Sucinya Cinta 2 (Part 4)
'Alasan saja tu. Aku nda mau ambil tau. Ada jua ku gtau dimalam mesti datang tepat pukul 3. Ani dah pukul brapa. Kau ingat aku ni apa kan tunggu kau batah batah?' ujarnya lagi. Alia masih menunduk. 'Sor..sorry..' Hanya itu yang mampu Alia katakan saja. Dia takut hendak membalas lebih. 'Dah dah. Aku mau kau ikut aku ke majlis malam ni. Rozi dandan kau lepas ni.' ucap Fizree tidak mahu membahaskan perkara itu lagi. Dia memang tidak wajar memarahi Alia gara gara lewat beberapa minit saja. Sebentar kemudian dia memanggil seorang wanita bernama Rozi. 'Ya, tuan muda?' wanita itu menghadiahkan Alia sebuah senyuman ketika memandangnya. Alia membalasnya dengan manis sekali. 'Ni, aku mau kau make upkan ia ni lepas tu suruh ia pakai baju ni. Hias yang buat mata aku meliatnya nyaman sikit.' Alia geram sekali mendengar kata katanya seolah olah menghina dirinya. Dia memang suka bergaya begitu. Buat apa dia mesti cantik cantik dihadapan Fizree? Dia mahu membawanya kemana sehingga penampilannya perlu di ubah begitu drastik? 'Jangan lama. Kalau bulih before 5.30 pm mesti siap. Nah!' kata Fizree sambil menghulurkan sebuah beg kotak berwarna merah. Didalamnya mungkin baju yang akan dipakainya nanti.
Hendak membantah takut pula angin Fizree naik lagi. Selepas menerima arahan dari Fizree, Alia mengekori wanita itu ke dalam ruangan mencuci rambut. Kemudian barulah Alia ke tempat duduk untuk dipotong sedikit rambut dihadapannya. Rambutnya yang panjang hingga ke paras pinggang di keriting mulai dari bahunya. Sambil menunggu rambutnya yang dikeriting tadi kering, Rozi mula beralih menyolek muka Alia yang halus tanpa sebarang jerawat itu. Bulu matanya di alis lentik. Ipinya yang sedia kemerah merahan dimerahkan lagi dengan wara merah jambu. Bibirnya juga dicalit dengan warna itu. Dari refleksi cermin didepannya dia dapat melihat Fizree sedang kusyuk membaca buku sambil memasang headset ditelinganya.
Sebaik saja siap di dandan dan disolek Alai diminta untuk menukar pakaiannya dengan baju gaun satin berwarna kelabu cerah hingga paras lutut. Di dadanya pula dihias bunga berwarna kelabu gelap. Melihat penampilan Alia yang sofistikated dan elegan membuat Rozi dn beberapa pekerja lain tidak menafikan wanita yang bergaya sederhana tadi kini tampil menarik. Fizree cuba mengasal tingkahnya ketika melihat Alia berubah dari sebelumnya. Tidak pernah dia melihat Alia berpakaian sebegitu. Selama ini Alia cuma mengenakan baju T-shirt dan seluar jeans saja. Dia berdehem lalu berdiri menyeluk sakunya cuba berlagak serius. Matanya tidak berkedip memandang Alia dari atas ke bawah. Alia tertunduk malu akibat ditentang oleh Fizree. Pipinya sudah memanas sejak tadi ketika Rozi menyangkanya teman wanita anak tunggal puannya. 'Bah, ahir dah ni. Masuk tah ke kerita.' ujar Fizree sudah tidak tahan dengan bunyi degupan jantungnya. Dia terus berlalu pergi tanpa menunggu Alia. Alia yang takut terjatuh terpaksa berhati hati berjalan gara gara kasutnya yang bertumit tinggi. Geram hatinya menjeling fizree yang langsung tidak menolongnya mahupun memimpinnya keluar.
Alia sesekali menoleh Fizree yang sedang kusyuk memandu. Sesuatu masih bermain difikirannya. Dia takut jika dia bertanya Fizree akan memarahinya. Akhirnya Alia memberanikan dirinya bertanya. 'Err.. tani ani kan kemana?' Alia memandang wajah Fizree meminta penjelasan.... (bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan