Khamis, 12 Januari 2012

CINTANYA ALEYA EP 3

Aleya sampai di kelas adam di tingkat tiga tapi dia tidak nampak adam disana. Kemanakah adam dia bertanya kepada dirinya. Terlintas difikirannya, mungkinkah adam berada di kantin ditanyanya dirinya sendiri. Dia terus pergi menuju ke kantin. Di dalam perjalanannya ke kantin dia terjumpa lagi dengan ayahnya adam yang pada ketika itu sedang menuju ke tempat letak kereta. Tetapi ayahnya adam seperti tidak akan nampak kewujudtan aleya disana, sepertinya dia sedang sibuk dengan sesuatu. Tiba-tiba telepon bimbit aleya berbunyi lalu dilihatnya, ada pesanan ringkas dari adam lalu dibacanya pesanan tersebut;
“Assalamualaikum, aleya ermmm sorry aku nda dpt jumpa kau di kantin hari ani, or maybe for this meantime.. aku maaf banar arah mu. Bukan aku sengaja kan melakukan ani tetapi ada sebabnya. Mungkin ani msg ku yang terakhir kali ehmmm so banyak2 aku nda tau lagi apa kan dickpkan , lets as be just a friend. No matter what, destiny will have you by ur side. sorry ”
Dengan expresi yang terkejut dan hampir saja menyebabkan kaca-kaca Kristal menyinari matanya. Tetapi dia tidak percaya dengan apa yang dibacanya itu, kerana dia tahu adam ini orangnya suka membuat orang merasa tidak tentu, dia itu pandainya menjahilkan orang. Aleya tetap rasa tidak percaya, tetapi hatinya berkata tidak. Dia mencuba untuk tenang dan mencuba untuk menelepon adam walaupun sepertinya talian itu terputus terus.
Manakala itu, suasana di kereta ayahnya adam terasa sunyi, adam juga turut berada di dalam kereta yang hanya ditemani oleh lagu yang diputarkan di radio. Adam merasa bersalah kerana tidak memberitahu tentang hal ini kepada aleya, mungkinkah aleya akan memaafkannya dia bertanya-tanya kepada dirinya. Dia sempat memarahi ayahnya kerana tidak memberitahunya awal, tetapi telah diredakan oleh ayahnya. Adam pun tidak dapat buat apa-apa kerana dia tahu yang ayahnya itu membuat semua ini untuknya juga, untuk masa depannya nanti. Setibanya di rumah, adam bergegas masuk ke biliknya, tentunya bukan kerana dia merajuk tetapi dia hendak mengambil sesuatu. Dibukanya pintu bilik, dia mencari sesuatu, dicarinya ke sana ke sini, hampir saja dia berpusing tujuh kali kerana ingin mencari alat perakam dan cereka padat(cd). Dia mengunci pintu biliknya tanda dia tidak mahu diganggu buat seketika. Dia duduk di tepi jendela dan merakam saat-saat indah ini melalui alat perakam video.  Dia rakamnya luahan hatinya dan kenapa dia pergi sebegitu saja tanpa memberitahu aleya, mungkin dengan cari ini dia dapat mengerti akan keadaaannya dan tidak salah anggap tenteng ini. Dia berusaha untuk tenang semua rakaman yang dibuatnya itu sepertinya tidak ada tipu daya ianya semula jadi tulus dari hatinya. Tambahan lagi dengan berlatarkan matahari yang bersinar hingga menampakan bayang-bayangnya. Setelah selesai semuanya rakaman itu disimpannya baik-baik di dalam sebuah kotak dan dibungkusnya dengan rapi. Dia juga menulis ayat-ayat menyatakan perasaan maafnya di dalam sebuah kad yang berbentuk hati. Selepas itu di terdengar suara
ayahnya memberitahu supaya bersiap sedia untuk bertolak ke lapangan terbang. Memangnya dia tidak perlu risau lagi tentang pakaian yang akan dibawanya kerana ibunya sudah pun memasukan semua peralatan yang mereka perlukan ke dalam beg belayar dan ada sebahagiannya dimasukkan ke dalam kotak yang sudah disiapkan dan kesemuanya telahpun dihantar ke lapangan terbang untuk urusan selanjutnya, kini hanya menunggu mereka saja lagi untuk ke sana. Kini mereka bersiap-siap untuk pergi ke lapangan terbang, adam lalu mengatakan yang dia mahu ke rumah aleya sekajap untuk menghantarkan sesuatu. Dia mengetuk pintu rumah aleya, ibunya yang kebetulan membuka pintu tersebut.
“Assalamualaikum, aunty buleh kita bagikan arah aleya karang pas ia balik dari skulah. ” kata adam dengan nada tenang.
“okey tu adam, akan aunty sampaikan, baik2 disana atu ah.” Kata ibu aleya
Ibu-bapa adam juga ada disitu untuk meminta izin dan memberitahu yang mereka akan pergi. Adam merasa amat berat sekali hendak meninggalkan tempat kenangannya ini, tempat dimana dia bertemu dengan seeorang gadis bernama aleya, taman cinta mereka dan rumahnya yang telah lama didiaminya serta kawan-kawannya. Tetapi dia terpaksa pergi juga. Adam memasuki kereta dengan lemah sekali terasa ingin memutarkan masa kembali ke hari sebelumnya dan bertemu dengan aleya. Tetapi semua itu tidak mungkin, masa tetap berjalan selagi bumi ini berputar. Mereka pun berjalan menuju ke lapangan terbang lama. Dalam perjalanan itu, adam meliat pemandangan sekitar perumahan tempat dia membesar dengan tidak sengaja dia tertoleh kearah taman cinta, taman yang mereka reka menandakan hubungan mereka iaitu hubungannya bersama aleya. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada semuanya,dan kepada kenangannya. Dia harus melupakannya demi kepentingan keluarganya. Dia berpendapat mungkin ini sudah takdir yang harus dijalaninya untuk hidup di dunia ini. Sementara itu masa sekolah sudah tamat, aleya bergegas untuk balik ke rumah, ayahnya sedang menunggunya di kawasan tempat letak kereta sekolah tersebut, selalunya dia akan pulang menaiki bus tapi oleh kerana dia tidak ada kelas petang lalu dia ikut ayahnya. Didalam perjalanan pulang, aleya hanya terdiam, dia hanya menjawab soalan ayahnya dengan perkataan “awu”,”ehmmm”. Begitulah aleya yang masih lagi didalam kebinggunan kerana peristiwa pesanan dari adam tadi melalui telepon bimbitnya. Setibanya masuk ke simpang rumahnya alat beberapa buah rumah saja ke rumahnya lalu dua ternampak kereta ayah adam melalui jalan yang bertentangan. Dia terkejut dan menanyakan kepada dirinya sendiri kenapa semua ini berlaku, apa ada dengan keluarga adam, mungkinkah adam berada di rumahnya. Adakah dia sakit kerana dia tadi pagi nampak seperti kurang sihat. Kereta itu melintas dengan perlahan tetapi aleya tidak sedar yang adam berada di kereta tersebut dan dia juga tidak tahu yang pagi tadi adalah kali terakhir dia mendengar suara adam,tawa sendanya. Kerana selepas itu dia mungkin tidak akan berjumpa lagi dengannya. Aleya cuba untuk membuat panggilan ke telepon adam. [bersambung..]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan