Khamis, 12 Januari 2012

Novel Cinta Brunei

Sucinya Cinta 2 (Part 5) 

*** Ada perubahan besar arah watak Alia. Alia inda tinggal sama kawannya k. Ia tinggal sama familynya; bapanya, abang angkatnya Hakim sama kakanya Kamalia dibilik 21A, tingkat 2. Fizree ditingkat 1 bilik 11A. And one more, bapa si Alia bukan berpangkat dato. Biasa saja. Orangnya gila kerja sikit. Jarangkan balik rumah. Hehehe. Sorry for my late absence. Batahku mikirkan watak siapakan ditukarkan lagi. Harap maaf, k! Hehe.****



.... Dia hairan. Dalam ramai ramai wanita mengapa dia yang harus dipilih untuk menemaninya ke parti. Entah parti seperti apa, itulah yang Alia nak sangat nak tahu. 'Nda payah tah sibuk, ikut saja.' balas Fizree selepas beberapa minit membisu. Entah berat sangat mulutnya hendak berkata kata. Fizree menolehnya sekilas kemudian tersenyum kecil. Dia masih memikirkan rancangan apa seterusnya agar mamanya berhenti menjodohkannya dengan anak rakannya.

'Lia!' panggil Fizree kemudian dengan nada tegas. Alia yang malas hendak menolehnya cuma menyahut dengan nada endah tak endah saja. 'Apa saja ku cakap karang kau angguk saja, k?' 'Ah, pasal apa pulang?' Soal Alia terkejut. 'Eh, ikut saja cakapku. Perkara ni mesti jua. Aku suruh suruh kau ani bukan indaku membagi gaji.' Fizree berkata selamba. Alia mengerut dahi. Bengang. Tetapi setelah difikir fikirkannya ada baiknya juga kerana dia ketika ini tidak cukup duit untuk membeli itu ini. Dengan itu, barulah dia tidak akan merungut lagi. Jadi dia tidak payah susah susah hendak mencari kerja.

'Bah, bulih. Tapi apa kerajanya lagi tu?' Tanya Alia tanpa memikir panjang. Fizree memandangnya sekilas. 'I will let you know it later. For now, get ready saja.' Alia merasa tidak sabar sabar ingin tahu. Walaupun sebenarnya dia sedikit was was. Manalah tahu kerja yang ditugaskan Fizree itu bakal menyusahkannya. Mungkin juga membebaninya kelak. Alia mengeluh kecil. Dia berdoa semoga Fizree tidak akan bertindak yang bukan bukan lagi. Dia dah cukup seksa selama ini. Fizree tetap serius memandu ke tempat destinasi yang dituju.

Melihat pintu pagar dibuka automatik serta merta mengalihkan tumpuan Alia. Dia terpegun melihat keindahan rumah mewah berwarna putih yang dikelilingi pokok pokok bunga yang indah dan cantik. Di tepi kiri dan kanan merupakan halaman yang menghijau. Rumah itu kelihatan sunyi sepi. Cuma 4 buah kereta mewah terpakir di garaj berdekatan dengan rumah besar itu. Fizree tersenyum sinis melihat Alia begitu asyik mengagumi rumah mewah mereka. 'Jom keluar!' ajaknya sambil membuka tali pinggang keledar. 'Ni rumah siapa ni?' Alia sebenarnya belum mengetahui siapa pemilik rumah tersebut dan apa tujuan si mata empat itu membawanya ke situ. Padahal rumah mewah itu merupakan rumah orang tua Fizree. 'Bah, laju masuk.' kata Fizree tanpa menjawab soalan Alia. Alia terpinga pinga membuntuti Fizree yang cepat melangkah masuk ke dalam rumah. Tiba tiba saja Fizree berhenti melangkah. Dia menoleh kebelakang. Kelihatan Alia tunduk melangkah longlai tanpa menyedari Fizree berdiri dihadapannya hinggalah dia melanggarnya. Alia terkejut. Jarak mereka begitu dekat sekali waktu itu. Cepat cepat Alia mengundurkan diri. 'Maaf.' katanya sepatah sambil merungut didalam hati. Tidak lama kemudian Fizree mengisyaratkannya supaya memeluk lengannya. Alia terpinga pinga. Seumur hidupnya dia tidak pernah memeluk lengan apatah lagi berpegangan tangan dengan lelaki. 'Cepatlah!' jerkah Fizree. 'Jangankan perasan dulu.. This is a part of your job. Ada banyak lagi perkara yang aku mau kau buat kat dalam nanti.' suara tegas Fizree membingitkan telinganya. Mahu tak mahu dia terpaksa mengiyakan saja suruhan si mata empat itu. Mereka menuju ke pintu utama rumah mewah tersebut. Alia masih diserbu tanda tanya. Entah rumah siapa tempat dia berdiri sekarang. Terasa pinggangnya dipeluk erat mengakibatkan dia terpaksa dekat dengan tubuh hangat Fizree. 'Eh, tangan tu tepi dikit. Jangan pigang sana.' marah Alia. Fizree buat tidak tahu saja. Pintu rumah itu dibuka luas oleh seorang wanita berbangsa indonesia sambil tersenyum menyambut kedatangan mereka. Fizree tidak sedikit pun tersenyum waktu itu. Sebaliknya dia terus membawa Alia masuk. Alia begitu terbuai melihat sekitar ruang rumah itu. Pelbagai barang hiasan yang mahal mahal belaka disetiap ruang itu. Ruang rumah itu begitu luas dan lebar. Cantik dan elegan. Di tengah tengah ruang sebelum menuju ke ruang tamunya pula ada terdapat kolam air pancuran kecil. Didalamnya pula ada pelbagai jenis ikan berenang. Sungguh indah!

Ketika memasuki ruang tamu utama pula Alia sekali lagi terpegun melihat keindahannya yang disinari dengan cahaya lampu kristal yang mahal. Perabotnya Alia pasti bukan buatan tempatan. Mata Alia terhenti ketika terlihat gambar Fizree tergantung di dinding. Bersebelahan dengan gambarnya pula gambar keluarga. Bererti rumah mewah itu dipunyai oleh orang tua Fizree. Alia terkejut. Fizree melihat jam sekilas dipergelangan tangan kirinya menanti orang tuanya muncul. 'Ni rumahmu?' soal Alia setelah puas meneliti gambar gambar di dinding rumah itu. Fizree tidak menjawab. Alia mencebik mengetahui soalannya tidak akan dijawab.

Tidak lama kemudian kedua orang tua Fizree muncul. Alia tidak semena mena berdiri. Tidak sopan baginya jika cuma duduk. Fizree disebelahnya cuma duduk saja. Lelaki tua itu cuma tersenyum menyuruhnya duduk berbanding dengan isterinya yang endah tak endah saja memandangnya. Dingin dengan kehadirannya bersama anak tunggalnya itu. Pengiran Anak Hajah Zuraini, ya itulah dia! Siapa tidak kenal dengan wanita yang menggerunkan dan dingin dengan hampir setiap orang di kompleks pangsapuri mereka. Wanita itu tidak mustahil tidak mengenalinya. Dia sama persis seperti perangai anaknya. Berbeza pula suaminya itu. Inilah kali pertama Alia melihat wajah ayah Fizree. Lelaki itu seorang yang sibuk.

' Alia ni ka maksud Ree?' soal Pengiran Anak Haji Shuib. Ramah sekali sambil tersenyum. Alia menoleh Fizree disisinya sambil mengangguk. 'Hmmm~ lawaa. Pandai Ree pilih. Anak Haji Rashid tu kan?' soal lelaki itu lagi. Isterinya pula menjuih bibir. Ayah Alia merupakan pekerja bawahan syarikat mereka. Arwah isterinya pula pernah juga bekerja dengannya. Tetapi tidak lama kerana telah berkahwin dengan Haji Rashid dan dikurniakan 2 orang anak perempuan dan seorang anak angkat lelaki. Haji Rashid juga merupakan kawan rapatnya. Oleh itu, ketika anak tunggal mereka Fizree memberitahunya bahawa Alia merupakan teman wanitanya dia tidak teragak agak merestui hubungan mereka berbeza dengan isterinya itu. Mereka yang menyuruh membawa Alia kesitu.

'Mana mana ayah Alia masani?' PA Hj Shuib tersenyum melihat Alia. Wajah gadis itu sama seperti ayahnya. 'Sibuk ya, uncle.' balas Alia pendek. Segan dengan situasi disitu. Dia tidak tahu apa maksud ayah Fizree diawal perbualan mereka tadi.

(bersambung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan