Aku Mencintai Mu
"nia inda rasa kah semua ni macam di rancang seseorang?, mustahil rashid ada di tempat atu, dan nia inda hairan macam mana boleh fahmi ada di sana jua?" fahmi memulakan percakapan setelah lama berdiam diri, "biarlah, nia ngaleh sudah kan memikirkan masalah ani," jawab ku, walaupun aku teringin sangat mengetahui kenapa fahmi boleh ada di tempat tadi, mungkin benar semua ni bukan satu kebetulan, tapi semua ni sudah di rancang oleh seseorang, tapi siapa?? "Hmm" aku mengeluh. "kenapa nia inda cuba membenarkan semua ni? Nia inda salah, tani di fitnah nia," kata fahmi, "malas.. Nia malas kan membela diri, lagipun rashid inda kan percaya, bahkan ia menyesali perkahwinan ani," kata ku, hati ku jadi sebak mengingat kata-kata rashid tadi, "siapa yang sanggup membuat ani semua? Ada sesiapa yang inda suka nia kah?" tanya fahmi lagi, "entahlah.. Biarlah orang tu merasa menang sekarang, nia serahkan saja semuanya pada Allah, biarlah tuhan saja yang akan membalas perbuatan mereka," jelas ku, "nia, nia, fahmi kadang hairan dengan nia, ada orang mahu menghancurkan rumahtangga nia dengan memfitnah nia, tapi nia tetap sabar macam ni," ujar fahmi, "nia yakin kebenaran akan tiba jua, tuhan atu maha adil, dan rashid akan mengetahui semua ni nanti," kata ku, fahmi hanya mendiamkan diri, kesian aku lihat ia, pipinya lebam kerana tumbukan rashid tadi, rashid memang sudah melampau!"ohh hampir lupa, erm fahmi ada kirim bunga arah nia kah?" tanya ku sebaik saja teringat kiriman bunga yang membuat rashid marah kelmarin, "kirim bunga?? Mana ada.. Kenapa fahmi mahu kirim bunga?? Nia kan sudah jadi milik rashid, fahmi inda mahu kacau hubungan kamu," jelasnya, mendengar penjelasan dari fahmi aku bertambah yakin bahawa semua ani satu rancangan untuk menghancurkan rumahtangga ku, tapi siapa?? Mummy?? Mummy kan sudah berubah.. Hazura?? Aku belum mengenal hazura lagi, aku inda boleh menuduh tanpa bukti, "kenapa?" tanya fahmi hairan, "erm dari minggu lalu, ada kiriman bunga dan kad yang terisi dengan kata-kata yang menyakitkan hati, dan di kad atu tertulis nama fahmi," jelas ku, "ya Allah, siapa yang sanggup memfitnah fahmi? Fahmi yakin orang yang berbuat fitnah ani, bukan orang jauh, ia mesti orang terdekat kerana ia tahu tentang hubungan masa lalu tani," kata fahmi, aku hanya mengangkat bahu, inda tahu kan cakap apa, biarlah mereka puas kerana aku sudah meninggalkan rashid dan rashid pun sudah membenci ku.
*****************************************************************************************
"kenapa kau buat aku mcam ani, nia.. Aku tahu aku sudah membuat mu marah, tapi nia inda patut menjumpai fahmi di tempat atu, kalau nia lakukan ani hanya kerana mahu membalas dendam, kau sudah berhasil nia, berhasil membuat aku sakit hati," kata rashid, ia duduk di atas batu-batu besar, "arghh!" rashid menjerit-jerit sehingga lah ia merasa puas, kejadian tadi masih bermain-main di fikiran nya, nia berada di dalam pelukan fahmi, "aku benci kau nia, benci!" jerit rashid lagi. Emosi nya membuak-buak, rasa macam inda percaya kalau dania sanggup berbuat macam atu, tapi rashid telah melihat nya sendiri, atu lah yang menyebabkan rashid menganggap dania sudah berubah hati dan mengkhianati cinta nya.
"Kita berhasil auntie," kata hazura dengan gembira, "tinggal satu saja lagi, zura mesti hibur rashid, ambil hatinya, auntie yakin rashid akan jatuh cinta dengan zura," kata mummy rashid, "of course auntie, rashid inda akan dapat menolak zura lagi," kata hazura dengan yakin, mereka tertawa kerana merasa mereka sudah berhasil memisahkan dania dengan rashid. Hajah khatijah terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah, "shhh, rashid sudah balik," kata hajah khatijah, hazura pun mengambil majalah yang terletak di meja, dan berpura-pura membacanya, "rashid," hajah khatijah memanggil rashid yang hendak menaiki tangga, "kenapa ni? Nia tadi balik terus keluar lagi dengan beg besar, apa sudah jadi ni?" tanya mummy rashid, seolah-olah ia inda mengetahui apa yang sudah terjadi, "rashid inda mahu cakap pasal ani, rashid kan tidur," jawab rashid, ia terus meninggalkan mummy nya. Setelah rashid menjauh, mummy rashid mengorak senyuman selebar-lebarnya, ia merasa puas kerana rashid sudah membenci dania, "ternyata, senang membuat rashid membenci dania, hmm kenapa lah aku inda melakukan nya dari dulu," bisik hati hajah khatijah.
Rashid masuk ke bilik, di lihat nya barang-barang dania sudah inda ada di biliknya, "kau sudah nekad untuk meninggalkan aku dania," bisik hati rashid, segala kenangan nya bersama dania di bilik ani bermain-main di ingatan nya, airmata rashid mengalir jua akhirnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan