Sucinya Cinta 2 (Part 3)
Melihat tangan Fizree mengisyaratkannya untuk pergi, dia terus saja keluar tanpa menunggu reaksinya. Semini setelah Alia keluar, Fizree menutup bukunya lalu berdiri mundar mandir. Lama dia begitu. Melihat sikap Alia yang tidak merungut dengan segala arahannya dia jadi geram. Nampaknya Alia serius hendak menutup mulutnya supaya tidak memecahkan rahsia tentang alat uji kehamilan milik kakaknya itu.
Kali ini tiada siapa akan menolong Alia lagi sejak 'hero'nya ketika sekolah rendah hinggalah pra-universiti bekerja sebagai model di Kuala Lumpur. Hadi merupakan kawan akrab Alia yang juga terkenal semasa di sekolah menengah sepertinya. Setiap kali Fizree membuli Alia, Hadi orang pertama melindunginya sehingga terlibat perkelahian diantara mereka. Akibatnya mereka di denda oleh guru disiplin.
Fizree masih ingat lagi waktu dulu ketika dia tidak putus putus menyalahkan Alia kerana telah membuatkan kumpulan mereka jatuh ditempat kedua di dalam sebuah pertandingan. Waktu itu Alia ditolaknya hinha jatuh. Hadi jugalah yang menyelamatkannya. Perkara itulah yang membuatkan Fizree masih berdendam dengan Alia dan Hadi.
Dia tidak tahu mengapa setiap kali dia melihat Alia disisi Hadi dia akan sakkt hati. Yang pasti, Alia sudah sebati dengan dirinya disaat dia bosan. Dia berharap agar Hadi tidak akan kembali lagi ke Brunei. Entah megapa dia rasa tercabar dengan lelaki itu sedangkan dia selama ini memiliki segalanya. Da benci apabila mendengar nama lelaki itu disebut sebut di hadapannya. Fizree mendengus kasar.
Alia berlari lari ketika melihat jam ditangannya menunjukkan pukul 3.15 petang. Apalagi ketika dia melihat kereta milik Fizree terpakir di hadapan salun mewah dan besar itu. Bersebelahannya pula butik milik ibu Fizree juga. Dia baru saja habis kelas pukul 2.45. Tambahan lagi jalan raya sesak akibat kemalangan. Dia bukan sengaja terlewat. Nasib baik Sofea, temannya sekuliah mahu menumpangkannya ke situ. Kalau tidak terpaksa dia menyuruh Hana menjemputnya........ (bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan