Jarum pada jam menunjukan sudah mendekat tengah-hari, adam yang pada awalnya asyik menonton rancangan yang disiarkan di televisyen terganggu dengan bunyi perutnya yang kelaparan.
“eh,, sori geng lapar ko..bh jln kitani jln2 cari makan hehehhe” dia berkata pada sang perut.
Dia bercadang untuk memesan makanan hantar pesan tetapi oleh kerana jika memesan mungkin akan mengambil masa yang agak lama dan itu akan menyebabkan perutnya berkeroncong jadi dia pun pergi mencari kunci keretanya lalu pergi menuju ke keretanya yang lama sudah di tinggalkannya. Keretanya itu nampak rapi walaupun dia sudah lama tidak mengunakannya, ini kerana ketika ketiadaan mereka di rumah itu bapanya telah pun menyuruh orang gaji mereka untuk menjaganya.
Bunyi engine kedengaran lalu adam pergi menuju ke suatu tempat yang dia sendiri juga belum pasti hendak makan dimana kerana tempat gerai makan yang dulu dia selalu makan itu sudah pun pindah entah kemana.
Di dalam perjalanannya mencari tempat makan itu, keretanya terhenti di lampu syarat merah. Di dalamnya menungu lampu bertukar hijau, dia mendengar lagu yang diputarkan oleh dj di radio itu. Sungguh nyaman suara penyanyinya hinggakan membuat dia teringat akan masa lalunya, juga terhadap budak perempuan yang pernah masuk di dalam kehidupannya ketika dulu sebelum mereka pergi ke amerika, dia terpikirkan aleya, dimana dia sekarang? Itu selalu menjadi pertanyaannya sejak di pulang kembali ke tanah air. Tetepi tibe-tiba saja lamunannya itu terganggu oleh suara hon yang mengejutkannya. Rupanya tanpa disedarinya lampu hijau menyala. Dia pun membelok ke sebelah kanan untuk mencari gerai makan. Puas dia memutarnya keretanya untuk mencari tempat letak kereta dan akhirnya dengan sabarnya, ada sebuah tempat letak kereta berhadapan dengan gerai makan. Adam pun terus meletakan keretanya disana.
“uhh, nasib baik ada ….lapar udh nii….” Katanya
Dia pun terus menuju ke gerai makan itu,..
“woah, raami jau urg anii,,,, dimana th ku duduk niii” adam kebengungan mencari tempat duduk kerana hampir tidak ada lagi kerusi yang kosong, kerana selain manusia yang duduk segala beg pun duduk di kerusi.
Sementara itu, di sudut lain tetapi masih di tempat yang sama, lulu,ryan dan aleya sedang asyik menikmati makanan yang mereka pesan sampaikan inda nampak telinga, boleh dibayangkan macam mana nyamannya makanan itu. Sambil-sambil mereka melayan mulut mereka itu, tiba-tiba saja lulu terhenti dari makannya, lalu dia berkata;
“eshhhh,, handsome jua urg atuuu macam kacukan usulnya,,,, eh kamu cuba liat tuu lelaki yang berdiri di dapan pintu ahhh” lulu mengarahkan mereka untuk meliat kea rah pintu masuk gerai.
“odahhh,,, aku lagi handsome ehhhh,,” balas ryan
“mana kan lulu, awu ahhhhh kiut ehhhhh bh apalagi lulu heheh, tapikan mengapa yaaa tahan2 di sana atuu” aleya meng-awukan penyataan lulu tentang lelaki itu.
“iatah bhh, cian jua suruh ia duduk sini ehhh kan kitani ada kerusi available ni, mau kamu tarus kenalan” kata lulu sambil memandang tajam kearah mereka berdua seperti menungu jawabpan mereka .
“aku manasaja ehhh” balas ryan.
“nda papa kan tuuu,, mun ia speaking kapal karang nda paidah2 terdiam.. mcm awkward jua tu kang…aku mun kamu nda bercakap eksen ku ke jamban ni kang,, ahhaha” aleya ketawa terhadap penyataan nya itu.
“bh ok tuu no worries bh aleya kan bos ryan ada hehehhe” kata lulu sambil berdiri dari tempat duduknya lalu memanggil lelaki yang berdiri itu untuk duduk bersama mereka.
Memang mereka tidak kenal dengan adam, lebih-lebih lagi aleya kerena sudah lama mereka tidak jumpa. Memang itu sudah menjadi fakta yang manusia akan berubah menurut waktu dan tidak akan bertahan.
Adam yang masin kebingunan lalu menoleh kearah lulu yang member isyarat kepadanya untuk duduk di tempat mereka. Dia pun pergi menuju kearah mereka dan duduk tempat bersebelahan aleya. Walaupun pada ketika itu aleya sudah menisyaratkan kepada lulu untuk duduk sebelahnya tetapi dia tidak mahu.
“thanks guys.. for the chair.” Kata adam sambil senyum kepada mereka.
“urwc, hehehe ” lulu tertawa sambil meliat kepada aleya.
“so, apa yang nyaman disini? ” adam menanyakan mereka tentang menu yang ada disini.
“owhh pandai ckp melayu upanya,, urg tempatan kah?” Tanya ryan
“awu, am Bruneian ahhha.” Balas adam kepada pertanyaan ryan.
“Hi, aku lulu, ani aleya atu ryan….selamt kenalan” lulu memperkenalkan dirinya kepada adam.
“owhh hii,, me, adam” balas ada sambil senyum lalu dia memesan makanan dan minuman.
Aleya terkejut ketika dia mengatakan namanya, dia tidak tahu nak kata apa-apa. Tiba-tiba adam memandangnya yang pada ketika itu dia memandang kearah adam.
“hi, why? Anything wrong with my face?” adam bertanya kehairanan.
“no, nda ” balas aleya dengan nada malu.
“ahahha, leya,, ndakan mcm matu tarus” senda lulu dan ryan hanya tersenyum mendengarkan kata-kata lulu itu.
Bukan nama adam saja yang mengejutkan aleya , dia dengan tidak sengaja terliat gelang yang dipakainya oleh adam itu seperti gelang yang diberi olehnya kepada lelaki yang dia nantikan ketika dulu, tetapi tanda Tanya-nya itu diendahkannya, kerana dia menganggap yang gelang itu boleh didapati dimana-mana saja.
Tetapi dia pun tidak tahu mengapa hatinya seperti tidak nyaman dengan peristiwa ini. Tiba-tiba saja semua itu terhenti oleh suara wanita menyapa adam.
[bersambung……………..]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan