Khamis, 12 Januari 2012

Novel Cinta Brunei


PENYESALAN YANG TAK SUDAH 

 Sepanjang perjalanan hidup ku yang lalu,bagaikan satu penyesalan yang tidak sudah.Namun kekesalan yang ku rasa kini masih belum merubah perjalanan hidupku yang masih terkontang kanting.Kesedaran yang ada hanya untuk seketika cuma,secara batin terseksa di luaran secara zahir begitu jelas kelihatan keceriaan bagaikan tiada permasalahan yang dihadapi.Apabila berada seorang diri.pasti akan memikirkan untuk maju kehadapan bagi merubah kehidupanku yang agak terbeban segala permasalahan dari segi kewangan,keluarga,kerjaya dan percintaan.Salah satu jalan yang perlu ditempuhi ialah hanya dengan beriman kepada-Nya.Tetapi kenapa aku dibuai angan-angan dan merosakkan akhlak ku sendiri dari segi zahiriah mahupun secara batiniah.Aku tahu akan hukum di akhirat kelak akan membinasakan aku kerana aku masih alpa di dunia yang sementara ini.

Semenjak arwah abah telah meninggalkan aku,ibu dan adik beradikku,aku sering berusaha untuk menjadi ketua rumah yang mampu menjaga dan bertanggungjawab dalam segala apa pun jua.Namun aku masih belum cukup matang untuk menjadi pemimpin yang hebat seperti abah.Aku mengakui bila aku dalam kesusahan,baru lah aku sujud kepada-Nya meminta pertolongan namun aku jadi angkuh dan bodoh bila diberi kesenangan.Tinggallah tikar sejadah dan telekung yang hanya menjadi perhiasan bilik sembahyang.Ya Allah Ya Tuhan,mengapa kah aku tidak kuat untuk beriman kepada Mu,sedangkan aku tahu azab api neraka jahannam begitu dahsyat jika dibayangkan dengan akal yang Engkau telah berikan?Kadangkala aku menangis sendirian mengapa aku terhasut dengan godaan syaitan yang dilaknat.Manusia diberikan akal fikiran dan menjadi makhluk sesempurna kejadian yang pernah diciptakan oleh Allah Taala.Manusia adalah makhluk yang mulia tapi kenapa aku dan manusia yang lain masih belum berubah.Aku memang bodoh.

5 tahun yang lalu
Aku baru pulang dari asrama,ku lihat abah duduk dikerusi sedang memejamkan mata.Hati ku selalu tak keruan melihat abah kelihatan letih dan menahan kesakitan.Namun apa yang di dalam hati ku,tidak ku luahkan kerana aku masih menaruh harapan abah akan sembuh suatu hari nanti.Aku tidak akan sekali-kali memaafkan orang yang berbuat jahat dengan keluargaku,apa tah lagi abah adalah orang yang paling rapat dan memahami diriku.Kerana hasad dengki dan naluri jahat dari syaitan yang membuat seseorang telah mengkhianati dan menyakiti abahku.Tapi aku tahu kini,semua itu adalah dugaan dari Allah kepada setiap manusia.Semakin banyak dugaan semakin Allah itu amat menyayangi hambanya bila hambanya sabar dan redha menempuh dugaan.Saat aku melintas,abah terkejut dan menegurku dengan suara yang perlahan.
“baru balik lina?”
“awu bah..aku masuk dulu aa”.
“bah..lau kau kan makan,ada tu makanan kana masak tadi”.Aku masuk ke bilik tanpa menghiraukan abah di luar yang menanggung kesakitan tiap hari,tiap masa dan aku hanya melayan mataku untuk dipejam.Namun disudut hatiku,aku takut menangis dihadapannya.

Sekarang
Sehingga kini,aku masih ingat renungan dan kelakuan abah.Airmataku akan menitis dan hatiku akan terasa sebak.Di dalam hati,aku akan membaca surah Al-Fatihah agar arwah abah akan sentiasa selamat di alam barzakh.Sebahagian dari orang,mereka tidak akan meluahkan rasa sayang mereka terhadap keluarga dengan kata-kata tetapi ada yang meluahkan dari luaran kelakuan dan ada yang menyimpan jauh di lubuk hati.Aku adalah salah seorang daripadanya yang menyimpan rasa sayang dengan hanya memikirkan mereka.Mungkin pada luaran,aku seperti tidak mementingkan keluarga. Namun apabila aku bersama dengan kawan-kawan,perbualan kami kebanyakkan mengenai keluarga kami masing-masing.Sesetengah orang akan menganggap,aku seorang egois.Betul kah aku seorang yang ego dan mementingkan diri sendiri?Setiap keluhan akan mengiringi setiap deru nafasku.

Kekesalan ku semakin berganda-ganda,teguran mama selalu merungkai kesedihan di hatiku.Menangis di hati,tahan sebak di dada sahaja bila terkenangkan kehidupan ku yang penuh dengan gelombang dosa.Sudahlah tidak sembahyang dan malam-malam pulak melayan nafsu chatting yang tidak bermoral.
“lina..inda ko dapat sembahyang kah?batah udah ku inda meliat ko sembahyang..banyakkan istighfar bah..mana tah jua hati tu jadi karas..berubah tah kamu eyh..ingat Allah..menyasal inda beguna nanti..”teguran mama setiap kali.Kalau dulu,abah yang menegur dan sewaktu kanak-kanak,tali pinggang hinggap dibadan.Bila dewasa,abah hanya mampu menegur dan menggeleng-gelengkan kepala.Kadang-kadang dipujuk secara halus,abah meminta aku untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran-nya.Akhirnya aku akan duduk di bilik sembahyang dengan adik-beradik ku.Aku menegur setiap kesalahan bacaan abah dan adik-adikku.Selesai membaca Al-Quran..
“terima kasih lai lina..esuk lagi aa..dangarkan babah mengaji aa”kata abah.
Setiap kali aku terkenang kata-kata abah dulu,airmataku merembes keluar dan mengunci pintu bilikku,berpura-pura aku sudah masuk tidur.Kehilangan dirinya (abah),kadang-kadang membuat aku lebih tabah namum aku masih tercari-cari abah yang selalu menegur aku,abah yang memahami kehendak hatiku,abah yang mengetahui gerak geriku.Dia hanya berpesan “jangan buat sesuatu yang disesali kemudian hari,sayangi diri sendiri lina.Orang lain inda dapat mengubah diri mu,kau sendiri yang bertanggungjawab untuk berubah”

5 tahun yang lalu
Di dalam rumah,aku digelar puteri.Selalu akhir bangun dan tidak membuat kerja-kerja dirumah.Hanya membiarkan keluarga ku sahaja bekerja.Abah yang kesakitan diluar,dengan perlahan berjalan menuju bilikku,kebetulan pintu bilik pintu ku terbuka luas selepas adik-ku mengetuk pintu ku beberapa kali.Ku gagahi membuka pintu namun aku menuju kembali ke katil menyambung tidurku.Tidur-tidur ayam.Dalam kesamaran,ku lihat abah dipintu dan menangis.
       “lina..bila kau kan bangun..tolong tah babah jangan kau macam ani..Ya Allah” Abah bercakap sambil menangis teresak-esak.Aku segara bangun duduk dikatil sambil menundukkan sedikit kepalaku.Hati ku diragut pilu mendengar esakan abah.Ya Allah,ampunkan hamba mu ini.Abah maafkan lina.Namun kata-kata itu hanya terluah di dalam hati.
       “bangun tah alai lina..bekaraja tah..tulung mama mu adi mu..jangan kau camani nyamu..Ya Allah..babah minta tulung banar-banar rah mu..babah sakit cani..inda kau kesian kah..” teguran abah lagi dengan suaranya serak kerana menangis disebabkan perangaiku.Aku menangis di dalam hati,airmata ku hampir-hampir menitik.namun ku tahan dan aku cuba bergerak turun dari katil dan mengambil tuala menuju keluar dari bilik.Abah menggosok perlahan rambutku sambil berkata “berubah tah..”.Abah beredar dari pintu bilikku dengan jalannya yang perlahan menahan kesakitan diseluruh badannya.Aku beredar ke kamar mandi,disana badanku dibasahi dan airmata ku mengalir dengan deras.
Sekarang
Sampai sekarang perangaiku tidak berubah.Sering akhir keluar dari bilik tidur namu hakikatnya aku sering terbangun awal subuh dan nada ringtone misscalled pagi-pagi dari Hazam membuatkan aku tersedar dari lena.Namun hati masih keras macam batu untuk menunaikan sembahyang subuh.Aku pernah berubah buat seketika,sekian kalinya pada masa itu aku rajin menunaikan sembahyang.Terus terang aku nyatakan memang hatiku sentiasa rasa sebak setiap kali menghadap Allah namun aku kelihatan tenang dan aku merasakan aku suci sepanjang hari.Begitu besar kenikmatan dan kebesaran kekuasaan Allah Taala.Tapi kenapa hati ku kembali keras meninggalkan kewajiban.Adik-adik ku juga mengikut langkah ku,sebab itu ibu selalu menegur.Sedar seketika bila ditegur tapi selesai mendengar teguran diri menjadi Alpa.Sungguh kuat hasut Syaitan dan Iblis.Namun aku kadang-kadang terbaca perkara-perkara akhirat dan seksaan kubur.Aku ingin benar-benar berubah kerana Allah dan menjadi kebanggaan kepada Hazam kerana akan memiliki isteri yang solehah.Aku juga ingin berubah kerana kedua-dua ibu bapaku.apa tah lagi abah yang telah meninggalkan ku.Aku tak mahu abah kena seksa dikubur kerana aku tidak berubah.Aku dan adik-adik ku tanggungjawabnya semasa dia hidup.Abah telah memberi semua pengajaran,teguran yang membina diiringi dengan tangisanya namun tetapi kami masih mementingkan diri sendiri.Ya Allah kau bukakan hatiku untuk berubah menjadi seorang muslimah yang sejati,isteri yang solehah,anak yang solehah,kakak yang solehah mampu membimbingkan adik-adik ke jalan yang benar dan bahagia.Abah,lina sentiasa menjadi anakmu dan lina berjanji akan berusaha untuk berubah.Maafkan Lina kerana terlambat meminta keampunan.Kata-kata itu hanya dihati dan airmataku mengalir jua.

Ps :- Mampu kah Lina untuk berubah dan mengakhiri segala penyesalan Lina yang tak sudah ini??Hidup ini hanya sementara,bila engkau ditakdirkan mati hari ni,tiada siapa akan dapat menolongmu.Janganlah engkau sesali apa yang terjadi walhal kau sendiri yang menjalani kehidupanmu.Wahai teman-teman atau mungkin lebih tepat saudara-saudara Islam ku,bangkitlah dari tidurmu tunaikanlah kewajipanmu.Yakinlah Allah akan memberikan kita ketenangan yang tak mampu kita rungkaikan dan terangkan dengan jelas bagaimana ketenangan itu dirasakan.Nikmat itu indah dan seksaan azab itu dahsyat dan mengerikan

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan