#Maxis10 - Menjejaki Planet Dengan Google Sky Map
Mencerap planet di langit malam, memang salah satu bidang yang paling saya suka. Selalunya kalau ada aktiviti mencerap bintang yang dianjurkan oleh Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Insya Allah, mesti saya datang. Memang seronok melihat planet di langit malam secara live. Kalau tengok dengan mata kasar, memang tak dapat agak .. mana satu planet Uranus, Neptune ataupun planet-planet lain. Yang tahu satu je .. Mars sebab warnanya oren keperang-perangan. Tapi dengan Google Sky Maps yang dimuat turun ke dalam HTC Desire S ini. Pencerapan langit malam .. menjadi bertambah mudah.
Nak download aplikasi ini, macam biasa .. anda boleh memuat turun dari Android Market. Klik butang search .. dan cari Google Sky Maps. Dah jumpa .. klik butang FREE untuk install.
Selepas install, anda boleh run aplikasi tersebut dan gambarajah dibawah akan kelihatan. Version yang saya gunakan sekarang adalah version 1.6.1 dan ianya telah dimuat turun lebih dari 250,000 kali. Aplikasi ini direka menggunakan peranti Android yang dipasang secara 'build in' dengan kompas, GPS dan Jam bagi memudahkan mengenal pasti objek pada paparan.
Apa yang saya suka sangat dengan Google Sky Maps ini. Hanya gerakkan smartphone anda ke arah mana sahaja, pastinya lokasi peta bintang arah tersebut akan kelihatan. Selain itu, anda juga boleh menentukan apa yang anda nak tengok pada langit malam dengan menekan kedudukan planet, gugusan bintang dan lain-lain pada button dibawah.
Kat sini juga anda boleh melihat objek apa yang akan ada di langit malam pada masa datang dengan time travel. Taip je tarikh tersebut dan paparan langit malam akan kelihatan. Jadi ini sedikit sebanyak akan memudahkan anda untuk membuat perancangan dengan lebih bijak.
Sekiranya anda ingin mencari sesuatu objek pula. Hanya perlu klik butang search, dan taip apa yang anda cari. Macam contoh nie .. saya nak cari kedudukan planet Saturn. Kemudian, ikut je arah yang kelihatan dan kedudukan planet yang anda nak .. akan kelihatan.
Anastasyea : Sesekali mencerap langit malam .. best jugak !

Sumber Rujukan: #Maxis10 - Menjejaki Planet Dengan Google Sky Map | Anastasyea Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan