Aku Mencintai Mu
Aku tersedar dari tidur ku saat handphone rashid berbunyi, aku membuka lampu tidur dan melihat jam di meja, sudah pukul tiga pagi, aku terus membangunkan rashid, "bang.. Telefon abang berbunyi tu," aku mengerak-gerakkan bahu nya, tapi rashid masih jua belum sedar, "bang.. sahur dulu, akhir sudah ni.." aku meninggikan suara ku sedikit, rashid menggosok kedua mata nya, "telefon abang tu daritadi sudah berbunyi tu, jawab tia dulu.." kata ku, Rashid mengambil handphone nya, ia melihat di skreen handphone nya dan terus saja mematikan handphone nya, "siapa?" tanya ku hairan, "orang rumah, tu mesti mummy.. Abang malas kan jawab telefon dari mummy, lakas tah sahur," kata rashid, bila saja kami kan keluar dari bilik handphone ku pula berdering, aku mengambil handphone ku, tertera 'rumah rashid' di skreen handphone ku, aku memandang rashid, kerana ingin tahu aku terus menjawab, "assalammualaikum!" aku memberi salam, "waalaikumsalam, dania.. Daddy ni.." daddy rashid terus saja memperkenalkan dirinya, "ohh.. Kenapa daddy?" tanya ku, tiba-tiba saja hati ku berdebar, inda pernah daddy rashid menelefon subuh-subuh ani, "tadi daddy telefon rashid tapi inda bejawab, daddy faham rashid masih marah arah mummy, ani daddy kan bagitahu saja yang mummy demam panas, dari kemarin sudah, ia selalu memanggil-manggil rashid, iatah daddy kan menyuruh kamu balik kemari karang," jelas daddy rashid, "astaghfirullah.. Sudah bebawa kehospital kah daddy?" tanya ku, aku benar-benar terkejut mendengar penjelasan dari daddy rashid, aku merasa serba salah.. Berdosakah aku kerana belum dapat memaafkan mummy rashid?? Memang perbuatan nya sudah melampaui batas tapi aku inda sampai hati kan membiarkan mummy rashid sakit macam atu.. Aku melirik kearah rashid, ia memberi isyarat agar aku menutup saja handphone ku, tapi aku inda memedulikan nya, "belum pulang, niat daddy atu kan membawa pagi ani, terus tah kamu ikut karang," jawab daddy rashid, "bah daddy.. Ada kami kesana karang tu," ujar ku, aku terus mematikan handphone ku selepas memberi salam. "jangan cakap tani kan kerumah daddy karang," kata rashid, "abang.. Daddy membagitahu yang mummy sakit.. Indung abang jua tu, indakan abang sanggup biarkan mummy sakit macam atu?" pujuk ku, "sayang.. Mummy tu sudah melampau jahatnya, entah-entah mummy pura-pura sakit saja kali.." duga rashid, "astarghfirullah.. Istighfar bang.. Sejahat-jahat mummy tetap jua indung abang, ingat bang.. Syurga terletak di kaki ibu.." nasihat ku, semoga saja rashid berubah fikiran, "tapi sayang.." belum sempat rashid meneruskan kata-kata nya aku terus meletakkan jari telunjuk ku ke bibir rashid, "shh.. Jangan tapi-tapi lagi, nia mahu abang ke rumah daddy karang, titik!" kata ku dengan tegas, rashid memegang tangan ku, "ok.. Tapi nia mesti ikut.. Titik jua!" kata rashid, aku terus tertawa mendengar jawaban rashid, "bah lakastah sahur, akhir sudah ni," aku berdiri dari duduk ku dan menuju ke pintu tapi rashid terus saja menarik tangan ku dan memeluk ku, "abang bangga dapat bini sebaik sayang.." bisik rashid, aku hanya tersenyum, rashid mendekat kan wajah nya kearah ku, dengan pantas aku terus menoleh kearah lain, "kan imsak sudah ni, baik tah sahur," sengaja aku menukar topik perbualan, rashid tersenyum, "awu sayang.." kata rashid, ia terus mencium pipi ku, aku menghempas tangan nya, ia tertawa lagi, "lakas tah keluar, kan bangunkan iqbal lagi," ujar ku, aku terus saja keluar dari bilik setelah rashid melepaskan pelukan nya."abang, kenapa belum siap-siap lagi? Pukul 9 sudah tu," aku menegur rashid yang sedang duduk termenung di beranda rumah, rashid memandang ku, "sayang.." panggil rashid, aku menghampiri nya dan menunggu rashid meneruskan percakapan nya, "abang inda mahu kalau sayang di sakiti lagi oleh mummy, abang mahu sayang bahagia, please sayang.. Jangan paksa abang balik ke rumah mummy, abang belum dapat memaafkan mummy.." luah rashid, aku menggenggam tangan rashid, "abang inda boleh cakap macam atu, walau macam mana pun mummy tetap jua ibu yang melahirkan abang," nasihat ku, rashid mengeluh perlahan, "kalau nia sudah dapat maafkan mummy kenapa abang inda dapat maafkan mummy? Berdosa tau.." sambung ku lagi, rashid memandang ku, ia memegang pipi ku, "ok lah, tapi kalau mummy buat hal lagi abang inda kan dapat memaafkan mummy lagi.." ujar rashid, "awu bang, nia yakin mummy sudah menyedari akan kesalahan nya, insyaAllah esuk tani menyambut raya, iatah masa nya tani bermaaf-maafan ni, inda baik berdendam.." nasihat ku lagi, "astaga, inda abang ingat karang pengumuman anak bulan syawal ah, inda kerasaan empat hari sudah tani berpuasa di rumah sendiri, niat abang atu kan bermalam di rumah ani malam takbir ani sayang," kata rashid, "inda apa tu bang, yang penting tani lawat dulu mummy atu, kesian jua.." ia terus berdiri dan masuk ke dalam untuk menukar baju nya, aku pun menuju ke bilik iqbal untuk mengemas barang-barang nya yang akan di bawa.
Kereta yang rashid pandu sudah sampai di perkarangan rumah daddy rashid, kami keluar dari kereta dan menuju ke pintu utama, belum sempat rashid menekan lonceng, tiba-tiba saja daddy rashid membuka pintu, "akhirnya rashid mahu jua kemari," kata daddy rashid dengan gembira, "demi dania.. Hanya kerana dania.. Rashid mahu kesini kerana dania yang suruh.." kata rashid dengan tegas, aku menyiku lengan nya, aku merasa kurang selesa bila rashid bercakap macam atu, "its ok, yang penting rashid sudah datang, masuk tah mummy ada di bilik," pelawa daddy rashid, aku memegang tangan rashid, dan membawa nya ke bilik mummy nya, aku kesian melihat mummy rashid baring di katilnya, benarlah apa kata daddy rashid.. Sampai saat ani mummy masih lagi menyebut-nyebut nama rashid, aku memberi isyarat kearah rashid agar ia menghampiri mummy nya, dengan perlahan rashid pun menghampiri mummy nya, "mummy!" tegur rashid, ia memegang tangan mummy nya, "mummy.. Rashid sudah balik.." kata rashid lagi, dengan perlahan mummy rashid membuka mata nya, "rashid! Maaf kan mummy, rashid," terus saja mummy rashid meminta maaf setelah melihat rashid, mungkin hatinya sudah di penuhi rasa bersalah, mummy rashid berusaha untuk duduk, rashid membantu membangunkan dan menyandarkan mummy nya.. "mummy rehat saja, jangan tah banyak gerak, rashid sudah memaafkan mummy, rashid ada bawa dania jua ni," kata rashid, ia menarik tangan ku untuk menghampirinya, "dania.. Mummy minta maaf.. Mummy sudah banyak membuat kejahatan arah nia, baru mummy sedar betapa pentingnya kebahagiaan anak mummy yang telah mummy hancurkan dulu," luah mummy rashid, rashid menyuruh ku duduk di sisi mummy nya, "maafkan mummy sayang.." bisik mummy rashid, "awu mummy, nia sudah maafkan mummy, nia pun minta maaf jua kalau nia ada buat salah atau kasar arah mummy selama ani.." ujar ku, mummy rashid terus saja memeluk ku, berulang kali mummy mengungkapkan kata maaf, ia mengeratkan lagi pelukan nya, tanpa sedar airmata ku mengalir jua, baru lah aku merasa sudah di terima oleh mummy.
"mummy, rashid sama dania bawa mummy ke klinik ah," pujuk daddy rashid, kerana hajah khatijah berdegil inda mahu ke klinik kalau rashid dan dania inda ada balik ke rumahnya. "inda payah daddy, mummy inda lagi sakit ni, mummy gembira akhirnya rashid balik jua ke rumah, mana cucu mummy, nia?" tanya mummy rashid bila menyedari iqbal inda ada di samping rashid dan dania, "sama tuti ia tadi, bermain kali ia," jawab rashid, mummy memegang tangan ku dan rashid, "rashid, dania, mummy akan menebus semua kesalahan yang sudah mummy buat, hari persandingan kamu tinggal seminggu saja lagi, biar mummy saja yang mengurus semua tu," ujar mummy rashid, aku dan rashid berpandangan, "inda payah mummy, rashid boleh urus semua atu, mummy rehat saja," kata rashid, "mummy mahu mengurus semua atu, kalau berehat ganya badan mummy ani sakit tia pulang," jelas mummy rashid, "bah manasaja tah mummy ah, tapi ingat jaga kesihatan mummy atu jua," ujar rashid, hajah khatijah tersenyum, senang hati nya kini sudah berkumpul dengan keluarganya.
"rashid, biar tah dania di sini sama mummy, rashid ikut daddy ke ruang tamu," kata daddy rashid, ia pun keluar dari biliknya dan di ikuti oleh rashid. Mummy rashid pula sibuk bertanyakan warna kesukaan dania, ia mahu memilih pakaian pengantin mengikut warna kesukaan dania. "rashid, daddy kan beritahu saja, lelaki kurang ajar yang mummy upah atu sudah tertangkap, biar ia merasa macam mana hidup di penjara," jelas daddy rashid, "baguslah, erm hazura mana daddy?" tanya rashid, ia baru teringat akan hazura, "hazura sudah balik ke singapore, daddy yang suruh ia balik daripada ia mengganggu rumahtangga rashid, jangan tah risau, inda lagi ada masalah lagi lepas ani, insyaAllah!" jelas daddy rashid, "daddy, kalau rashid tinggal di sini semula, macam mana dengan rumah yang rashid beli atu? Sayang kalau di jual, rashid beli pun untuk dania.." kata rashid, "rashid di sini saja dulu sampai hari persandingan rashid, lepas tu baru fikir macam mana.. mudahan tah mummy atu berubah fikiran, sabar saja dulu, kalau mummy sudah sihat sepenuhnya, daddy kan cuba menerangkan arah mummy," jelas daddy rashid, ia kesian melihat rashid, di saat ia hendak mulai hidup baru, bermacam masalah yang harus di hadapi nya.
'ALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR, ALLAHHUAKBAR, LA ILLA HA IL LALLAH HUWALLAH HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR WALILAH ILHAM'
Takbir raya bergema di masjid berdekatan sebaik saja mufti kerajaan menyatakan anak bulan syawal sabit dilihat. Aku sedang sibuk di dapur menyiapkan kelupis dan ketupat untuk hidangan esuk, sementara rashid membawa iqbal masuk ke bilik, mungkin ia menidurkan iqbal dulu. "mbak nia, ini kari daging nya di masak malam ni atau esuk?" tanya tuti yang menemani ku daritadi, "esuk saja, aku awal bangun esuk memasak daging kari, kalau kamu kan tidur agatah dulu, rehat tah dulu," jawab ku, kesian tuti dari pagi belum rehat, ia sibuk mengurus dapur, "mbak nia boleh sendiri?" tanya tuti, aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum, tuti pun meninggalkan aku sendiri di dapur.
Terdengar lagu 'ku pohon restu ayah bonda' yang di mainkan oleh jiran sebelah, hati ku jadi sayu, aku teringat akan mama dan terutama sekali ayah yang sudah lama meninggalkan kami sekeluarga, entah bila kah aku akan berpeluang untuk menyambut raya bersama ayah lagi.. Aku sangat merindui nya.. Tanpa sedar airmata ku mengalir jua, bila saja aku hendak mengesat nya tiba-tiba ada sepasang tangan yang sudah mendahului tangan ku, aku mendongak, "abang," kata ku perlahan, aku inda menyangka rashid akan masuk ke dapur, "kenapa sayang?" tanya rashid, entah kenapa bila mendengar pertanyaan rashid airmata ku semakin deras mengalir, rashid masih lagi mengesat airmata ku, "kenapa sayang menangis?" tanya rashid dengan perlahan, ia memegang lengan ku dan mendirikan ku, lalu rashid terus saja memeluk ku, "nia rindu ayah," jawab ku, rashid mengusap-ngusap rambut dan belakang ku, aku merasa tenang berada dalam pelukan rashid, "sabar saja sayang, anggap saja daddy tu macam ayah nia sendiri," ujar rashid, ia mengucup dahi ku, "sudah tah sayang, jangan tah menangis lagi, tani tidur sayang, iqbal sudah tidur tu," sambung rashid, "nia tunggu kelupis ni, kajap lagi masak tah tu," jelas ku, aku mengesat sisa-sisa airmata ku, "erm.. Ok.. Tapi sayang mesti ikut cakap abang," kata rashid, "apa?" tanya ku hairan, rashid memeluk ku lebih erat lagi, "abang angkat sayang karang sampai masuk bilik," usik rashid, "abang ni kan.. Kalau mummy sama daddy lihat beri malu saja," kata ku, "abang inda peduli, sayang bini abang, sah kali ah.." kata rashid, "ish abang ni.. Nia sibuk ni.." dalih ku, "kan siap sudah kan? Hehe boleh lah sayang.." kata nya lagi, aku cuba melepaskan pelukan rashid tapi ia semakin menguatkan pelukan nya, "abang inda mahu lepas kalau sayang inda mahu abang angkat, biar batah lagi tani di sini," ugut rashid, "abang.." jerit ku perlahan, "mahu atau inda?" tanya nya lagi, aku inda ada kata lain lagi selain mengikut saja percakapan rashid, selepas saja aku menyimpan kelupis dan ketupat yang sudah ku masak tadi, rashid terus menghampiri ku, "selamat hari raya sayang, maaf kan abang atas salah silap yang pernah abang buat selama perkahwinan tani, abang cinta kan sayang," ucap nya separuh berbisik, tanpa menunggu jawaban dari ku, rashid terus mengangkat ku, hampir saja aku terjerit kerana takut terjatuh.. Perasaan sedih tadi sudah terobat oleh rashid, aku sungguh gembira menyambut malam takbir bersama suami yang sangat aku cintai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan