Khamis, 12 Januari 2012

Novel Cinta Brunei


Sucinya Cinta 2 (Part 7) 

Jam tepat menunjukkan pukul 7.00 malam. Seperti biasa, Alia mengerjakan tugasnya sebagai seorang 'hamba'. Fizree memang tidak berhati perut langsung terhadapnya. Sepatutnya malam minggu itu dia duduk berehat saja di pangsa. Bukan disitu! Si mata empat itu pula hilang entah kemana. Awal awal lagi Alia diberi amaran oleh Fizree supaya datang ke pangsanya. Alia tidak terdaya hendak membantah. Dia memang sejak dulu lagi gerun dengan Fizree. Hendak melawan pun dia tidak berani.

Alia cuma takut jika ayahnya sampai sampai terhidu rahsia diantara dia, kakaknya Kamalia dan Fizree. Nahaslah mereka! Tentu bergegar satu kompleks mendengar jerkahan ayahnya. Ayahnya bukan hanya sekali dua pernah menamparnya, sudah puas dia merasakan lempangan ayahnya itu.

Alia duduk merehatkan diri sementara menanti Fizree pulang. Mungkin dia sibuk menguruskan studionya yang baru nak siap. Fizree sebenarnya tidak ingin kawan kawannya datang ke rumah kerana dia tahu selepas saja selesai jamming, ruang tamunya jadi tongkang pecah. Fizree bukan jenis pengotor orangnya. Mungkin kerana dia sudah terdidik menjadi orang yang pembersih sejak dari kecil oleh ibunya.

Melihat bayangan Fizree belum timbul timbul, Alia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Dia malas hendak menunggu Fizree, walaupun dia tahu sejak awal lagi dia diberi amaran jangan pulang sebelum Fizree. Dapat juga dia berehat sepuasnya nanti. Ketika Alia menuruni tangga, dia terpaksa berhenti apabila beberapa orang lelaki sedang mengangkat barang barang ke tingkat atas. Nampaknya ada orang baru pindah dipangsa mereka. Menyesal pula dia turun mengikut tangga. Jika bukan kerana dia takut terserempak dengan Fizree, tidak pula dia susah susah turun tangga.

Tiba tiba Alia terkedu. Dia menjadi kaku. Tidak tentu arah melihat seorang lelaki yang tersenyum senyum melihatnya. Ya, lelaki itu! Semakin dekat lelaki itu menghampirinya, semakin kuat jantungnya berdenyut. Alia tersenyum kelat. Di dalam hatinya melonjak riang. Memang sudah lama dia menantikan kedatangan lelaki itu. 'Alia, kan?' soalnya sambil menghulurkan tangan. Alia teragak agak menyambut huluran tangan pemuda itu sambil mengangguk. Hadi semakin kacak! Entahlah. Mungkin kerana dia seorang model ataupun kerana Alia meminatinya sejak dulu. 'err, baru pin.. pindah?' tanya Alia lembut. Dia tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara dengan Hadi. Dia sungguh malu. Kekok rasanya setelah beberapa tahun tidak bertemu.

'Cematulah.. Kan nyambung belajar lagi ku. Pangsa Lia tingkat berapa?' tanya Hadi sambil ketawa kecil. Kacak sekali. Hadi memang pandai bergaya walau di dalam keadaan santai seperti hari itu. 'Tingkat 21A. Kau kan belajar ni, dimana?' tanya Alia lembut. Dia cuma ingin tahu. Dia tidak berani merenung mata Hadi. Entah serta merta saja jantungnya berdegup kencang setiap kali Hadi merenungnya tajam. Tidak sekuat degupannya dulu ketika mereka berada di sekolah menengah.

'i'd applied ITB but unfortunately... rejected! Tapi alhamdulillah, dapat ku UBD. If i'm not mistaken la, my course macam Lia ambil.' jelas Hadi. Alia mengangguk angguk saja. Matanya masih tidak berani menentang mata pemuda kacak itu. Hatinya berbunga bunga mengetahui Hadi satu jurusan dengannya. Moga moga mereka satu kuliah pula.

Perbualan mereka terhenti ketika Hadi dipanggil seorang lelaki. Entah siapa. 'Okay la, aku kebawah dulu. Err, can i have your phone number? So it will be easy for us to chat.' pintanya sebelum berangkat. Alia tersipu sipu. 'Sorry Di, aku nada handphone.' beritahu Alia. Dia malu kerana tidak mempunyai sebuah handphone. Apakan daya, dia tidak mampu. Baginya benda seperti itu membuang masanya saja. Tiada guna. Tetapi ketika Hadi memintanya, dia kini sedar mempunyai handphone itu mulai berguna baginya. Hadi mengangkat kening tanda hairan. Alia tidak mampu hendak berkata apa. Akhirnya dia melangkah dengan hampa. Alia serba salah. Dia menepuk dahi. 'Mana tau ku bagi ya numbur tipun rumah.' bisik hatinya. Tetapi jika dia memberitahu nombor telefon rumah mereka, dia takut pula ayahnya bising. Alia mengeluh sehingga sampai ke pangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan