Khamis, 12 Januari 2012

Novel Cinta Brunei

Aku Mencintai Mu

Rashid terkejut saat melihat hazura tidur di sebelah nya tanpa memakai pakaian
dan tubuh nya hanya di
tutupi dengan selimut,
rashid terus bingkas bangun dan duduk di
hujung katil, "apa yang
sudah terjadi" bisik hati
rashid, ia memegang
kepalanya dan mencuba
untuk mengingat apa yang sudah terjadi semalam, tapi kepala rashid terasa sangat
sakit, ia inda dapat
mengingat apa-apa. "inda mungkin! Semua ni inda mungkin terjadi, aku inda mungkin melakukan ani, arghh!" rashid berkata-kata sendiri dan terus menjerit, "rashid?" hazura terkejut dari tidur nya kerana jeritan rashid tadi, "apa erti semua ni?" tanya rashid tanpa menoleh kearah hazura, "apa maksud rashid? Semalam tiba-tiba saja rashid ketuk bilik zura, bila saja zura buka pintu rashid terus peluk zura, dan.." belum pun hazura menghabiskan kata-katanya, rashid terus membentaknya, "cukup! Ani inda mungkin terjadi, aku inda ingat apa-apa masa ni," bentak rashid, "tani lakukan ani atas dasar suka sama suka, rashid ingat?" kata hazura, ia cuba untuk meyakinkan rashid, "suka sama suka?? Aku inda pernah pun suka kan kau, Mustahil aku melakukan ani tanpa cinta! Ni mesti kau punya angkara, kenapa kau inda menolak kalau semua ni benar?? Kau kan perangkap aku kah?? Hah!" bentak rashid lagi, hazura mula mengalirkan airmata nya untuk menarik simpati dari rashid, "sebenar nya zura sudah cuba menghalang rashid tapi rashid tetap jua meneruskan nya, zura pasrah, kerana zura sudah lama mencintai rashid," jelas hazura, "aku inda pernah cinta arah mu, walau apa pun terjadi aku tetap mencintai dania," kata rashid dengan tegas, "habis tu kenapa rashid melakukan ani arah zura kalau rashid inda cinta kan zura?? Rashid ingat zura ni apa?? Tempat pelempiasan saja kah??" jerit hazura, "kalau aku melakukan ani dengan sedar, kenapa kepala ku sangat sakit dan aku langsung inda ingat apa-apa, gila!" marah rashid lagi, ia terus keluar dari bilik hazura dan menghempaskan pintu bilik hazura dengan kuat.

"pappy!" iqbal memanggil
rashid saat rashid hendak
membuka pintu biliknya,
"kenapa pappy inda sahur
tadi? Iqbal ketuk-ketuk
bilik pappy tapi pappy inda buka pintu, iqbal sahur
sama tuti saja, pappy inda
puasa kah?? Tanya iqbal,
"puasa sayang, tadi pappy
kurang sihat kan bangun
sahur, pappy niat saja," jelas rashid, ia terharu
mendengar kata-kata iqbal
tadi, sebagai bapa, rashid
kurang memerhatikan dan
meluangkan masa bersama
iqbal, malahan iqbal bersahur
hanya dengan tuti,
pembantu rumahnya.
"kalau berniat saja boleh
kah py?" tanya iqbal,
"boleh sayang, yang penting niat berpuasa, tapi
mesti lah tahan lapar,"
jawab rashid, "kalau iqbal
malas bangun, iqbal mahu
berniat saja py," kata iqbal,
"jangan sayang, kesian iqbal kalau lapar, iqbal
masih damit, belum dapat
menahan lapar," jelas
rashid, "kalau ada mama
kan siuk py, mama pasti masakkan yang
nyaman-nyaman untuk
iqbal, iqbal rindu mama,"
kata iqbal, rashid terharu
mendengar percakapan
iqbal, ia mengusap-usap kepala iqbal, "sabar sayang,
kalau mama sayangkan
iqbal, mama pasti akan
balik, pappy masuk bilik
dulu sayang, pappy mahu
rehat dulu," rashid terus mengucup dahi iqbal dan ia
terus masuk ke biliknya.

Rashid mencuci mukanya
berkali-kali, tiba-tiba saja ia
teringat bahawa semalam ia
minum kopi yang di buat
mummy nya selepas ia balik
ke rumah, dan lepas minum kopi atu kepalanya sakit,
penglihatan nya kabur, dan
rashid hanya melihat
bayangan dania di depan
nya, rashid inda ingat apa
yang terjadi lepas atu, "inda mungkin! Inda mungkin
bayangan dania yang ku
lihat atu sebenarnya
hazura, tapi... Kalau benar
atu hazura... Beerti...
Arghh!" Rashid terus keluar dari biliknya, ia
mahu menemui mummy
nya, ia yakin kalau mummy
nya ada memasukkan
sesuatu arah kopi yang di
buatnya. Bila saja rashid membuka pintu bilik
mummy nya, ia melihat
hazura memeluk dan
menangis di bahu mummy
nya, "pasti ia sudah
mengadu arah mummy," getus rashid dalam hati,
"rashid!" panggil mummy
nya bila rashìd hendak
menutup semula pintu bilik
mummy nya, "mummy
mahu penjelasan dari rashid, hazura sabar dulu
ah, auntie bincang kan hal
ani sama rashìd dulu, zura
tunggu sini," kata hajah
khatijah, ia terus keluar
dari biliknya dan menuju ke ruang tamu, rashid hanya
mengikuti langkah mummy nya.


"kenapa rashid buat hazura
macam ni? Kesian zura,
kalau ada apa-apa hal
terjadi siapa yang harus
tanggungjawab?" hajah khatijah memulakan
percakapan setelah
melabuhkan punggung nya
di sofa, "rashid inda tahu
apa-apa, rashid yakin yang
rashid inda melaku kan atu, kenapa lepas minum kopi
yang mummy buat kepala
rashid pening dan tadi
rashid langsung inda ingat
apa-apa.. Mummy ada buat
sesuatu kah arah kopi tu?" duga rashid, "apa rashid
cakap ni mummy inda
faham.." dalih hajah
khatijah, "sudah tah
mummy, terusterang saja,
kalau mummy kan jodohkan rashid dengan
hazura pun jangan macam
ani cara nya, dan walau apa
pun mummy lakukan
rashid tetap inda mahu
kahwin dengan hazura," kata rashid dengan tegas, "kenapa rashid tuduh
mummy macam tu? Mummy
sudah berubah rash, dan
mummy sudah pun
menerima dania dengan
ikhlas, mummy inda ada niat kan jodohkan rashid
dengan hazura tapi masalah
nya rashid sudah pun
melakukan atu arah
hazura, rashid harus
bertanggungjawa b," ujar hajah khatijah, "apa yang
sudah terjadi ani macam
aneh, sangat aneh! Inda
mungkin masuk ke bilik
hazura kerana walau apa
pun dania sudah buat rashid tetap mencintai
dania, lagipun kenapa
rashid inda ingat apa-apa
tadi, mesti ada sesuatu,"
kata rashid lagi, "kenapa
rashid tuduh mummy macam atu? Rashid atu
anak mummy, indakan
mummy sanggup buat
macam atu, masalahnya
masa ni rashid sudah pun
tidur sama hazura, rashid sendiri lìat keadaan hazura
tadi, kesian mummy lìat
hazura menangis tadi," kata
hajah khatijah. "rashid inda mahu mummy..
Rashid hanya mencintai
dania, dan dania masih lagi
isteri rashid," kata rashid,
"ceraikan saja, lagipun
kata-kata mummy dulu sudah terbukti kan.. Dania
bukan orang baik-baik,
dibelakang rashid ia
berhubungan dengan
bekas tunangnya atu,"
hajah khatijah sengaja mengungkit cerita pasal
dania, ia mahu rashid
membenci dania, "sudah
tah, rashid kan jalan dulu,
stress saja rashid di rumah
ani," kata rashid, ia terus meninggalkan mummy nya
di ruang tamu, rashid sakit
hati mendengar
percakapan mummy nya
tadi.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan