Khamis, 12 Januari 2012


Cinderella Love a.k.a Cinta Gila


Zack memandu keretanya menyusur lebuhraya yang lengang,dia baru sahaja pulang dari tempat kerjanya,hari itu dia berasa penat sangat,banyak urusan yang perlu diuruskannya.Mood pun agak down,mana lagi bertekak dengan Qaleesya hanya kerana dia tidak menjemput Qaleesya balik dari tempat kerjanya tadi.

Lebuhraya agak lengang malam itu,dah masuk pukul 9.00 malam zack memandu hanya ditemani radio yang memutarkan lagu lagu sentimental.Semua lagu itu dia rasa macam memerlinya,bila mood down dia perlu lagu yang agak rancak bukan lagu yang boleh membuatkannya bertambah lagi down.Zack hanya membiarkan sahaja lagu lagu sentimental itu berkumandang, habis satu lagu,lagu dari judikabukan dia tapi aku’ pula berkumandang.Zack terasa lagu itu seakan akan sesuai dengan keadaan dirinya sekarang.Fikirannya melayang memikirkan Lisa,pertemuan singkat antara dia dan Lisa semalam masih lagi berlegar di ingatanya.Rindunya menebal pada wanita yang memang sentiasa akan ada dalam hatinya.Tapi dia merasa cintanya hanya sia sia kerana masing masing sudahpun berkeluarga.Mana mungkin bersatu,kecuali kalau takdir yang menginginkannya.

Lisa kau tak tahu betapa aku sangat sayangkan kau,kau tak tahu aku sanggup berkorban apa sahaja untuk kau.Sebab sayanglah aku relakan kepergian kau,sebab sayanglah aku rela menanggung sakit hati.Mungkin kau lihat pada luaran aku sangat membencimu,namun pada hakikatnya aku tersangat menyanyangi kau.Sepatutunya aku yang berada disis kau sekarang,bukan dia.Sepatutnya sekarang kita berdua bahagia bersama bukan nya bertambah sakit begini.Apalah erti hidup kita sekarang bila kita tak ada lagi peluang untuk bersama?Namun aku redha,aku pasrah jika ini ketentuannya,kata orang bila kita mencintai seseorang tak semestinya memiliki..jadi bila aku dapat melihat kau bahagia itu sudah cukup membahagiakan aku…

Ya ALLAH susahnya aku nak lupakan dia..bantulah hamba agar hamba bisa memberi kasih dengan seikhlasnya pada isteri hamba yang sah Ya ALLAH….

***************************************
“Babe temankan I pergi satu tempat.”Pinta Lisa ringkas.

“Pergi mana babe?”Tanya Miera.

“Alaa..ikut je lah..please~”Rayu Lisa.

“Eishh~ you ne ada ajelah..okay,tapi I drive you tak boleh..”Suara Miera.

Lisa menganguk lantas terus masuk ke keretanya.Dia duduk I sebelah bahagian penumpang depan.
Miera seterusnya masuk kedalam kereta Lisa.

“Babe..kita nak kemana sebenarnya ne??”Tanya Miera resah.Sudah sepuluh minit memandu namun Lisa belum juga bersuara hendak kemana,dia hanya menyuruh Miera untuk memandu ikut highway besar.

“Adalahh..you drive je dulu nanti I akan bagitahu you directionnya”Jawap Lisa ringkas.

Ne yang bahaya ne,meroyan lagi ke kawan aku ne?Tetiba je suruh aku jalan terus.Apalagilah yang mak cik ne nak buat.Takkan lah meroyan sebab dia pregnant kut? Heishhh~

“Babe you belok kanan.”Lisa mengarah pada Miera sambil tangannya menunjuk kesebelah kanan.
Miera mengikut arahan Lisa.

“Lepas nampak sign board besar tu,you belok kiri and then you drive slow yea.”Beritahu Lisa lagi.
Miera hanya mengikut kata Lisa.

Miera membelok ke kiri setelah nampak sign board besar.Aik! macam pernah je aku lalu kat sini..tapi bila yea?
Miera cuba mengingat bila masa dia pernah pergi ke jalan itu.

“You cari apa ne babe?alamat ke?”Tanya Miera lagi.

“Takk..okay I dah ingat dah,lepas ne bila you nampak sign board kecil kat depan tu,you belok kanan”Sekali lagi Lisa mengarahkan Miera.

Asyik belok belok je ne..bila nak sampai jalan pun dah macam ular kena palu..pening aku layan karenah kawan aku ne.
“Babe babe,stop stop stop.”Arah Lisa melulu membuatkan Miera menekan brake mengejut.

“Hishhhh~apa you ne babe? Bila suruh stop tu bagitahulah awal awal.Ne kan dah I brake mengejut,bahaya tau.”Marah Miera.
“So sorry..you berhenti kat sini.”Lisa berkata sambil buat muka kesiannya.

“You buat apa kat tempat jualan kereta ne babe?You nak beli kereta ke?”Tanya Miera bila kereta yang dipandunya berhenti depan showroom menjual kereta mewah.

“Tak.. I nak jumpa Zack”Balas Lisa selamba.

“Huh??Eh wait wait wait.You nak jumpa dia buat apa?”Tanya Miera terkejut dengan jawapan Lisa.

“I ada benda nak settle dengan dia..”Suara Lisa terus turun dari kereta.

Miera segera keluar dari kereta menyusul langkah Lisa yang telah pun maju dihadapan.
“Babe,tunggu.Jom lah balik.jangan buat kerja gila ne lah”pinta Miera menahan Lisa.

“No babe.. I kena settle juga masalah ne dengan dia”Balas Lisa terus melangkah kakinya.

“Babe!Tunggu! Masalah apa lagi?Setau I antara you dengan Zack tak ada lagi masalah yang nak diselesaikan.”Miera berlari anak mengejar Lisa.
Miera menarik tangan Lisamenyuruhnya berhenti.

“You tak faham babe..I tak boleh dah macam ne, hati I ne tak tenang dari semalam lagi.Tolonglah faham I babe.”Lisa besuara.

“Lisa wake up! Jangan buat benda gila ne,you tu someone wife okay.”Marah Miera.

“I know..that why I minta kali ne je babe..please~”Pinta Lisa lagi.

Miera masih diam.
“Please babe,let me go in and talk to him,kali ne je..lepas ne I takkan buat kacau lagi.Please please please”Rayu Lisa berulang kali.

Miera menarik nafas panjang.

“Okay.Fine.Tapi kali ne je okay and this is last..i takkan tolong you lagi lepas ne,kerja you ne kerja gila tau.Kalau Ryzal tahu teruk kita nanti.Ne pun I dah terlibat sama menangung dosa pada husband you.”Akhirnya Miera mengalah,dia tidak dapat menghalang Lisa dari berjumpa Zack kerana dia tahu bagaimana perangai sahabatnya itu,degil mereka berdua sama.

Lisa gembira mendengar jawapan Miera lantas terus berjalan cepat dan masuk kedalam Showroom.Tiba di kaunter penyambut tetamu Lisa bertanya kepada pekerja disitu mengenai keberadaan Zack.

Lisa keluar dengan hampa mendengar selepas mendengar kata kata penyambut tetamu di kaunter office showroom itu.Miera yang menanti Lisa dikereta segera mendapatkan Lisa bila dia melihat Lisa berjalan keluar.

“Haa..macamana babe?You dah jumpa Zack?”Tanya Miera.

Lia mengeleng gelengkan kepalanya.

“Aik.Kenapa pula?”Tanya Miera hairan.

“Dia tak ada kat office.”Jawab Lisa sepatah.

“Babe you bawa I ke Airport sekarang.”Sambung Lisa lagi lantas masuk ke dalam kereta.

“Airport pula??buat apa??Babe?”Miera angkat kening hairan mendengar kata Lisa.

“Cepatlah babe,nanti kita terlepas pula.Come on!”Lisa menyuruh Miera agar cepat masuk kedalam kereta.

“Okay okay.”Miera berjalan dan masuk ke dalam perut kereta.Tidak lama kemudian kereta yang dipandu Miera dah memasuki lebuhraya menuju ke airport.

“Kita nak buat pa ke Airport babe??”Tanya Miera semasa dalam kereta.

“Kalau I bagitahu mesti You takkan suruh.”Balas Lisa.

“Kan kita nak sampai dah ne..cakap je lah”Suara Miera.

“Nanti you akan tau,apa yang penting sekarang kita kena cepat.”Jawab Lisa.

Bila dah dapat parking kereta,Lisa cepat turun dari kereta dan menuju ke Terminal Hall.Dia berlari lari anak mencari kelibat Zack.Habis semua pelusuk dicarinya,namun kelibat Zack tidak ada.Dia tidak berputus asa terus mencari Zack,Miera yang sedari memangilnya dari belakang langsung tidak diperdulikan.Yang utama baginya sekarang adalah berjumpa dengan Zack.Dia berlari lari anak ke penjuru yang memaparkan jadual perlepasan.Kandungan yang dikandunganya langsung dia tidak teringat.Akhirnya setelah hampir lima belas minit mencari,Lisa terjumpa Zack yang pada waktu itu hampir  memasuki pintu berlepas.

“Zaaaacccckkkk tungguuuu!!!”Jerit Lisa sekuat hati.

Zack terkejut,suara yang memanggil namanya itu seperti pernah dan biasa didengarnya.

Bila dia menoleh Lisa sedang berjalan cepat mendapatkannya.

“Lisa??”Zack hairan bila melihat Lisa ada didepan matanya sekarang.

Lisa tercungap cungap.Dia kekurangan oksigen akibat berlari lari tadu.Nafasnya turun naik,seakan akan sukar baginya untuk berkata.

“Ja..ja..jangan..ti..ti..tingalkan saya Zack.”Suara Lisa dengan nafas yang termengah mengah.

“Mana awak tau saya belayar hari ne?”Tanya Zack hairan.

“Tadi..saya pergi ke office awak,staff awak kata awak belayar ke US hari ne.Kenapa Zack?Awak tinggalkan kerja awak.Awak tinggalkan saya.Kenapa?”Tanya Lisa sebaik sahaja nafasnya reda.Penat rasanya berlari tadi.

“Lisaa..saya memang akan belayar ke US dengan wife saya,Qaleesya ada business kat sana dan saya nak kembangakn pernigaan saya disana.”Kata Zack.

“Habis tu business awak kat sini macamana?Saya macamana?”Tanya Lisa sayu.

“Macamana apa lagi Lisa?Kita tak ada jodoh.Terima je lah hakikat tu..awak yang pilih semua ne,please don’t regret it.”Balas Zack.
“Awak memang betul betul nak tinggalkan saya Zack?”Tanya Lisa.Wajahnya sudah berubah.

“Buisness saya suruh Aiman jaga dan saya akan monitor dari US nanti,dan Yes saya akan tinggalkan semuanya disini Lisa,saya tak boleh nak tinggal satu negara dengan awak Lisa.Mana saya pergi bayangan awak menghantui saya.Saya pun nak hidup bahagia walaupun bukan dengan awak.Mana saya pergi teringat awak,lagi lagi tempat yang kita selalu pergi dulu,McD,viewpoint tu semua.Susah saya nak lupakan.Jadi saya dah buat keputusan,demi kebaikan semua adalah baiknya kita berdua tidak lagi berjumpa bersama.”Suara Zack panjang lebar meluahkan segala yang terbuku dihatinya selama ini.

“Tapii..”Kata kata Lisa tergantung disitu saja bila dia nampak Qaleesya menghampiri dan berada disisi Zack.

“Sudahlah Lisa,our moment is gone already, just leave the life that you choose now..be happy with it.Selamat tinggal Lisa”Suara Zack buat kali terakhir dan terus berlalu masuk kedalam pintu berlepas bersama Qaleesya.

Lisa terduduk di lantai setelah mendengar kata kata Zack.Dia terasa seperti dihempap dengan sebiji batu besar dikepalanya.Airmatanya sudah bercucuran jatuh ke pipi.Perasan hiba dan pilu di hatinya tidak dapat dibendung lagi.

“Zaccckkkk..jangan tinggalkan aku Zack.Zack zack zack…zack..”Berulang ulang kali Lisa memanggil zack yang kini telah pun lenyap di sebalik pintu berlepas itu.

                                                                                T.A.M.A.T









Eh tunggu sekejap..dah habis dah ke????         Belum lagi….baca lagi.





Tiba tiba!




“Babe..wei~babe!Kenapa ne?”Miera hairan melihat telatah Lisa.Mukanya berkerut melihat Lisa.Buang tebiat ke apa perempuan ne.

“BABE!kenapa ne?Wei~”Tanya Miera.Kali ini suaranya lebih  besar dari tadi.

“Haaahhhhh~!”Lisa terkejut.

“Eh..I kat mana ne babe?”tanya Lisa pelik.

“You okay ke tak ne haah?Semacam je I tengok.”Suara Miera.

Lisa melihat sekelilingnya.

“Babe.. I  dah kahwin kan?baby I ?baby I mana? I dah mengandungkan?”Tanya Lisa bertubi tubi.Hairan dengan apa yang berlaku disekelilingnya sekarang.

“Apa yang you melalut ne babe?Bila masa pula you mengandung?Kahwin pun you belum tahu tak!Buang tebiat ke apa ne mak cik huuuh?”Miera bertanya dengan mukanya yang semacam.Hairan sunguh dengan pertanyaan Lisa tadi.

“Tu lah you.Pantang tinggalkan sekejap dah tertidur.Sampai mengigau pula tu.Apa kes?”Bebel Miera.

“Haah?? I mimpi ke tadi babe??sampai ngigau??”Tanya Lisa.Mukanya dah merah menahan malu.

“Yeaa.. tu mimpi babe! Siap panggil nama Zack lagi kenapa?Eishh..minah ne perangai tak senonoh betul tau.You tu nak kahwin,yang you bantai tidur lagi kenapa?”Bebel Miera geram.

Alamak! Kantoi.Rupanya aku mimpi.Siap mengigau pula tu!Eee..malunya aku!
Tapi mimpi aku tu macam nyata.Siap ada gambaran pula tu.Adakah ini suatu petunjuk pada aku?

“Alhamdulilah..Cuma mimpi.I mimpi pasal I kahwin babe,dalam mimpi tu I dah kahwin dan zack pun dah kahwin dan dia tinggalkan I untuk wife dia.”Terang Lisa sungguh sungguh.

“Kahwin apanya..babe..tu mimpi je lah okay,dah lah jom keluar.”Balas Miera.

“Babe.I tak nak kahwin”Suara Lisa.

“Pulak??babe..jangan buat gila okay,tok kadi dan semua orang dah ada tau!Semua orang dah tunggu You kat luar tu”Miera tergenjil mata bila mendengar ayat yang keluar dari mulut Lisa.

“Tapi I tak nak kahwin….”Jawab Lisa lagi.

“Dah.Jangan nak mengada ngada.Perkara ne you yang pilih kan.Dah lah..jom keluar,masa depan you dah tunggu  kat luar. tu”Pujuk Miera.

Lisa pasang muncung.

“You tak nak tolong I ke babe? I tak nak kahwin lah….huhu”Lisa buat muka sedih.

“Babe.. I ne kawan you and the only one yang fahamkan you,mestilah I tolong..dah jom keluar,trust me on this okay.Jangan muncung lagi,muka you buruk tau bila you muncung”Kata Miera seraya mengusik Lisa.

Bagai lembu dicucuk hidung Lisa mengikut Miera keluar dari biliknya.

**********************************

Setengah jam kemudian

Dalam kepayahan meredah traffic jam akhirnya Zack sampai juga ke rumah Lisa.Dia meletakkan keretanya tidak jauh dari rumah Lisa.Bila dah sampai di perkarangan rumah Lisa,dia melihat orang sudah lengang,hanya beberapa orang sahaja yang masih ada di situ.

Aku terlambat ke??Lisa kahwin dah ke dengan Ryzal??

Zack tak puas hati dia pergi bertanya kepada seorang makcik yang kebetulan baru keluar dari rumah Lisa.

“Minta maaf makcik.Tumpang tanya,majlis nikah ne habis dah ke?”Tanya Zack.

“Yea..nak,dah settle dah semua,anak ne terlambat atau salah tengok waktu kut.”Beritahu Mak cik itu kemudian berlalu dari situ.

Zack berjalan masuk ke halaman rumah Lisa.Betul semuanya dah settle.Orang pun dah balik.
Memang sah Lisa dah kahwin dengan Ryzal.Aku dah terlambat.

Arghh~! Zack mengeluh.Fikirannya kusut.

“Assalamualaikum”Sapa satu suara.

Zack terkedu,lalu menoleh kepada orang yang memberi salam itu.

“Walaikumusalam.Lisa?”Dahinya berkerut melihat Lisa,kepalanya sarat dengan pertanyaan.

“Aik.Kenapa awak tengok saya macam tu?”Lisa bertanya.

Zack terdiam.Dia mengalih pandangannya.

“Awak buat apa datang kerumah saya?”Tanya Lisa bila melihat masih lagi terdiam.

“Saya..saya nak ucap tahniah pada awak.”Zack berselindungan tentang sebab sebenarnya kesitu.

“Tahniah?Atas sebab apa?”Tanya Lisa lagi.

“Tahniah atas perkahwinan awak.”Jawab Zack.

“Macamana awak tahu saya nikah hari ne,setau saya majlis nikah saya hari ne hanya dihadiri oleh orang terdekat dan jiran saya kat kawasan ne je yang tahu.”Suara Lisa.

“Saya dapat tau dari Miera.”Balasnya ringkas.

Lisa menganguk.

“Saya tak layak terima ucapan tahniah tu.”Suara Lisa.
“Kenapa pula? Kan awak dah kahwin,tak salahkan kalau saya ucap tahniah.”Balas Zack.

Kedua mereka masih lagi berdiri dikawasan hadapan rumah Lisa.

“Memanglah tak salah,masalahnya saya tak kahwin lagi.Jadi memang tak layaklah saya nak terima ucapan tahniah awak tu.”Terang Lisa tenang.

“Awak belum kahwin??? Habis tu majlis ne tak jadi ke??” Zack terkejut mendengar apa yang terluah dari mulut Lisa.

Lisa tersenyum.

“Saya memang tak kahwin lagi.”Jawabnya.

“Habis tu,makcik yang saya tanya tadi kata semuanya dah settle.Settle apa?”Zack mulai keliru.

“Siapa kata saya kahwin? Memanglah dah settle kalau tak jadi kahwin buat apa orang nak tunggu kat sini lama lama.”Balas Lisa selamba.

“Habis tu,Ryzal mana?? Kenapa awak tak jadi kahwin??”Tanya Zack penuh curiga.

“Macamana saya nak kahwin kalau pengantin lelakinya tidak ada.”Lisa masih lagi berteka teki dengan Zack.

“Jap jap jap. Saya keliru sekarang.Apa maksud awak tadi?Pengantin lelaki tak ada??”Zack bertanya.

 “Yaaa..Ryzal tak ada,dia dah kena tahan reman atas tuduhan fitnah dan kes membuat aduan palsu ke jabatan agama syariah.Dan kalau dia disabit bersalah,dia akan dihukum penjara.”Terang Lisa satu persatu.

“Haah?? Macamana boleh benda ne jadi?Siapa yang buat laporan?”Tanya Zack.

“Along saya dan kawan baik saya Miera.Mereka dah lama menjejaki Ryzal dan segala aktiviti dia start saya dan dia tertangkap basah masatu.”Jelas Lisa lagi.

“Dan tadi masa nak nikah,Along saya bongkar semuanya pada semua orang terutama pada papa saya.Memang sengaja Along buat macama tu kerana dia tak nak Ryzal curiga.Bila dah cukup bukti along terus terjah dan bagitahu perkara sebenarnya pada semua yang ada.”Terang Lisa lagi.

Zack diam.

“Jadi sebab tu lah saya tak jadi kahwin dan benda ne settle.Saya bersyukur sebab tuhan tunjukkan kebenaran sebelum semuanya terlambat.”Lisa berkata tenang.

“Jadi…awak memang tak akan kahwinlah ne?”Tanya Zack lagi.Memang banyak tanyalah mamat mangkuk ne kan.

“Awak tak dengar apa saya kata tadi?Pengantin lelakinya sekarang dah ada kat lokap,dan tak ada lagi yang lain,jadi memang tak kahwinlah saya.”Jelas Lisa sekali lagi.

“Kalau saya yang ganti tempat tu boleh?”Tanya Zack spontan.

“Jangan nak berlawak boleh?”Marah Lisa.

“Saya tak berlawak,saya serious ne.”Balas Zack.

“Tak semudah tu Zack,bonda awak takkan terima saya dan awak pun dah bertunang.Terimalah hakikat kita memang tak ada jodoh.”Kata Lisa.

“Siapa kata kita tak ada jodoh? Ne sekarang ne bukan jodoh namanya? saya dan awak ditemukan semula sedangkan dugaan tu hebat sangat.”Kata Zack.

Lisa pula diam.

“Bukan ke awak sepatutnya bersedia dengan majlis perkahwinan?”Tanya Lisa mengalih topik perbualan.

“Nope. Saya dah cakap pada bonda saya yang saya tidak akan berkahwin dengan Qaleesya.Saya sebenarnya dah tahu tentang komplot Qalessya dan Ryzal terhadap awak,jadi sebab tu lah saya datang tadi kononnya nak meyelamatkan keadaan,tapi abang awak dah bertindak awal..lega lah hati saya sedikit.”Jelas Zack.

“Tapi awak akan berkahwin dengan Qaleesya jugakan walaupun awak tak nak sebab dia memang dah menjadi menantu pilihan bonda awak walaupun dia buat jahat sekalipun.”Balas Lisa tenang tai ayatnya ‘pedas’ didengar.

“No Lisa.Selama ne saya ikut je perintah bonda saya,Ayahanda saya pula tak pernah nak halang sikap bonda saya yang selalu mengongkong,saya rimas.Saya pun nak juga hidup sendiri jadi saya sendiri dah jumpa bonda dan terangkan pada dia yang saya walau apapun tidak akan berkahwin dengan perempuan macam Qaleesya tu.Saya nak awak.Dan hanya awAk je yang layak kahwin dengan saya.”Kata Zack sungguh sungguh.

“Tak semudah tu Zack,saya rasa biarlah kita macam ne dulu,habiskan dulu kes tentang Ryzal ne barulah kita fikir pasal kita ok.”Jawab Lisa.

“Okay..kalau itu yang awak nak,saya hormati keputusan awak.Tapi saya akan tetap tunggu awak sampai bila bila Lisa.Selagi di izinkan Tuhan.”Zack berkata.


Enam bulan kemudian

“Adik, nah.”Along duduk disebelah Lisa sambil meyerahakan sepucuk sampul surat padanya.

“Apa ne long?”Tanya Lisa hairan.

“Bacalah.Eh ne adik kesini ne Zack tahu ke?”Along bertanya.
“Tahuu…dia tak ada dekat istana,ada lawatan rasmi.Adik malas nak ikut jadi adik kesinilah..dah lama tak jumpa dengan semua,rinduuu…”Jelas Lisa sambil tangannya ligat membuka sampul surat yang diberi oleh alongnya tadi.

Bila Lisa membuka sampul surat itu didalamnya ada kad jemputan yang berwarna hijau muda.

“Aik! Siapa punya ne?”Lisa hairan.

Sementara itu alongnya hanya tersenyum melihat tanda ‘question mark’ pada wajah adiknya itu.

Dia membuka kad jemputan itu dan membaca isinya.


                                              Walimatul Al- Urus
 Menjemput saudara/saudari/Dato/Datin /Tuan dan Puan ke majlis pertunangan antara:

                                Mohd Khairi bin Mohammed                         
                                                     &
                     Amiera Syakila binti Kamaluddin Syah

Pada hari jumaat lepasAsar di tempat kediaman keluarga Tuan kamaludin Syah.

Eh.macam aku kenal je empunya nama ne.Ya ALLAH! Ne nama kawan baik aku!

“Along! Sejak bila along dengan miera cenggini??”Tanya Lisa sambil membuat isyarat dengan menemukan kedua jari telunjuknya.

“Hahaha..haaa tu lah tuanku..sibuk sangat menguruskan hal rumahtangga sampaikan hal dekat sini tak tahu.”Perli Alongnya.

“Apa pulak.Ohh…jadi selama ne along dengan miera ne ada something goes wronglah erkk?Pandai simpan rahsia.!”Suara Lisa mengusik alongnya.

“Tak adalah..along segan sebenarnya nak cakap kat adik,lagi pula kan miera tu kawan adik.Nanti apa pula kata adik kan.”Terang Alongnya.

“Heishh~apa pula pula macam tu along ne,adik sukalah long.Lagipun kalau along nak tahu kan,Miera tu dah lama suka dekat along.Cuma dia malu…tak sangkakan  selama ne Along mencari cari jodoh rupanya jodoh along ada depan mata.Hahahaha~”Lisa berkata riang.

Alongnya beredar selepas mereka berbual seketika.Lisa masih lagi geli hati tentang cintan cintun alongnya dengan kawan baiknya sendiri.Macam tak percaya pun ada.

Haaahhhh~lebih baik aku call minah ne,nak juga dengar apa yang dia nak cakap pasal hal ne,sekaligus dapatlah aku usik dia.Hehehehe~

Lisa mengapai telefonnya lalu mendail nombor kawan baiknya.Dia tidak sabar ingin melaksanakan akal jahatnya yang ingin mengusik Miera.Mesti makcik tu akan malu malu ‘meow’ tengok ajelah~

“Hello kakak manis!”Lisa terus mengusik bila Miera menjawab panggilannya.

“Babe! Dah lama tak dengar suara you~rindunya!”Miera menjerit di hujung talian.

Mak aih! Kuatnya suara makcik ne menjerit.

“Babe~jangan jerit boleh tak??bingit tau telinga I.”Lisa pura pura marah.

“Ala..sorrylah. I over excited bila dengar suara you.Dah lama kita tak chit chat.”Miera minta maaf spontan bila mendengar Lisa ‘marah’

“Haaahh…ne nak chat lah ne,ewah ewah..babe you ne kan pandai simpan rahsia kan.”Lisa sudah mula mengusik Miera.

“Rahsia??rahsia apa?”Tanya Miera pura pura tak faham.

“Elehh~kura kura dalam perahu,pura pura tak tahu konon! Ne sejak bila you dengan along I tu couple??hah?hah?”Usik Lisa.Semakin suka dia.

Alamak! Makcik ne dah tahu lah!Naya lah aku.

“Hehehe..ala bukan I tak nak cakap tapi I malu lah..”Dalih Miera.

“Sejak bila pula you pandai malu dengan I ne?babe I kenal you dah lama tau.Nak main malu malu pula makcik ne. Lagipun I tahu you memang suka kat abang I tu dari sekolah menengah lagi kan?kan?kan?”Semakin ligat Lisa mengusik.

Tak dapat Lisa bayangkan betapa meronanya wajah kawan baiknya itu.Kalau lah mereka cakap face to face sekarang memang dia akan tergelak besar melihat ‘blushing face’ Miera.Lawaklah! hahaha!

“Apa ne..sampai cerita sekolah menengah keluar pula ne.Tak aci tau!”Rajuk Miera.

“Hahaha..tapi that’s the truth kan?”Usik Lisa lagi.

“Tapi I betul betul tak sangka yang I boleh ends up with you brother babe.”Kata Miera.

“Itulah namanya jodoh babe,walaupun you tinggal hujung dunia sekalipun kalau dah jodoh tetap akan bersama.Lepas ne nampak gayanya I kenalah panggil you ‘kak long’ hahahaha.Hadoiiyy~macam pelik bunyinya.i tak taulah I boleh ke tak practice panggil nama ‘kak long’ tu pada you babe.Hahaha~”Lisa tak henti henti mengusik.

“Suuuudahlahhh you babe! Suka sangatkan you usik I? Menci lah macam ne.”Rajuk Miera tapi sebenarnya dia suka.Tersenyum tak sudah dia dibuatnya.

Sebenarnya Lisa dan Zack sudahpun berkahwin tiga bulan yang lalu.Bonda Zack akhirnya setuju menerima Lisa sebagai menantu dalam keluarga diraja tersebut.Itupun setelah Ayahanda Zack menggunakan kuasanya barulah bonda Zack sedar.Ryzal pula dipenjara atas tuduhan cuba mencabul maruah Lisa dan juga atas kes membuat laporan palsu.Manakala Qaleesya pula balik semula ke USA dan tidak ingin lagi kembali ke sini,dia malu kerana gambarnya terpampang di mana mana majalah dan surat khabar atas kes komplotnya dengan Ryzal tersebar luas di merata tempat.

Akhirnya Lisa menemui kebahagiannya bersama dengan orang tersayang.Tambahan sekarang Lisa sudah mencapai impiannya menjadi peguam sama seperti ayah dan abang abangnya.Atas sokongan Zackry,Lisa juga telah membuka sebuah syarikat guaman sendiri dimana syarikat guaman itu membantu kes golongan yang kurang berkemampuan,dalam erti kata lain orang golongan sederhana dan bawahan dapat mengumpah peguam dari syarikat Lisa tanpa bayaran satu sen pun.Semua usaha itu di sokong dan dianggap baik oleh masyarakat kerana nilai bantuan yang dibagi oleh syarikat Lisa amat besar.
Mereka semua hidup dalam keadaan yang sangat bahagia dan aman.Begitulah kesudahan cerita antara Cinderella ‘sesat’ dan juga ahli kerabat diraja yang ‘kerek’ ini.Perjalanan cerita ‘cinta gila’ mereka berakhir dengan kegembiraan.

Nukilan: Jodoh,Pertemuan,Ajal,maut,kebahagiaan,nikmat dan rezeki itu semua datangnya dari Allah.Belajarlah sifat sabar dan hargailah apa yang ada kerana setiap yang kita miliki itu adalah satu anugerahJ
 T.A.M.A.T

Tiada ulasan:

Catat Ulasan