Rahsia (Part 6-last)
Lapas saja si Din sama si Farouk dari rumah si Adam, durang pun tarus balik ke rumah sewa durang. Macam biasa durang pun tarus menelipun bos durang,sudah kedangaran orang mengangkat, si Din pun becakap,
"Helo Bos, ok keraja yang bos suruh semua sudah beres, sudah kami tunu rumah si Adam.. Kali ani,bukan lagi si Adam tapi seluruh keluarganya gerenti mati hangus.. Huahuahua."
Teberanti si Din ani ketawa bila nada balasan dari bosnya ani.Si Din pun becakap semula,
"Helo.. Bos.. Helo.. Helo.."
Sama macam tadi, nada ada jawapan. Alum batah kedangaran bunyi telipun kana tutup. Jadi si Din pun mengandaikan kemungkinan yang telipun bosnya atu rusak kah tu.Lapas betelipun, durang dua pun rilek-rilek di bilik tamu meliat tv. Kelurusan tia lagi gusti. Sambil durang meliat tv atu, sambil durang cerita-cerita. Orang yang paling sanang hati mestilah si Farouk pasalnya ia yakin yang dendam nya arah si Adam sudah terbalas. Nda semana-mana kedangaran bunyi pintu kana katuk. Mula-mula beuri durang ani tapi kemudian si Din becakap yang kemungkinan orang yang datang atu adalah bos durang. Si Din pun membuka pintu. Tekajut ia bila dilihatnya ada empat orang polis bediri diluar. Salah seorang pun becakap yang durang ada waran tangkap untuk menangkap si Din sama si Farouk. Inda sampat buat apa-apa, si Din tarus kana gari. Rupanya bila mendangar tadi suara polis atu, si Farouk ani cuba lari dari pintu belakang tapi ia silap. Rupanya di belakang ada dua orang polis menunggu. Si Farouk pun tarus kana gari jua. Durang dua pun kana bawa ke balai polis.
*****
(Rumah si Adam)
Meliat api yang makin marak, ingau tarus hati si Adam pasalnya dalam stor atu tah tempat durang selalu menyimpan minyak regular dalam gelen. Minyak atu selalunya dipakai untuk mesin rumput.Walaupun 7tahun udah ia dipenjara tapi tadi masanya balik sampat ia masuk ke dalam stor atu meliat motosikalnya. Disana jua si Irfan menaruh motosikalnya. Iatah sampat ia meliat dua gelen panuh minyak regular. Atu tah yang si Adam ingaukan. Mun gelen atu kana api, gerenti melatup. Hampir tia lagi dengan dapur dimana ada dua biji tong gas. Iatah macam tau jua orang yang menunu ani tempat yang ada besimpam minyak ani. Mungkin kebetulan saja tapi kalau kawan-kawan si Adam andang tau pulang tu stor atu tempat durang menyimpan minyak. Kalau melatup saja minyak atu,otomatik rumah durang atu akan hangus.
Memikirkan hal atu, capat-capat si Adam menyuruh mamanya keluar dari rumah atu sementara ia mengangkat bapanya. Lapasnya menurunkan bapanya, si Adam pun masuk semula ke dalam rumah pasal kan mengambil begnya dimana tesimpan bahan-bahan tulisannya dan jua diarinya.
Alum sampat si Adam keluar, kedangaran bunyi latupan yang kuat. Si Adam tarus tepelanting dan pengsan.
*****
(flashback-di rumah si Eisya setengah jam sebelum rumah si Adam kana tunu)
Malam atu mama si Eisya mengadakan sedikit jamuan untuk durang saja keluarga dan menjemput jua tunang si Eisya kesana. Durang kana tunangkan tahun lapas dan kan kahwin bulan dapan. Sebab atu tah masa si Adam ke rumah si Eisya menghantar surat, mama si Eisya membagitau yang si Eisya kan kawin bulan dapan.
Jamuan durang atu stat aher sikit dalam pukul 11 malam pasal menunggu bapa si Eisya balik lagi dari tempatnya keraja menguruskan projek baru.Balik saja bapanya,barutah durang stat jamuan.
Dalam pukul 11 lalu selasai jamuan atu, tunang si Eisya pun kan balik ke rumahnya tapi dalam pertengahan jalan, ia kana tahan oleh sebuah kerita dimana ada empat orang di dalamnya. Rupanya empat orang atu sebenarnya polis c.i.d yang makai baju biasa. Tunang si Eisya ani pun kana bawa ke balai untuk soal siasat.
Rupanya tunang si Eisya ani kana soal siasat pasal kejadian rompak barang-barang kerita tiga hari lapasnya dan pihak polis membagitau yang durang mencari jua orang-orangnya yang disyaki terbabit jua, si Din sama si Farouk. Rupanya tunang si Eisya ani tah Bos si Din sama si Farouk.
Semasa soal-siasat dijalankan atu tah jua, nda semana-mana hp tunang si Eisya a.k.a bos ani bebunyi. Mula-mula nda ia kan menjawap pasal diliatnya nama yang keluar arah skrin hpnya ani nama si Din tapi pihak polis menyuruh ia menjawap dan menggunakan 'loudspeaker' sementara salah seorang polis yang kelurusan merecord soal-siasat atu merakam cakap si Din dalam telipun atu. Jadi inda lah dapat tunang si Eisya ani mengelak. Masatu jua pihak polis meminta alamat rumah durang si Din sama si Farouk. Setengah jam lapas atu, pihak polis pun menyerbu rumah sewa si Din sama si Farouk.
*****
(Hospital-isuk paginya)
Sadar saja si Adam dari pengsan, diliatnya ia di hospital. Ditolehnya ke kanan, diliatnya muka mama bapanya, si Irfan,bini si Irfan dan anaknya. Bila ditolehnya ke kiri, tekajut ia bila meliat seraut wajah yang dirinduinya selama tujuh tahun ani, si Eisya. Si Eisya meliat si Adam dengan pandangan yang sayu dengan matanya yang merah macam orang lapas menangis.
Meliat si Adam sudah sadar, keluarganya pun berinut keluar lapas keluarganya membagitau yang si Adam pengsan lapas ia tepelanting bila tong gas di dapur durang melatup. Mungkin Allah s.w.t kan menunjukkan kebesarannya, sungguhpun si Adam tekana latupan atu tapi ia inda cedera teruk. Seolah-olah ia macam kana lindungi pasal luka-luka dan hangus sikit. Nasib si Adam baik jua bila nda lama atu pihak bomba pun datang dan memadamkan api yang kan merebak atu dan sekaligus menyelamatkan si Adam.Kerosakkan yang berlaku arah rumah durang atu pun inda jua berapa teruk banar. Bila saja si Adam kana bawa keluar dari rumahnya atu, tarus ia kana bawa oleh ambulan ke hospital.
Selasai saja becerita atu, keluarganya pun keluar dari sana sebab kan membagi peluang si Adam becakap sama si Eisya.Keluar saja durang, si Adam pun tarus duduk. Baru saja si Adam kan becakap, si Eisya tarus memaluk si Adam sambil menangis. Si Adam ani macam tebangang tia pulang.
Alum lama atu kedangaran si Eisya becakap,
"Maafkan me Dam.. Minta maaf me banar-banar arah u.. Me tau hal yang sebenarnya udah.. Nda perlu lagi u rahsiakan Dam.."
Si Adam diam saja dan lapas atu si Eisya menyambung becakap lagi,
"Me minta maaf jua sal salah sangka dulu arah u.. Rupanya demi adi u si Irfan, u sanggup bekorban.. Tapi me pun baru tau yang semua atu pasal me.. Kalau inda kejadian atu nda kan berlaku.. U pun nda pernah gtau me jua.."
Si Adam ani macam heran jua mendangar cakap si Eisya ani,
"Pasal kau? Pasal apa? Nda ku faham Sya.."
Si Eisya menarik nafas panjang dan kemudian melapaskan pelahan-lahan dan lapas atu baru tah ia becakap,
"Untuk pengetahuan u Dam, semua yang berlaku dulu atu sebenarnya suruhan si Asyraf.. Si Asyraf lah yang sebenarnya mengugut u dan mengupah orang untuk memotong brek kerita u sampai bapa u eksiden dan ia jua orangnya yang mengupah si Kamel adinya si Farouk dan kawan durang si Din untuk membunuh u pasal ia jeles bila kitani betunang.."
Mendangar cakap si Eisya, si Adam pun tekajut.
"Si Asyraf? Si Asyraf dengan kitani sama-sama perkhemahan belia bah?"
Si Eisya sekadar mengangguk saja. Kemudian si Adam becakap lagi,
"Inda wah,macamana u tau semua ani Sya?"
Si Eisya pun menceritakan yang ia tau semua ani dari si Asyraf sendiri.Tadi pagi ia menerima telipun dari balai polis pasal si Asyraf kan bejumpa kedia. Si Eisya sendiri tekajut yang si Asyraf kana tangkap atu. Mula-mula memang si Asyraf ani kana tangkap berhubung kes rompakan tapi disebabkan panggilan telipun si Din malam atu pasal menunu rumah, abis tia tebongkar. Iatah pagi atu jua si Asyraf beterus terang arah si Eisya. Semua di bagitaunya. Iatah jua pasal atu si Eisya pun tahu. Lapas dari balai polis atu tah tarus si Eisya ke hospital jumpa si Adam. Tarus jua si Eisya membagitahu yang si Asyraf ani tah yang dulu memsg ia masa si Adam mula-mula kana tangkap sampai durang semakin rapat tapi si Eisya menganggap ia sebagai kawan saja.Kan 6 tahun atu jua si Asyraf malar kan menjadikan ia girlpren sampai tah ahernya si Eisya menerima ia jadi boifren nya tahun lapas, betunang awal tahun ani dan kan kawin bulan dapan. Last part ani, si pelahan saja suara si Eisya.
Si Adam pun menggeleng-geleng kepalanya mendangar cerita si Eisya ani. Inda ia sangka si Asyraf tesurung macamatu. Dulu si Asyraf atu malar tidur di rumahnya dan rapat sama adinya si Irfan sampai si Irfan kemudian sudahnya kahwin dan beranak membagi nama anaknya si Asyraf jua mengambil sukut sempena nama si Asyraf atu. Nda sangka ia berubah macamatu. Atu kan baiknya si Asyraf atu tapi tekana seorang bini-bini ia sanggup menurut hawa nafsu sampai sanggup menyuruh orang membunuh. Sudah tah atu,merompak tia lagi. Astaghfirullah al azim. Beistighfar tarus si Adam dan kemudian bedoa dalam hati,
"Mudah-mudahan tah anak si Irfan si Asyraf atu inda beperangai macamatu.. Amin."
****
(sebulan kemudian)
~Selamat.. Pengantin Baru..
Selamat.. Berbahgia.. ~
Si Eisya akhirnya kana kahwinkan sama si Adam. Semua atu pun dari idea mama si Eisya. Kalau dulu ia nda suka si Adam, sudah tahu cerita yang sebenarnya, tarus ia minta maaf dan kemudian suka si Adam. Walaupun si Adam bakas banduan tapi durang tahu ia inda besalah. Lagipun keluarga si Eisya ani bepengaruh. Inda jadi masalah tu hal atu. Ada duit semua boleh jadi. Mungkin jua semua atu adalah balasan untuk orang yang baik macam si Adam.
Bebalik arah si Asyraf, si Din dan si Farouk, durang pun kana sabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Moral:- Jangan hanya kerana cinta, kita menjadi buta sehingga menjadi alpa dan lupa, menurut hawa nafsu durjana..
-Kecewa bercinta bukan bererti dunia sudah berakhir, Masa depan yg cerah bedasarkan masa lalu yang telah dilupakan.
Jika berani mengatakan cinta, kita harus bersedia memujuk hati andai ianya terluka kerana cinta terkadang tidak selamanya ketawa bahagia, adakalanya kita juga akan menangis merana..
Sekian,
Aku manusia biasa dan
tidak sempurna..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan