Rahsia (Part 1
~Aku punya rahsia..Rahsia yang ku pendam sekian lama..
Bukan rahsia biasa..
Tapi rahsia yang tersembunyi didalam jiwa..
Sehingga aku menjadi alpa dan lupa..
Hidup tanpa makna..
Tersesat dalam dunia penuh pancaroba..~
*****
Hidup tanpa tujuan macam bejalan tanpa arah.Sama jua macam bejalan tapi tutup mata. Sepatutnya hidup mesti ada tujuan. Apapun tujuannya yang penting kitani tahu apa yang kitani cari dalam hidup ani.
Andai tersesat dalam perjalanan,kitani selalu ada pilihan. Samada mahu meneruskan perjalanan atau kembali semula ke pangkal jalan. Pilihan ditangan kitani namun apapun pilihan yang di ambil, keputusan apa pun yang kitani buat,jangan sampai kitani menyasal di kemudian hari.
*****
(Di Mahkamah-7tahun lapas, 2004)
"Awang Adam bin Abdullah telah didapati bersalah atas tuduhan membunuh tanpa niat Kamel bin Kumal dan mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 7tahun."
Si Adam tertunduk mendangar cakap dari hakim atu.Baginya kata-kata atu kejam tapi apa boleh buat, terpaksa jua diterima walaupun hatinya macam inda rela tapi ekspresi mukanya nampak tanang saja seoalah nada apa-apa tapi dalam hatinya Tuhan saja yang tahu. 7tahun atu bukan sekajap. Kalau ada anak yang baru lahir,gerenti basar sudah tu tapi baik jua lah si Adam membuat rayuan dengan alasan mempertahankan diri tapi ia tatap jua kana hukum pasal membunuh atu.Biasanya 20tahun pulang tu kecuali kedapatan besalah membunuh 'dengan' niat, atu hukumannya hukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.
Disudut lain mahkamah atu,si Adam sampat melihat bapa sama mamanya menangis dan macamatu jua dengan adinya si Irfan.Disana jua ada dua tiga orang keluarga si Kamel menunjukkan muka inda puas hati. Mungkin kali bagi durang hukuman atu inda setimpal atas nyawa ahli keluarga durang yang terkorban. Mungkin jua bagi durang hukuman yang sepatutnya kana jatuhkan mesti hukuman gantung sampai mati.
*****
(sehari sebelum dibebaskan-2011)
"Syukur Alhamdulillah, isuk ku kana bebaskan. Kan ku mulakan hidup baru. Ku kan jumpa si Eisya.Mudah-mudahan ia dapat maafkan aku." kata si Adam bercakap arah dirinya sendiri.
Semua atu sekadar harapan saja. Si Adam tahu,mungkin si Eisya sudah kahwin dan beranak pinak masani. Tekana ia kana penjara, secara outomatik, petunangan durang kana putuskan. Selama si Adam dipenjara pun, sekalipun nada si Eisya melawat ia.
Sepanjang tempoh 7 tahun atu, labih dari 300 buah buku cerita ditulis oleh si Adam.Kira nasib baik jua melalui pihak penjara, cerita-cerita yang si Adam tulis atu diterbitkan oleh syarikat penerbitan dan si Adam mendapat royalti tapi keuntungan royalti atu dimasukkan ke dalam akaun bank si Adam.Bah kalau inda apa jua kan dibalinya dipenjara atu.Ertinya duit atu boleh digunakan kalau ia kana bebaskan. Nama pena yang digunakan si Adam dalam setiap penulisannya atu Ad. Izhar. Selama di penjara, keluarganya saja yang rajin melawat kedia terutama adi laki-lakinya si Irfan yang muda 5tahun dari ia.Si Irfan ani tah adinya yang bungsu. Darinya masuk sampai tah hari ani, si Irfan sama bini dan anak durang si Asyraf ada datang melawat.
"Apa khabar kita hari ani bang Adam?"
"Syukur Alhamdulillah lai.. Isuk ku kana bebaskan. Apa khabar mama sama bapa lai?"
"Alhamdulillah,bah isuk ku ngambil kita. Durang bapa sama mama khabar baik ganya mama inda belaku kemari pasal menjaga bapa jahat rasa,kalau inda mau ia kemari jua tu."
Mendangar cakap si Irfan atu nda semana-mana terbayang muka bapa sama mamanya. Masih lagi si Adam ingat mama sama bapanya menangis masa mula-mula ia kana tahan reman pasal membunuh.Sungguhpun bapanya inda dapat bejalan dan makai kerusi roda tapi bapanya inda pernah 'miss' mengikuti pembicaraan kesnya atu.
Iatah rasa indung kan anak tu.Lagipun durang mama bapa si Adam tahu yang si Adam atu anak yang baik.
Durang beharap si Adam inda dipenjara tapi apa kan daya, setiap negara mempunyai undang-undangnya yang tersendiri. Setiap kesalahan jenayah mesti di hukum.
Jadi si Adam sudah menjalani hukumannya atu
*****
(flash back 7 tahun lapas)
Balik saja si Adam dari keraja, ia kana telipun oleh adinya si Irfan membagitau yang bapa durang eksiden masa memakai kerita si Adam.Nda lagi menunggu batah, si Adam yang masatu memakai motosikal tarus menuju ke hospital.
Sampai saja di hospital,si Adam meliat mamanya sama adinya si Irfan sudah sampai disana.Si Irfan membagitau yang bapa durang masih dalam wad kemalangan dan kecemasan. Apa yang si Adam dangar dari si Irfan, keritanya yang dipakai oleh bapanya atu inda ada 'brake',mungkin putus kabel.Jadi keritanya atu melanggar kayu jati dan dua-dua kakinya tekapit arah 'dashboard' kerita. Tepaksa tah pihak bomba mengeluarkan bapa si Adam dengan memotong dashboard atu.Lapas atu tarustah bapanya kana bawa ke hospital.
Si Adam meliat mamanya.Rawan hati si Adam meliat mamanya menangis. Bini mana yang inda sayangkan lakinya. Berpuluh tahun durang hidup bersama. Jadi si Adam pun mengaga dan menanangkan mamanya.
"Sabar Ma, jangantah ingau, inda ada apa-apa tu bapa atu. K."
Mama si Adam sekadar mengangguk dan melap aingmatanya.
Jauh disudut hati si Adam, ia macam rasa besalah.Setaunya, keritanya atu nada masalah pasalnya kemarin beharinya jua bakasnya menghantar ke 'workshop' mengusai breknya. Dalam fikiran si Adam mungkin ada orang sabotaj brek keritanya atu. Si Adam pun merancang untuk mengaga balik 'workshop' tempatnya menghantar kerita atu lapas selasai bapanya dari bilik operation atu.
****
(2 hari sebelum bapa si Adam eksiden/ Workshop si Ah Seng)
"Seng, kau gantikan ah brek ku ani, haus kali udah 'brake-pad' nya.Karang patang aku ambil k." nya si Adam ani rah si Ah Seng dan tarus membagi kunci keritanya.
"Ok bos, nada masalah tu. Kang ku menelipun kau. Ni kang menyuuh bisia mengusai akan.. Ani bisia kakal sibuk. k."nya si Ah Seng dengan slang kedayannya rah si Adam.
Kalau dulu mula-mula si Adam kesana, tekajut pulang tu ia mendangar si Ah Seng becakap ah. Cina tapi cakapnya kedayan. Rupanya si Ah Seng ani dulu bejiran sama orang kedayan,malar makan minum sama tidur dirumah jirannya atu iatah makanya si Ah Seng pandai cakap kedayan atu.
*****
(Patangnya-di workshop)
Selasai saja memasang 'brake-pad' kerita si Adam atu, si Ah Meng, mekanik rah woksyop si Ah Seng ani pun mengarat kabel brek kerita si Adam atu sedikit tanpa orang tahu.Nda ketara lah.Kira nda jua sampai putus.Kabel atu kira boleh betahan 2-3hari sebelum putus.Selasai ia buat macamatu,baru tah gitaunya bosnya si Ah Seng yang kerita si Adam atu sudah siap.Si Ah Seng pun menipun si Adam. Baliknya keraja, si Adam pun mengambil keritanya atu dan membawa balik. Balik saja si Adam dari sana, si Ah Meng pun ke belakang woksyop dan menelipun orang,
"Helo Bos, sudah saya bikin itu keja ah. Saya sudah bikin apa yang lu suluh saya.Saya sudah potong sikit itu kabel brake."
"Helo Ah Meng, bagus-bagus.ok karang malam jumpa tempat biasa.Aku kan membagi upahmu. Ok. Huahuahua. "
Lapas saja betelipun, orang atu pun becakap.
"Mati tah kau kali ani Dam. Berani kau rampas si Eisya dan betunang sama ia."
Bersambung part 2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan