Khamis, 12 Januari 2012

Novel Cinta Brunei


Sucinya Cinta 2 (Part 6)

Fizree disebelahnya ditoleh. Geram melihat lelaki itu cuma membiarkan dirinya berbual dengan ayahnya sementara dia pula 'siuk-siuk' main iPhone 4 nya tanpa mengendahkan mereka.

'Berapa lama sudah kamu bekawan?' Tidak lama kemudian suara dingin PA Hjh Zuriani menyampuk sambil memeluk tubuh. Dia hairan mengapa lelaki di dalam keluarganya itu senang akan Alia. Jika bukan kerana dia takut putera tunggal satu satunya dalam hidup mereka, sudah pasti dia membantah supaya Fizree meninggalkan Alia. 'Dari kami darjah 2 sudah, auntie.' Balas Alia lembut dengan sebuah senyuman. Namun tidak dibalas. PA Hjh Zuriani mencebik. 'Maksud auntie, sejak bila udah kamu becinta ani?' Tanya wanita tua yang elegan itu lagi dengan nada dingin. Alia tidak faham mengapa dia disoal dengan soalan sedemikian. Mengapa pertanyaan itu begitu menekan dirinya?

'6 months already, ma. I told you before jua sudah.' sampuk Fizree ketika mendengar Alia tidak terjawab soalan itu. Alia terkejut. Apa maksud Fizree?
Kecuaian Alia sebentar tadi boleh menyebabkan PA Hjh Zuriani hilang kepercayaan terhadap diri Fizree kelak. Wanita itu teringin sangat menyunting Azura sebagai menantu mereka selepas Fizree tamat belajar.

PA Hjh Zuriani menjeling Alia yang duduk sejengkal dengan Fizree. Mendengar nama Alia sering disebut sebut anaknya itu membuatnya sedikit tercabar. Dia takut Fizree beralih perhatian sehingga mengabaikan pelajarannya. Dia juga tidak mahu anaknya tenggelam dengan dunia cinta.

Selepas makan malam bersama keluarga Fizree, mereka meminta izin untuk pulang. Alia begitu gerun berhadapan dengan ibu Fizree yang bersikap dingin terhadapnya. Malah ketika mereka pamit untuk pulang, PA Hjh Zuriani lenyap entah kemana. Hanya PA Haji Shuib yang setia menghantar kepulangan mereka. Alia sedih akan layanan ibu Fizree terhadapnya sedangkan dia dengan Fizree memang tiada apa apa hubungan. Hubungan mereka cuma sekadar tuan dan hambanya saja. Tidak lebih dari itu. Jika ingin menyalahkannya, salahkan dahulu Fizree kerana memaksanya melakonkan hal sedemikian. Si mata empat itu memang tidak tahu bertanggungjawab langsung!

(bersambung)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan