Khamis, 12 Januari 2012

Novel Cinta Brunei

Sucinya Cinta 2 (Part 2) 

sambungan..


Alia cukup muak dengan sikap Fizree yang sesuka hatinya saja menyuruhnya mengerjakan kerja-kerja dirumahnya. Dia sudah seperti pembantu rumah olehnya. Dia hairan apabila benda yang sudah sedia bersih pun Alia kena bersihkan semula. Di hari pertama Alia melakukan tugas sebagai 'hamba'nya, dia didera perasaan geram terhadap lelaki yang sombong dan bengis itu.

Belum pun habis letihnya dia semakin ligat disuruh mengemaskan kembali ruang tamunya yang luas mengalahkan ruang tamu di pangsapuri mereka. Fizree seperti sengaja menyelerakkan ruang tamu yang baru sejam lepas dikemaskan Alia. Jika bukan kerana takut Fizree mengugutnya tentang alat uji kehamilan kakaknya, Kamalia dia sudah pasti pergi dari pangsapurinya. 'Kamalia juga satu!' rungutnya dalam hati. Fizree memang menanti-nantikan peluang untuk mengenakannya sejak dari sekolah lagi. Sikap anti-sosialnya itu tidak menghalangnya untuk bengis kepada setiap orang terutama sekali Alia.
Mujurlah Alia bijak mengelakkan diri setiap kali bertembung dengannya. Tidak faham pula dia, dimana saja dia berada tentu lelaki itu kebetulan berada disitu juga. Seperti menduduki pangsapuri itu sekarang.

Awalnya memang Alia bengang ketika mengetahui bahawa Fizree merupakan anak kepada tuan punya tanah yang telah mendirikan pangsapuri mewah 4 tingkat itu. Malah dia terpaksa pula menuntut satu sekolah hinggalah ke universiti. Ya, memang dia tidak faham dengan semua yang kebetulan belaka itu.

Jika dibandingkan dengan ayah Alia, keluarga Fizree lebih berpangkat dari mereka yang berketurunan diraja. Tidak hairanlah lelaki yang digelar 'mata empat' itu hidungnya tinggi semacam. Dia memang menggerunkannya. Dia cuma berkawan dengan anak orang kaya. Meluat dengan sikap Fizree yang mementingkan diri sendiri itu. Tidak hanya itu, Fizree seorang yang serius, kadang kadang cepat naik angin dan jarang senyum.
Walaupun begitu dia seorang yang bijak dan pandai belajar. Boleh dikatakan genius. Eh tak! Hampir sikit dengan genius. Sepupu kepada geniuslah katakan. Fizree sering saja mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya. Maklum sajalah, ibunya saja mengupah seorang guru peribadi lulusan luar negara untuk anak tunggal kesayangannya itu.
Anak dan ibunya sama saja sombong. Lihat saja hidung anak beranak itu mancungnya saja tinggi. Jalan pun tak nak toleh kiri kanan. Tidak tahu pula perangai ayah pemuda bermata empat itu. Tentu sama!

Sejauh ini Alia tidak pernah melihat Fizree rapat dengan sebarang wanita. Lelaki yang dikenalinya lebih 15 tahun itu tidak dilihatnya keluar berjanji temu. Dia cuma menghabiskan masanya dengan buku. Kadang kadang jika ada kelapangan dia cuma mendengar mp3 di iPodnya atau berada di studio bersama dengan teman temannya. Alia mencebik. 'Buat apa tah ku sibuk kan halnya atu. Hmmm~' keluhnya di dalam hati sambil meneruskan kerjanya. Kalau boleh dia ingin membereskan semua kerja-kerjanya secepat mungkin agar dia boleh pulang dan tidur. Esok dia kena datang awal ke UBD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan