ku harap kau tabah mendangar.. Mengikut dari contoh darah yang kami ambil tadi atu, kami dapati kau menghidap penyakit barah hati yang boleh sudah dikatakan kritikal.."
Mendangar cakap doktor atu, macam inda ku pecaya. Inda ku sangka rupanya aku ada penyakit atu. Kan menangis rasanya mendangar berita atu tapi kemudian becakap doktor ani,
"Berita baiknya, kau boleh sembuh 100peratus kalau ada penderma.."
"Berita buruknya doktor?"
"Berita buruknya, kalau nada penderma, peluang mu untuk hidup dalam masa 3bulan saja.."kata doktor ani terus terang arahku.
Doktor ani pun tarus bediri dan sebelum atu ia sampat membagitau yang isuk aku kan kana 'teropong' untuk meliat kerosakkan hatiku. Padantah selalu sakit ulu hatiku atu. Menerima berita inda baik atu,macam-macam bermain dalam fikiranku.
Bukan pulang ku takut mati. Inda eh sebab aku yakin setiap yang hidup mesti mati dan yang kekal cuma Allah, zat yang hidup dan nda mati sekali-kali. Aku redha andai nyawaku diambil. Ganya yang ku ingaukan, kalau ku sudah nada nanti, siapa kan menjaga kedua indungku dan adi beradiku yang masih lagi damit. Siapa kan memelihara durang? Siapa kan membagi makan durang? Selama ani ku curahkan baktiku pasal kan membalas jasa durang menjaga aku dariku damit walau ku tahu aku indakan tebalas. Aku sanggup belapar asal durang inda. Aku sanggup bekorban untuk durang.
Memikirkan semua atu,nda semana-mana mengalir aingmataku. Bukan ku sedih pasal penyakitku tapi aku sedih memikirkan nasib keluargaku kalau aku inda lagi ada didunia ani sebab aku sudah berjanji untuk menjaga durang selagi ku masih bernafas, selagi hayat dikandung badan. Aku sayangkan keluargaku walau ku inda pandai menunjukkan dengan kata-kata tapi semua atu ku pamerkan melalui perbuatanku. Lagi jua, aku bejanji kan membela nasib keluargaku yang susah ani. Kalau kiranya nasib keluargaku ani sudah berubah, aku rela walau Tuhan kan mengambil nyawaku.
Masatu aku masih lagi menangis. Mula-mula ku tahan saja tapi 'last-last' ku biarkan saja airmataku ani mengalir membasahi pipiku dan sekaligus membasahi bantal yang ku limpangi atu. Tanang saja ku sikit, barutah ku berdoa,
"Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku redha andai ini ujian Mu terhadapku.. Aku memohon kepadaMU agar aku diberi masa untuk hidup dan berbakti kepada kedua orang tuaku dan keluargaku agar nanti aku tidak dipersoalkan di akhirat kelak..Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, peliharalah mereka sepertimana mereka menjaga ku sewaktu ku kecil.. Amin.. Amin.. Amin Ya Rabbal alamin.."
Selepas saja berdoa, ku pun menutup mataku, mencuba untuk tidur dan beharap semua atu sekadar mimpi.
*****
(Rumahku)
Bila ku sadar,inda ku dapat membuka mataku, tapi kerasaan ada kain menyelimuti bukan saja mukaku tapi seluruh badanku. Ku cuba garakkan badan ku tapi langsung inda mahu. Ku cuba besuara pun sama jua inda mahu. Sayup-sayup kedangaranku suara orang ramai membaca-baca. Apa yang ku pasti, durang atu sedang membaca surah Yaasin.
Selasai saja bacaan Yaasin, kerasaan ku badanku ani kana angkat dan lapas atu kana turunkan. Kemudian kedangaran suara laki-laki menyuruh menyiram air dan menggasa tubuhku.Keciuman bau kapur barus.
Sudah dalam setengah jam kali, kerasaan ku aku kana angkat lagi dan kemudian kerasaan ku badanku kana lilit dan kana bungkus makai kain yang belapis-lapis dan kemudian kerasaan ku macam kana ikat. Selasai saja macamatu, sekali lagi kerasaan tubuhku ani kana angkat dan kana turunkan lapas atu.
Dalam 5-10minit lapas atu, kedangaran suara orang betakbir empat kali dan kemudian membagi salam. Lapas atu sekali lagi ku kana angkat dan sepanjang kana angkat atu, kedangaran suara takbir, tahmid dan tahlil dari orang ramai dan lapas atu aku kana ampaikan.Kedangaran bunyi enjin kana stat dan kemudian kerasaan kerita atu begarak.
Dalam perjalanan atu,kedangaran ku suara orang membaca Yaasin. Kenal ku suara atu. Suara atu suara bapa. Sudah kerasaan beranti, sekali lagi ku kana angkat dan kemudian kerasaan lagi kana ampaikan. Akhir sekali kerasaan ku tubuh ku ani kana angkat dan kana paluk sekurang-kurangnya 3-4 orang dan kemudian terasa lagi masa kana ampaikan atu badanku kana singitkan.
Singgan sana tahu-tahu aku pun dapat membuka mataku, ku liat ke kiri kanan ani. Rupanya lakat lagi ku di hospital.
"Astaghfirullah alazim.." ku pun beistighfar. Rupanya tadi atu ku mimpi. Mimpi yang aku sudah 'meninggal'. Kana bacakan Yaasin, kana mandikan, kana sembahyangkan dan kana kuburkan.
Lapas atu ku sambung balik tidurku.
*****
(isuknya-8 pagi)
Selasai saja ku mandi,aku pun kana bawa untuk kana masukkan hos damit rah hidungku untuk meneropong ke dalam badanku. Kan tejeluak rasaku. Sudah selasai barutah doktor ani membagitau keputusannya.
"A good news for you Zach.. Kerosakkan yang berlaku arah hatimu separuh ganya.. Hope that there''ll be a doner for you.."
Mendangar saja cakap doktor atu, sanang hatiku sikit. Sudah ku yakinkan diriku, yang aku indakan berputus asa. Kan ku teruskan hidupku selagi ku terdaya demi untuk kedua indung dan keluargaku. Akan ku perjuangkan hidupku ani singgan nafasku yang terakhir.
Patang atu, doktor mengizinkan aku balik dan menyuruh ku datang ke hospital untuk pemeriksaan setiap minggu sementara menunggu penderma. Sebelum ku keluar, sampat ku bepasan arah doktor atu,
"Satu saja permintaan ku doktor, ku harap doktor dapat merahsiakan hal ani arah keluargaku pasal aku inda mahu durang susah hati. K doktor, assalammualaikum.."
*****
(seminggu kemudian)
Semua orang inda tahu akan masalah penyakit yang ku hidap atu termasuk keluargaku walaupun mama macam perasan yang aku ani sakit tapi inda ku mahu membagitau. Kan setiap malam sakit arah ulu hatiku atu. Seleraku pun kurang semenjak ku tahu sakitku atu tapi ku paksa jua makan. Setiap malam atu jua,gerenti mengalir aingmataku kalau sakit atu datang. Semua atu ku tanggung seorang diri.
*****
(Maria)
Dalam seminggu atu jua, ku selalu berkontek sama si Maria melalui fb. Banarnya malas ku kan melayan banar si Maria atu pasal dalam fikiranku si Maria atu sudah beboifren. Lagipun aku inda mahu terjatuh cinta dengan ia dalam keadaan ku sakit atu. Alum tantu bah ada penderma nanti. Inda ku mau telampau beharap pasal kadang-kadang kenyataan inda macam apa yang kitani harapkan. Jadi jarang-jarang lah ku membalas inbox,wall atau sms si Maria. Apa yang ku tekajut, si Maria pernah meluahkan isi hatinya arahku. Dalam hatiku, boifren nya camana, kan ditaruhnya kemana.Tekana ku inda membalas, jarang tia lagi mengontek aku. Menyamal kali ia.
*****
(Sebulan kemudian)
Pagi atu aku menerima panggilan dari hospital,
"Helo, Assalammualaikum Zach. I have a good news for you. I need you to come a.s.a.p to the hospital as there is already a donor for you.. "
"Helo, Walaikumsalam doktor, ada ku kesana dalam setengah jam..k terima kasih."
Mendangar berita gembira atu, macam ada harapan baru untuk aku.Gagas ku tarus besiap-siap kan ke hospital. Syukur Alhamdulillah,ada orang yang baik hati mendermakan separuh hatinya untuk aku. Aku mahu tahu dan jumpa orang atu untuk mengucapkan terima kasih.
*****
(Setangah jam kemudian)
Sampai saja di hospital ku pun bejumpa doktor. Apa yang pertama kali ku tanyakan, aku mahu tahu siapa penderma atu tapi doktor membagitau yang mengikut polisi kedoktoran, durang inda boleh mendedahkan nama penderma pasal boleh jadi satu kesalahan. Jadi ku pajal lah doktor ani,'last-last' mahu ia membagitahu tapi lapas ku selasai 'operation' pemindahan hati atu katanya.
Jadi operation pun kana jalankan.Ku pasani doktor supaya membagitau keluargaku andai apa-apa terjadi arahku. Ku suruh doktor menyampaikan aku minta ampun minta maaf arah indungku andai operation atu inda berjaya. Ku suruh doktor menjelaskan nanti.
Jadi masuk saja ke bilik operation, macam kajar-kajar badanku. Manakan jua, baru 'first time' bah ku operation betarung nyawa ani. 50/50 bah tu. Sebelum atu sampat ku berdoa,
"Ya Allah, mudah-mudahan operation ani berjaya dan berjalan dengan lancar melalui pertolonganMU. Andai ani adalah ajal ku, aku mohon Engkau ambil nyawaku dalam keadaan beriman kepadaMU..dalam keadaan Khusnul Khatimah..Amin"
Mengalir aingmataku selasai saja berdoa atu.Kemudian baru tah ku melimpang atas katil yang kana sediakan. Lapas atu aku pun kana pasangkan 'mask' untuk membius aku. Kemudian,aku pun tetidur dan langsung inda sadar.
*****
Dalam ku koma atu, perasaanku aku kana bawa ke suatu taman bunga yang lawa mata memandang.Di taman bunga atu ku liat ramai orang belusir-lusir sambil ketawa-ketawa. Nampak durang atu bahagia. Aku pun bejalan menuju kesana. Melintas saja arah orang-orang atu, satu pun ku inda kenal. Jadi ku taruskan bejalan sampai ke satu tempat dimana ada kolam ikan dan ada jambatan menyebarangi ke pondok di tangah-tangah kolam atu.
Di sekeliling kolam atu panuh ditumbuhi dengan bunga bermacam jenis dan warna.Sudah hampir, ku liat ada seorang bini-bini duduk arah kerusi membelakangi aku.
Macam kana garu-garu hati ku kan mengaga ke pondok atu. Jadi pelahan-lahan lah ku bejalan kepondok ani. Dari langkah pertama arah jambatan atu, keciuman ku bau harum. Baru ku pernah mencium bau harum atu. Jadi bila sampai kesana, makin kuat harum atu.Hatiku ani pun makin bedebar-debar.Lapas atu aku pun membagi salam.
Kemudian bini-bini ani pun menoleh rahku.
Tekajut ku bila ku liat siapa bini-bini atu. Bini-bini atu sebenarnya si Maria. Si Maria pun bediri mengaga kediaku, memigang tanganku, menantang mataku, senyum rahku dan kemudian becakap,
"Aku cintakan kau Zach.. Dua jiwa, satu hati.."
Saat atu jua terasa getaran cinta mengalir pelahan-lahan ke dalam hatiku. Masih lagi menantang matanya,aku membalas dengan senyuman. Terasa masatu, dunia milik kami berdua.Baru ku kan becakap, kedangaranku nama ku kana panggil.
"Zach.. Oh Zach.. Zach.."
Rupanya aku atu baru sadar dari koma, ku liat disiring katil ani wajah insan-insan yang ku sayang, wajah mama dan bapaku serta keluargaku. Ku liat mama menangis. Kemudian ku pun besuara,
"Berapa lama ku inda sadar Ma?"
Mama ani inda tebunyi lagi ni.Bapa yang menjawapkan,
"Sebenarnya 3 hari sudah kau koma. Atupun lapas kau operation ada doktor menelipun kerumah membagitau.Iatah tarus kami ke hospital ani. Anipun 3hari ani mama mu yang menjaga kedikau. Inda putus-putus ia mendoakan supaya kau selamat.. Syukur tah kau sudah sadar Zach."
Terharu ku mendangar cakap bapa atu.Kesian jua ku mendangar pasal mama menjaga kediaku atu. Mengalir aingmata ku tarus. Ku ambil tangan mama dan ku cium. Macamatu tah jua tangan bapa.
Iatah pasalnya ku alum mau meninggalkan dunia ani selagi durang mama bapa ani masih lagi hidup pasal aku bejanji arah diriku untuk menjaga mama bapa atu selagi ada hayat durang.
Meliat saja ku sadar udah atu, bapa pun melagau doktor.
Masuk saja doktor ke dalam bilikku ani, doktor pun minta izin arah mama sama bapa untuk memeriksa kediaku dan meminta secara baik untuk menunggu diluar.
Keluar saja durang mama sama bapa, doktor pun tanya keadaanku. Ku bagitau lah ada jua rahmatnya nyangku tapi masih lagi sakit arah tempat yang bejahit atu. Doktor pun menerangkan yang atu memang 'effect'nya bila bius sudah hilang.Doktor pun menyuruh ku rehat di hospital dalam seminggu lagi untuk pemeriksaan lanjut sebelum ku dapat keluar. Sampat ku betanya arah doktor ani tentang hal hari atu pasal maklumat penderma tapi doktor membagitau yang nanti ia membagi bila ku sudah keluar dari hospital.
(seminggu kemudian)
Hari ani doktor membenarkan aku keluar. Masih pulang ada sikit rasa sakit atu tapi kuranglah tapi masih alum ku kana suruh drive.Jadi mama sama bapalah mengaga aku sementara keritaku ku suruh si Chai membawa balik. Lapas saja bepanyap, ku pun jumpa doktor dan doktor ani pun membagi ku surat tapi suruhnya ku buka sudah sampai dirumah dan inda disuruhnya ku membagitau orang lain.
Ku taruh lah surat ani dalam seluarku.Sebanarnya inda lagi ku sabar kan membaca isi surat atu pasal kan tahu siapa penderma atu tapi ku tahankan rasa ku atu.
Dalam pejalanan ku menuju ke kerita ani, teliat ku dari jauh si Maria baru masuk kedalam kerita dan kana pimpin tangannya oleh laki-laki tua yang ku 'target' bapanya.Meliat saja si Maria ani, begetar rasa hatiku ani.Aku pun inda tahu kenapa. Terasa macam rindu ku kan bejumpa kedia.
*****
(setangah jam kemudian- dirumahku)
Sampai saja dirumah, ku pun tarus menuju ke bilikku dan kemudian dudukku atas katilku. Baru tah jua ku meng'on' hp ku.Banyak ku menerima msg. Ku liat banyak msg dari kawan-kawanku dan ada jua satu msg dari si Maria tapi haribulannya minggu lapas. Jadi ku baca lah msg si Maria ani.
'Assalammualaikum Zach, sori kalau kau inda suka tapi aku kan gtau yang aku banar-banar cinta arahmu. Jangan ingau Zach,mungkin ani msg ku yang terakhir. Ku doakan kau bahagia Zach.. Jangantah balas msg ani pasal kan ku 'deactivate' no ani dan macamatu jua akaun fb ku. K. Dun wori Zach, ku ndakan menganggu kau lagi,k...'
Membaca msg dari si Maria atu, macam tepukul hatiku ani.Tarus ku pigang dadaku ani. Aduh camana ku kan mengontek si Maria atu.Rasa besalah pulang ku. Banarnya ku pun jatuh hati rahnya tapi tekana ku sakit atu tah ku mengelak dari ia atu.
Ani sudah ku baik ani, iatah peluangku kan mencuba nasib becinta sama ia.Tekana pasal msg si Maria atu ah sampai ku lupa kan surat dari doktor atu. Surat atu kan ku baca tadi tapi lupa tia ku, ku simpan lah dalam beg duitku. Apa yang bermain dalam hatiku masatu, macamana kan mengontek si Maria. Sampai 3hari kemudian barutah ku kedapatan dimana rumah si Maria ani dari si Chai. Rupanya si Maria ani saudara si Amir.Aku pun baru jua tahu.Jadi plan lah ku kan bejumpa si Maria dirumahnya.
*****
(Rumah si Maria- 4.30ptg)
Si Chai pun mendangani ku ke rumah si Maria. Sampai saja dirumah si Maria, kami pun membagi salam.Alum lama lapas atu pintu ani pun kana buka oleh seorang bini-bini beumur dalam 50an yang kemudian membagitau kedia atu mama si Maria. Walaupun ku alum pernah jumpa tapi perasanku macam pernah ku meliat.
Kami pun membagitau hajat kami kan bejumpa si Maria. Mula-mula macam barat-baratan pulang mama si Maria ani tapi suruhnya tunggu sekajap dan ia masuk ke dalam. Nda batah atu, keluar lagi mama si Maria ani dan barutah ia menyuruh masuk ke dalam.Fikirtah ke bilik tamu, rupanya ke dalam bilik si Maria dibawah atu.Mamanya ani pun mendangani jua ke dalam sementara si Chai menunggu dibilik tamu.
Masuk saja ke dalam bilik si Maria, keciuman ku bau harum yang pernah ku cium masa ku koma dan bejumpa si Maria.Ku liat si Maria masatu melimpang.Nampak pucat mukanya.Nampak si Maria ani macam sakit tapi masa meliat aku atu si Maria ani pun tesenyum.
Jadi ku tanyakanlah khabarnya dan apa sakitnya atu. Si Maria membagitau yang ia khabar baik,ganya damam ia. Mula-mula pecayalah ku tapi nda semana-mana teliatku botol-botol ubatan atas almari damit siring katilnya atu. Tekajut ku tarus meliat.
Aku pun mengambil salah satu botol ubat atu dan ku liat ada nama si Maria betulis rah keratas atu.
Tarus ku mengeluarkan beg duitku dan mengeluarkan surat dari doktor hari atu. Kajar-kajar tanganku bila ku liat biodata penderma ani. Maria?!
Tarus ku takul si Maria ani dan nda semana-mana menangisku.Gerenti si Maria ani tekajut. Macamatu jua dengan mama si Maria.Lapas ku lapaskan takulan ku atu baru ku becakap,
"Terima kasih Maria, aku tahu kau yang mendermakan hatimu arahku.."
Si Maria macam tekajut mendangar.Barangkali ia inda tahu dan menyangka yang aku tahu hal atu. Banarnya masa melihat botol ubat atu udah ku tahu pasalnya ubat atu sama macam ubat yang ku makan.Kalau sejenis saja sama memang ku inda syak apa-apa kali tapi ku liat semua ubat yang dimakannya atu sama macam aku.
Bila ku terangkan baru tah si Maria dan mamanya faham. Ku liat si Maria ani menangis. Macam faham,mama si Maria pun meninggalkan kami dua dalam bilik atu dan inda menutup pintu.
Pelahan ku ambil tangan si Maria dan duduk siringnya dan becakap,
"Kenapa kau sanggup betaruh nyawa membagi separuh hatimu rahku Maria?Macamana kau tahu aku ada barah hati dan memerlukan penderma?"
Bukan pulang menjawab,makin tia pulang nyaring tangis si Maria ani.Sayu pulang hatiku meliat.Ku biarkanlah saja ia menangis.Sudahnya betanang sikit baru ia becakap,
"Aku cintakan kau Zach.. jadi aku sanggup buat apasaja untuk kau.. Jangan katakan hatiku, nyawaku pun sanggup ku bagi asal saja kau bahagia.. " si Maria diam sekajap dan kemudian menyambung balik, "Ani pun ku tahu dari abangku.. Doktor yang mengoperation kau..Atupun secara inda sengaja ku teliat failmu.. Iatah ku tau atu.."
Terharu banarku mendangar cakap si Maria atu.Rupanya ia banar-banar cintakan aku dan sanggup buat apa saja untuk aku tapi tekajut ku mendangar si Maria membagitau yang doktor atu abangnya. Inda ku sangka banar pasal inda sama bah mukanya.Abangnya atu hitam manis, rambutnya keriting dan matanya sepet macam cina sementara si Maria ani putih, rambutnya 'straight' dan matanya inda sepet.Apa yang membezakan lagi, abang si Maria atu randah tapi si Maria tinggi macam aku.
Bebalik arah si Maria ani, masih lagi memigang tangannya aku pun membagitau yang aku pun cintakan ia dan aku bejanji akan menjaga kedia macamana ku menjaga hatiku dan hatinya yang ada rahkt. Dua jiwa satu hati, ndakan terpisah selamanya.
Jam atu jua ku 'propose' si Maria untuk jadi gilfrenku. Macam biasa, si Maria pun menangis,mungkin menangis gembira. Zach & Maria.
*****
(Sebulan kemudian)
Aku pun sehat sudah rasanya.Macamatu jua dengan heroinku si Maria. Sejak hari atu, tiap hari ku ke rumah si Maria.Menjaga makan minum nya dan jam nya makan ubat sampainya baik.
Macam-macam berlaku dalam bulan baru ani. Si Jasmin ku dangar putus tunang sama si Amir pasal si Amir kana tangkap basah sama bini-bini lain, kawan si Jasmin sendiri sementara ku dangar si Lisa putus sama si Haikal pasal si Lisa mendapati yang si Haikal atu rupanya ada orang lain jua.
Becakap pasal aku, Aku masih lagi sama si Maria dan minggu dapan nya ku suruh indungku mengantar tanda tunang. Syukur Alhamdulillah ku sama si Maria atu. Dua jiwa satu hati. Hatinya, hatiku. Hatiku,hatinya. Sekian.
P/s: Cinta datang tanpa disangka. Cinta pergi tanpa diduga. Walau macamanapun, bersabarlah kerana kadang-kadang cinta itu bila dicari ada di depan mata tanpa kita sedari..
Moral: Jangan sekali-kali melakukan perkara yang merugikan diri sendiri. Berbuat baik biar selalu, buat jahat jangan sekali-kali. Akhir kata, Jangan kata setia kalau di hati masih tiada cinta..
Jangan kata sayang kalau cuma untuk dipersenda..
Dan jangan kata cinta kalau hanya untuk dipersia..
Aku juga punya cinta,
meski aku manusia biasa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan